expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, October 14, 2010

Ending Doraemon lagi?

Assalamualaikum...

Dulu pernah aku story pasal ending Doraemon kan? Rujuk entri ini.

Since Fujio F. Fujiko meninggal tanpa sempat menghabiskan Doraemon tu, kipas-susah-mati struggle nak menghabiskan sendiri anime kegemaran ramai ni. So let see the other 4 ending:

1) Nobita sebenarnya seorang penghidap autism. Semua karakter-karakter yang kita kenal selama ni iaitu Doraemon, Shizuka, Giant, Suneo, Dekisugi dan banyak lagi hanyalah imaginasi Nobita semata-mata kerana Nobita ni nazak dah sebenarnya. Jalan cerita yang kita baca selama ni hanyalah imaginasi Nobita dari katilnya untuk meringankan lagi beban siksaan yang ditanggung Nobita untuk meredakan kesakitannya.

(Siapa punya idea ni? Terlalu tragis untuk dijadikan ending. Lagipun ni kan manga ringan. Bukannya manga macam A Grave Of Fireflies yang Hayao Miyazaki buat tu. Sedih melampau. Btw, ending ni sangat kontroversi dan dapat tentangan.)

2)Nobita terjatuh dan kepalanya terhentak batu. Hasilnya, dia koma. Oleh kerana ketiadaan duit, Doraemon telah menjual semua barang-barang dalam poketnya untuk menampung kos pembedahan Nobita. Bagaimanapun, ia gagal. Doraemon hanya meninggalkan satu barang dalam poketnya iaitu Pintu Suka Hati untuk membolehkan Nobita pergi ke mana sahaja. Last sekali, tempat yang Nobita nak sangat pergi sebenarnya syurga.

(Satu lagi ending menyayat hati.. komik kanak-kanak ni tak boleh ke buat happy ending je?)

2 lagi ending ni aku pernah baca:

3) Macam biasa, Nobita balik menangis-nangis sebab dibuli Giant. Doraemon dah penat dengan semua tu. Dia marah Nobita dan menyatakan yang dia tak dapat pulang ke abad ke-22 dengan tenang kalau Nobita masih lemah macam tu. Doraemon terpaksa pulang ke abad ke-22 dengan segera dan mungkin tak akan balik semula ke dunia Nobita. Maka Nobita mahu Doraemon lihat Nobita mengalahkan Giant sebelum Doraemon pergi supaya dia dapat pulang dengan aman. pada malam itu, dengan menggunakan Loceng Mimpi, Giant datang ke padang dalam keadaan tidur supaya Nobita boleh menewaskan Giant dengan mudah. Malangnya, Giant tersedar. Tiada pilihan, Nobita berlawan juga dengan Giant sampai dia kehabisan tenaga. Menyedari yang Nobita tak mahu mengalah, Giant membiarkan Nobita rasa dia menang. Doraemon membawa pulang Nobita yang kotor dan berlumuran darah pulang ke rumah. Doraemon menemani Nobita tidur sehingga Nobita menyedari Doraemon tiada disisinya pada pagi esoknya.

4) Doraemon akan pulang ke abad ke-22 untuk selama-lamanya. Sebelum pergi, Doraemon meninggalkan kotak berbentuk dirinya untuk Nobita. Nobita mendapati ada barang terakhir yang ditinggalkan untuknya untuk membantu Nobita daripada dibuli Giant. Barang tu namanya Ubat Menipu (kalau tak silap) yang mana segala ayat menipu akan menjadi benar selepas Nobita minum ubat tu. Setelah Giant dan Suneo dapat balasannya, Nobita mengucapkan "Doraemon takkan kembali pada saya" tanpa menyedari ubat itu masih memberi kesan. Pulang ke rumah, Doraemon ada di biliknya semula. Dan Nobita menyedari apa yang berlaku selepas itu. Nobita gembira.

Macam-macam ending. Ni officially aku tau la. Belum lagi yang orang lain suka suki buat. Entah-entah banyak lagi ending agaknya. Apapun, Doraemon comel!

~saja update blog~

4 comments:

ateeka amer said...

doraemon is so lame, around 1969 kot. macam otromen, sape sangat yang give shits kan? bukan nak double std, tapi most ppl lagi eager nak tau ending sinchan, since creator dia dah meninggal ni kan. sayang sangat, the fans want to see him grow.

*rujuk blog mantot untuk tau kesan dan pengaruh sinchan dalam kehidupan seorang lelaki bergelar suami.

IQBAL ZARIN said...

kene faham teeka. ade some fans yang langsung tak ambik tahu pasal shin chan pon. sbb suka sgt dgn doraemon.

btw, mcm doraemon yg org anggap never ending, aku rasa shin chan pon mcm tu jugak. dan pndpt aku, shin chan xkn membesar rasenye.

Epis said...

aku ade komik ending nieyh....
ending siri no 6...
then continue balik siri no 7~~~~

Epis said...

yang no 3 tu yg paling betol...yang doraemon nak balik abad 22 tu...then datang balik lepas nobita guna ubat bohong tu....siri 6 dan siri 7...tu dari fujio fujiko...yang ending lain2 tu x pernah aku jumpe pon dalam kesemua koleksi doraemon aku~~event siri last komik doraemon pon x berending~~~~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics