expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, September 29, 2010

Aku dapat RM300 sehari? Betul! Ini cerita tipu!

Assalamualaikum.

Sentap seketika. Rasa nak gelak pun ada. Mintak izin gelak terbahak-bahak kejap.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

Nak tau kenapa?

Meh aku stori.

Awal tahun ni, aku nak beranakkan duit aku. So aku join lah bisnes yang dipanggil INFINITY DOWNLINE. Juga dikenali sebagai BUKAK FACEBOOK DAPAT RM100. Dengan harapan dapat lah pulangan yang lumayan macam orang lain dapat. Tapi dah lama aku join, haram aku tak dapat duit langsung. Huh. sudahnya aku stop. Biarkan je. Dengan fatwa lagi yang mengatakan infinity downline tu haram sebab banyak keraguan, terus aku stop. Tak buat dah.

Dan hari ni, aku terjumpa blog yang masih promote bisnes ni. Sebenarnya saja bosan-bosan aku taip la nama aku kat google. Dan aku sangat terkejutlah bila dapat tau search resultnya.


Kalau nak lagi besar klik gambar tu.


Wah. Try baca ayat tu.

"Iqbal Zarin, Pelajar UKM telah dapat RM300 pada hari pertama dia sertai..."

Kejadahnye? Kalau nak tau, awal tahun ni jugak aku hilang RM300 lepas join amende tah masa ada event kat DECTAR. Hahahaha... sakit perut aku nak gelak weh. Serius. Aku tak dapat pun RM300 masa 1st aku join. Tipu ni.

"...Dia telah dapat RM800 dalam masa 5 hari sahaja..."

Auta semua ni! Haha... Ya Allah... Kok ye pon kau nak tipu orang lain janganlah guna nama aku hoi. Faktanya, 5 hari aku join langsung aku tak dapat apa-apa pun. Haa...


Suka hati kau ye ambik gambar aku tanpa kebenaran. Aku nak saman kau boleh tak?


Haish. Semua yang dia gebang dalam blog dia tu tipu belaka. Aku join tak ada untung. Habis cerita. Yang lagi tambah tak berkenannya, Boleh pulak publish gambar aku. Wei. Aku tak suke tipu orang wei. Beragak lah aku dapat RM300 sekali join. kalau ye, aku dah pos kat mak aku dah duit untung aku tu. Apadaa~

Kalau admin blog itu ada baca blog ni, so ini aku tujukan khas untuk dia:

TOLONG KELUARKAN SEGALA FAKTA TIPU BERKENAAN INFINITY DOWNLINE NI DARI BLOG ANDA YA. SAYA TAK SUKA AWAK AMBIL GAMBAR SAYA TANPA KEBENARAN SAYA LEPAS TU AWAK REKA CERITA YANG SAYA DAPAT RM800 DALAM 5 HARI. KALAU AWAK NAK MAKAN REZEKI HALAL, TOLONG BERHENTI MENIPU ORANG LAIN DAN JANGAN LIBATKAN SAYA DALAM TAKTIK BUSUK AWAK NI. DAN SAYA DAH LAMA STOP BISNES LOGON DAPAT DUIT NI. PLEASE BUAT SECEPAT MUNGKIN SEBELUM SAYA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP AWAK. MUNGKIN SAYA AKAN ADUKAN KEPADA SKMM ATAS SEBAB AWAK MENCABULI HAK PERIBADI SAYA.

Marah pun marah jugak. tapi kelakar jugak bila nak menipu orang lain untuk join bisnes dia. Haha...

ni blog propa penipu dari dia: http://duitdarifb.blogspot.com

~nak duit, usaha lah bhai. bukan join benda syubhah macam ni~

5 comments:

H.A.T.I said...

thanx, sy pn nyaris2 nak masuk benda ni. rezeki sy kn, Allah xcukupkn duit sy bulan ni. kalau Allah bg sy rm100, sure sy pn kena tpu cm awk...heeeeee...Alhamdulillah...tapi sy kecian pd kwn sy y dah terjebak dgn benda ni. harap2 dia bolehlah tarik diri sebelum die dapat sumber y kita sdri tak tau halal @ haramnya.

Secara logiknya, mana ada perniagaan tanpa unsur barang.....

IQBAL ZARIN said...

welcome. kawan awak tu dah buat untung banyak ke? susah la kalau nak suruh die stop. manusia kalau dh pegang duit banyak, memg x igt ape dah. awak cuba nasihat dia elok2 ye. suruh die kembali ke pangkal jalan.

Amy Amira said...

tu lah pasal,kena kaji betul2 pasal bisnes on9 ni,kebanyakkanya penipu!!!!

El said...

hahaha. gila bangang scammers tu!

kalau aku jadi kau aku report polis je. untung2 dapat jumpa dia kau mintak RM300. bodoh punya scammer

Unknown said...

Memang penipu larh yerh bisnes downline nie??
Sye hampir2 nak join tdy.. Tapi umo sye xgenap 20thun.. Org tu ckp nk registwr bisnes nie kne 21 thun dn keatas.. Sye sampai suruh tunang sye masok bisnes nie..Nasib Tunang sye tak register nme dye dlm bisnes nie..Boleh pulak harinie dompet tertinggal kat rumah.. haha. Syukur larh.. :)

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics