expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, October 22, 2010

Makan sushi = otak berulat???

Assalamualaikum...

Doakan aku berjaya menempuh final exam Selasa nanti ya. Sangat berharap aku akan lulus nanti. InsyaALLAH...

*********************

Bab makan, aku sangat suka. Dan kalau makanan tu pelik, lagi lah aku terasa nak makan. Tapi sepelik mana pun, aku takkan makan kalau ia haram. Babi tu pelik. Dan ia haram. So aku tak makan. Dan haram tu dari segala aspek lah. Cuma kalau tak tahu, tak boleh kata apa lah. Dah masuk dalam mulut. Berdoa supaya diampuni ALLAH je lah.



Suka makan sushi tak? Sedap kan? Aku pun suka. Unik. Makan cicah dengan kicap campur wasabi. Terangkat woo. haha...

Kalau tengok gambar kat atas tu, semua nya macam mentah, Eh, bukan. Memang mentah. Kalau mentah, tak semua lalu makan kan. Tapi aku bantai je. Sedap je. Tak la hanyir pun macam mostly orang cakap.

Cuma perkara ini akan membantutkan minat aku terhadap sushi. Sila lihat gambar dibawah:

Jangan tenung lama-lama. nanti lauk Melayu pun korang tak lalu makan.

Obasan ni namanya Shouta Fujiwara. Umur die 80 dah. Mengadu sakit kepala teruk gila babas sejak 3 tahun sampai hilang kemampuan psikomotoric. (Apa ni? Medic student! Tell me!) Bila doktor bedah, inilah jawapannya.

Tapi memang tak sure lagi lah ini angkara sushi atau tak. Sebab sushi ni kan macam budaya diorang. Ramai lagi yang makan. Even umur sama macam obasan ni pun sihat wal afiat lagi. Ni kira kes satu dalam sejuta lah ni.

Tapi kalau betul-betul angkara sushi, so kurang-kurangkan lah makan ye. Aku pun dah lama tak makan. Mengidam tapi dah keluar berita yang belum tentu sahih ni, takut jugak.

Semua tau kan makanan mentah dan belum masak ni ada kuman-kumannya. Sebab tulah semuanya kena masak untuk membunuh kuman-kuman yang terdapat pada makanan mentah ni.

Ulat yang ada dalam kepala obasan tu katanya daripada parasit yang selalunya ada kat ikan. Tak kira lah ikan jenis apa. Ulat ni mampos kalau korang masak pakai haba. Sama ada goreng, rebus, bakar, dan seumpamanya yang menggunakan api. Ataupun melalui proses pembekuan selama seminggu dlm keadaan suhu bwh -10 darjah celcius.

Erk??? No komen. Ni pun tah betul ke tak.

Sekarang ni pun sushi dah tak selamat dimakan atas sebab halal haram. Sushi King tak pernah mintak sijil halal dari JAKIM. Cuma diorang gerenti free dari babi atau anjing. But then alkohol tak pulak dilarang. Hurm~~~

Buat sendiri lagi bagus. Teringat sushi buatan budak SDAR masa open block. Miss that moment lah. Tahun depan mesti pergi. Dah lama tak pergi. Hahaha~

~masakan melayu jugak sedap kan?~

6 comments:

ashraf said...

aku xsuka sushi

IQBAL ZARIN said...

sedap lol. sebelum ni la.

Faiz Tapit said...

mkn kt azura pn da sedap...
jnji jgn kt kafe bohan

IQBAL ZARIN said...

x pnah pg kafe borhan.

eiffel said...

erk?????aku tgk cepat2 jerk picca tuh!!!bapak geli dw!!!!

ni yg da xlalu nk mkn sushi ni..huhuhu

IQBAL ZARIN said...

x yah mkn dah. lgpon x jamin halal. huhu

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics