expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, October 14, 2010

OPKIM di Kg. Janda Baik

Assalamualaikum

Kenapalah tak de study week. Kuliah and kuliah then exam. Tah pape. *sigh*

Like i care la kan? Buat study week sendiri. Haha...

************************************************

Jumaat lepas, aku sendirian join program yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang (PKAP). Namanya, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). Ye la, sorang-sorang la. Tak pe. Delegasi UKM ke Kg. Janda Baik, Bentong, Pahang seramai 41 orang kalau tak silap. Terdiri daripada 6 lelaki. Lebih-lebih tu pompuan la. Bertolak pada pukul 11 approximately dan sampai di Janda Baik tepat2 waktu orang solat Jumaat.

Pendek cerita, lepas dibuat majlis penyerahan anak angkat, aku dan lagi 2 orang pun pulang ke rumah keluarga angkat kami. Terkejut sekejap. Sebab jarak rumah mereka dekat sangat. Setelah diberitahu, mereka adalah bersaudara. Kira adik beradik la tu. Unik. Mesti Raya aritu meriah agaknya.

Petang tu, kami (lelaki sahaja) dibawa menjenguk kuda. WAW! Ada kuda! 1st time pegang kuda. Feeling yang sangat best. Haha...

Comel jugak bila tengok dekat-dekat
Kuda ni nak geget je kejenye~

Tapi harus hati-hati. Kuda ni suka gigit dan tendang orang. Nanti kalau dia tendang kat part 'itu', mandul la jawabnya. Haha..

Malamnya ada tahlil ringkas pastu borak-borak dengan keluarga angkat untuk merapatkan lagi hubungan. Macam-macam diborakkan. Seronok juga. Almaklumlah 1st time join benda angkat mengangkat ni.

Pagi Sabtu. 9 Oktober 2010. Sarapan keluarga angkat sangat sedap. memang macam makan kat rumah sendiri. Hehe~ Then pergi berkumpul di depan lot kedai untuk memulakan senamrobik. Dah lama tak buat. Rasa malu pulak. Tapi buat je. Dah habis senamrobik, kami ke Sekolah Kebangsaan Janda Baik untuk program seterusnya. Dalam perjalanan, menikmati sebentar suasana kampung yang nyaman walaupun banyak najis-naj is lembu dan kerbau bertaburan. (Padahal tak jauh beza pun ngan rumah aku. Kampung jugak. Haha)

Cuba perhati betul-betul gambar kat atas ni. Nampak tak kat puncak bukit tu ada bangunan? Tu lah Genting Highlands. Dekat je Janda Baik ni dengan Genting Highlands. Unik. Hehe~

Sampai jugak di sekolah. Oh, ada program Kem Solat. Aktiviti J-QAF katanya. Dan-dan aku dijadikan fasi secara mengejut dan di minta mengajar c ara-cara mengambil wuduk. Erk... Merenung diri sendiri yang belum tentu betul berwuduk, ni pulak nak ajar budak kecik. Huhu~ Aku ajar ikut panduan yang diberikan. Ikut je lah. Haha~

Budak kecik yang comel.. yang baju merah tu ustaz. Young and available. Agaknyelah

Suasana pembelajaran

Tamat dalam tengah hari, kami pulang ke rumah. Mak angkat masak gulai tempoyak ikan patin. Nyum! Bertambah makan. Haha.. Sambil menonton filem Hindustan Mann yang dah berapa kali tayang.

Petangnya, di balairaya kampung, kami ada buat aktiviti bersama penduduk kampung. Budak-budak ada pertandingan mewarna. Dan makcik pakcik pulak ada pertandingan gubahan dan masakan. Simple je tapi boleh tahan jugak meriahnya. Okeh. Jamu gambar dibawah.

Lawanya dia colour...

Budak baju kuning ni tak sudah-sudah nak main game hanset aku. Cet

Sesi menggubah

Berikut adalah hasil gubahan:

Anggur apakah ini?

Ming-ming.. (itik 2 sejoli)


Yang aku rasa lawa itu je lah.

Lepas Asar, ada sukaneka bersama penduduk kampung. Hepi melihatnya. Mak angkat and da famili pun datang tengok.

Tiup sampai pecah

Malamnya, ada orang ternama buat open house. Aku lupa namanya. So sekeluarga pergi. Makanan memang sedap. Cuma satu ini yang buat aku tertarik.


Tau tak apa tu? Puding karamel. Yang aku minat sangat. Masa jual kat bazar ramadhan Bangi ni, satu polisterin sampai RM5. Jadahnya. Tuan rumah memang pemurah lah buat puding karamel ni free. Nyum2... tapi lalu makan 2 bekas je. Ruginya. Huhuhu~

Pagi di hari terakhir. 10.10.10. Oh sangat cantik nombor itu. Dr. Sheikh Muszaphar kawin ari tu. Buat gotong royong di balairaya semalam. Then pergi melawat kolam ikan dan ladang cili. Err... semua tu ada kat umah aku. So, boring. Berpecah dengan 2 lagi member, kami nak mandi sungai. Wee~

Sejuk dan nyaman

Petangnya acara majlis penutup OPKIM. Nak balik UKM dah. Nothing much to story about. Babai janda baik.. Miss u lah!


Dengan keluarga angkat

InsyaALLAH saya datang semula ye mak and famili semua~


Best jugak join program macam ni. Nanti nak join lagi kalau ada peluang.

~penat letak gambar~

1 comment:

ismail fahmi said...

salam, boleh saye tahu tak macam mane nak contact dengan jkkk atau nak ambik keluarge angkat disana bagi 5hari 4malam

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics