expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, December 14, 2012

Kekecewaan Mencari Kerja

Assalamualaikum...

Rasa amat kecewa dengan bangsa sendiri. Ni nak cerita la ni.

Kelmarin, pada tarikh yang cantik (12/12/12), aku pergi interview kerja kat syarikat yang bernama Premier Podium Sdn. Bhd. Syarikat ni letaknya kat Northpoint Office, Mid Valley. Pergi interview pun sebab kakak aku yang suruh. Sebab jawatan yang kosong tu sebagai Eksekutif Pentadbiran dengan gaji RM2200 - RM2800. Rambang mata.


Oleh sebab kerja aku sekarang ni (metal trader consultant kat GB Consulting) waktu kerjanya fleksibel, aku sempat la pergi untuk interview ke Premier Podium Sdn. Bhd (PPSB). Interview berjalan lancar. Cuma aku tak sempat nak prepare lebih la. Background syarikat pun aku tak tahu. Maka ruangan yang bertanyakan tentang pengetahuan aku tentang company ni aku kosongkan. Dah aku tak tau.

Interview tamat dalam 10.45 pagi. Dah habis, aku pun terus ke opis aku. Jauh berjalan hari tu. Sampai-sampai je, aku terus buat research tentang PPSB ni. Apa yang aku jumpa amat mengecewakan.

Ada 2 blog yang indirectly cerita pasal kewujudan company ni. Dalam blog tu cerita diorg pasal company bernama Real Ingenious Sdn. Bhd. Tapi PPSB ni lebih kurang sama macam Real Ingenious la. Company ni company scam atau yang aku faham, menipu. Target diorg ialah manusia-manusia yang fresh graduate. Baru je lepas grad dan desperately nak kerja. Macam aku la. Gaji mahal, siapa tak nak kan.

Secara rumusannya, dari blog yang aku baca tu, ini modus operandi mereka:

1) Kebanyakan target mereka ialah fresh graduate yang berbangsa Melayu. Oleh itu, kebanyakan staf mereka berbangsa Melayu. Ini untuk first impression mungkin.
2)Masa interview, dia akan kata kerja kita macam ni, macam tu. Tapi masa training, bukan itu yang akan diajar. Dia akan ajar kita tengok market, analisis graf, tengok turun naik harga. By the way, company ni, company FOREX scam.
3) Diorang akan berbelah bagi dan sentiasa bagi alasan bila korang mintak offer letter. Apa yang susah sangat nak bagi tak tahu lah.
4) Masa cuti Sabtu Ahad, ada la staf akan call korang. Konon caring tanya itu ini. Ada udang di sebalik batu rupanya.
5) Staf-staf situ akan pujuk korang hari-hari untuk ajak famili korang invest. Invest bukan seratus dua ratus. Beratus ribu jugak la.
6) Gaji dan komisyen sangat kabur. Means, korang akan blur cemana sistem pemberian gaji diorang. Dapat ke tidak.
7) Bila kantoi kena tangkap dengan polis, diorang akan bukak lagi kompeni lain dengan nama lain.

Dan macam-macam lagilah cara diorang nak menipu. Paling tak tahan tu, bangsa sendiri, MELAYU pun join menipu. Tak ke sedih?

Aku kecewa sangat-sangat. Cuba tengok CINA contohnya. Yes aku akui yang kaum-kaum CINA ni memang sesetengahnya racist dengan bangsa lain, MELAYU terutamanya. Tapi, aku kagum sebab jahat diorang tu bukan terhadap kaum dia sendiri. Sama-sama CINA saling bantu membantu. Sebab tu banyak CINA kaya kat KL/Selangor ni. Nak banding MELAYU? Terbalik. Baik kemain dengan bangsa lain, pijak semut pun tak mati. Dengan bangsa sendiri? Tipu orang, khianat orang. Sanggup makan duit haram sebab nak kaya. Dah la imej semua baik-baik je. Semua bertudung. Tapi hati busuk!!!

So guys and ladies, kalau korang nak apply job, make sure siasat dulu latar belakang company. Kalau tak de website company tu, baik tak payah la pergi interview. Memang sah-sah menipu. Jangan la tertarik dengan gaji yang mahal-mahal.

Aku ni kalau susah sangat dapat kerja, aku nak bukak perniagaan sendiri je. Bukan ke memang digalakkan dalam Islam?

260 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 260 of 260
Maisyahra Misdan said...

Saya hampir jadi mangsa company Frontier Advisors dekat area mid valley. Dah deposit rm30k minggu lepas untuk booking staff privilege kononnye. Pada hari yang sama, lepas da deposit duit baru jumpa blog2 yang cerita tentang scam company ni. Keesokkan harinya tu,saya terus buat report polis and terus pergi bank untuk cancel transaction yang saya dah buat. Harapan nak dapat balik duit family masa tu 50-50.

Seminggu lebih jugak la tunggu feedback dari bank. Alhamdulillah bank dekat hong kong tu da terima report saya & dorg berjaya retracted & returned back the money. Mungkin sebab ada sertakan report polis sekali kot. Wallahu a’lam.

Nana said...

Hai saya dtg training tu tadi tp sy nak quit dah sbb rasa macam scam. Tp mcam mana dgn resume yg kte dh anta tu eh?

Nana said...

This is scam

Mersik Enterprise said...

Salam.
Aku just nak share info tentang Pentagon business center (PBC) sebab aku baru habis training kat sini. Daripada apa yang aku baca komen2 di atas ni kebanyakkannya yg hentam ni mereka satu training pun tak pergi dah terus buat Kesimpulan bahawa PBC ni scam.
Ok memang betul PBC ni company yg menguruskan pelaburan harga emas tetapi ianya BUKAN FOREX. Hanya menggunakan platform yang nampak seakan-akan mcm forex tapi ianya berbeza. PBC dah ditubuhkan lebih 4 tahun di malaysia dan tak pernah lagi diblacklist oleh SSM, Bank negara, KDN, polis atau mana2 agensi di malaysia ni. Kalau betul scam mesti dah kena tutup kan? Kemudian PBC ni mempunyai lawyer yang akan menguruskan agreement antara pelabur dengan broker di Dubai. Lawyer atas nama Gerard Lazarus & associates yg merupakan top high court lawyer kat malaysia ni. Takkan la lawyer ni sanggup utk pertaruhkan firm dia utk backup company scam? Mesti lawyer ni dah siasat dan selidik dulu company PBC ni sebelum dia nk backup kan? Kemudian broker di Dubai atas nama Royal Index LLC yg merupakan sykt kewangan yg mendapat lesen dari Emirates Central Bank (mcm bank negara malaysia la) dan telah ditubuhkan lebih dari 20 tahun di dubai. PBC ni mmg takde lesen dari bank negara sebab polisi Bank negara malaysia ni yg tak membenarkan company utk menguruskan kewangan selain daripada bank2 atau company2 insuran. Kalau polisi bank negara ni benarkan company utk uruskan kewangan mesti dah lama PBC ni dptkan lesen dari bank negara. Ini berbeza dari polisi negara2 luar spt indonesia, UAE, dan lain2 negara yg memberikan lesen kpd company2 utk pengurusan kewangan. Jadi PBC di sini hanya bertindak sebagai service centre utk company Royal Index di Dubai shj. Dan lastly tentang pelaburan.. Mmg company ni mencari pelabur. Modalnya besar sebab company ni trade EMAS. mana ada emas yg harga murah? Dah tu pulak duit ringgit jatuh teruk dibanding dgn USD. kalau kita duduk eropah mungkin tak terasa sangat sebab guna duit Euro kan. Kesimpulannya jgn terlalu cpt menuduh scam hanya sekadar dari carian di google. Dtg training dulu sendiri dan faham sendiri kenapa bagitu dan begini.. baru nilai company ni betul atau penipuan semata-mata.

Sekian perkongsian.

IQBAL ZARIN said...

thanks for the sharing.

so boleh share lagi tak pasal kerja sehari-hari kat PBC? betul ke org2 atas push staff dia untuk paksa family dia melabur? betul ke hujung minggu org2 atas tu bajet caring tanya khabar?

kalau PBC ni dah 4 tahun dan tak kena blacklist lagi, kenapa bila cari info kat google hampir tak de? yang ade hanya iklan kerja kosong. kenapa bila iklan kerja kosong cakap jadi admin assistant tapi sebenarnya suruh jd ejen? kenapa iklan menjanjikan imbuhan hampir RM3k tapi sebenarnya basic pun tak de?

nak tau jugak ni. setakat technical explanation mcm ni rasanya semua dah tahu. sbb tu diorg ni x dtg training bukan sbb membuta tuli. info di hujung jari maa...

Unknown said...

Now mcm mana ya u dgn pentogan.. Sbb i dapat call utk temuduga

Tinted said...

first dia akan yakinkan kita. nanti dia akan suruh kita melabur atau cari orang untuk melabur. so better jangan layan temuduga tu sebab membazir masa. gaji belum tentu dapat. better cari kerja lain yang lebih terjamin.

Mersik Enterprise said...

Takdelah push sangat. Bagi aku itu cuma normal prosedur utk tarik orang awam untuk melabur. Cuma kita kena pandai-pandailah adapt dengan suasana tu. Mereka pun manusia jugak faham keadaan setiap orang dan mereka bagi masa untuk kita cari pelabur. Memang takde dapat basic gaji tapi kita akan dapat komisen yang agak lumayan kalau dapat cari pelabur. Based on camne usaha dan effort kita utk tarik pelabur. Pendapatan kita memang daripada pelabur tu bagaimana dia menjalankan urusniaga dia. Even takde gaji tapi komisen tu shj dah lumayan. Sama la mcm agent yg jual insuran dan takaful.

Tentang info company pulak boleh bukak www.pentagonbc.com

Mersik Enterprise said...

Info yang dihujung jari tu anda pasti ke betul dan tepat? Kita tak boleh terus menilai tanpa selidik sendiri. Sebab company mcm ni sentiasa akan ada saingan dan akan ada pihak yang dengki (iaitu company scammer). Maka pihak yang dengki ni akan kata macam2 di media sosial dengan tujuan untuk memburukkan company.

Mastika said...

Hi fatihah, juz nak double confirm, awk dpt call utk interview drp siapa ye?and what position did they offer to you? Sbb i pon dapat invitation jugak, so juz wanna clarify if it's from the same person?

Mastika said...

Appreciate if you can reply fatihah, thanks

IQBAL ZARIN said...

tak de push sangat? maknanya kena push jugak la kan? kenapa nak push? org dtg nk jd admin assistant bukan jadi ejen. iklan dah janji nk bagi post admin assistant tapi hujung2 suruh jadi ejen. kenapa time iklan tak cakap je perlukan ejen?

aku ada je kawan jadi ejen takaful/insurans ni. mereka ada gaji basic walaupun sikit dan betul nak gaji lebih kena buat kerja lebih untuk dapat komisen. kenapa kerja ni tak ada gaji basic? mcm tu x de sape nak kerja. then i think patutlah iklan kerja kosong tu mengelirukan.

btw, website tu under construction. so i dont know whether it still consider valid or just a dummy website. still org tak boleh cari maklumat lanjut pasal PBC.

Emilia Emilia said...

Saya pun desperate nak kerja.. Lepas bc blog ni.. alhamdulillah sedar diri.. terima kasih semua kerana berkongsi pengalaman. Moga Allah membalasnya.

Unknown said...

Betul ke strategic solution ni scam company. I baru dapat iv, and i nak baru ingat nak prgi. I stay ke perak help me 😭

Unknown said...

panas jg blog u ni bro...huhu entah apalh cerita si jembalang dkt prestige bullion tu dlu.....

IQBAL ZARIN said...

Hey bro Andrew. long time no see.

of course panas. i write these entry 5 years ago. sampai skrg scam company ni masih beroperasi. makin ramai yang nyaris dan dah jadi mangsa. so how?

Unknown said...

HI All,

I just went for the interview yesterday and was asked to attend the training on next monday. This is for Pentagon Business Center at Hampshire 3A Floor dekat KLCC. The interview was for an Asst Manager position and after the short interview i had my suspicions that this job has sales involved because there was no mention of any basis salary and today after trying to search for the company profile/details which cant be found, I was lucky to find this blog with all the comments.

As I am still looking for a job and have the time to spare, I will go for the training next week after which I will update my finding in this blog.

IQBAL ZARIN said...

Hi Sunill, i'll appreciate that. do let other people knows what it is all about. i also want to know whether PBC is a legal company or not.

Unknown said...

you nak tempat yang betul contact me all legal agreement and rasmi email i

Unknown said...

Like seriusly? Saya baru pergi interview kat company ni jumaat lepas. And org yg suppose interview tu Ili, but then masa dtg dia ada meeting so org lain yg handle interview tu. Lepastu pagi tadi dia call utk start keje esok.hmm Kenapa begini ��

Unknown said...

Bley sy tahu... Status company ni?

Unknown said...

Anyone yg dapat iv FRT services dekat midvalley x payah pegi. Company tu penipu. SCAMMER. And anyone yg dah start training kat company tu jugak..blah je.

Unknown said...

"Hampshire Place Office, 157 Hampshire, No. 1, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur.

See you Wednesday 12pm 26/7
Once you arrived, please come to 3A floor.
Your appointment is confirmed with Ms Yuki"

Thanks a lot guys. Nasib baik la jumpa blog ni. Sepatutnya hari ni dh aku nk kena pergi interview kat situ. Tawaran pun sama juga around 3k dia offer. Tapi yg peliknya aku jumpa iklan dia kat dlm surat khabar 'NST' tawaran dia utk jadi personal assistant. Tapi bila dia call aku semalam, kata ada tawaran sebagai cust service and kerja dr isnin hingga jumaat masuk kul 10am-5pm. Aku dh happy giler dh. Tapi ada syak was sangka, sbb awal dlm newspaper kata lain tiba2 dapat offer lain. So buat la research ttg background alamat tu.. tup tup jumpa la blog ni.. Nasib baik sgt guys. Jawabnya mmg aku x pergi la Iv dia jap lagi ni.. ye la buat apa nk buang masa lagi kan. Yg dpt tawaran yg sama tu.. hati-hati la ye. Gejala company scam ni akan sentiasa ada. Kita yg kena berwaspada.

Unknown said...

hahahaaaaa sye pun perj terkena dengan company startegic solutions tu.. offer admin executive.. last2 kerja more to cari client kire ajak family invest.. alasan manager bagi.. kite fah tolong client.. dah tahu cara nak senang.. tak kan tak nak tolong family sendiri invest... hahhahaa... fuck.. dah kerja punch card takde although habis training dah.. tibe2 gaji bulan 8.. marah ahhhh kite ingatkan gaji bulan 7..ritu training bagitau bulan 7.. yg paling pelik mase training tu ade budak training tanye manager kerja kteorang admin exec kene cari client ke.. dia cakap tak perlu.. ade orang sales dah kat luar tu... sejak aku kerja lat situ tak pernah lagi nampak orang sales.. nampak sangt dorang gune strategic dorang dapatkan client dengan hired staff sendiri.. kate kerja dengan bank ahhh... tapi gaji dibayar melalui rhb bank... huihhhhhh

unknown said...

company strategic solution ni ade 2 org melayu yg free hair. sorang tu chinese look lagi sorang melayu suka pakai eye shadow colour2 perasan lawa. nama samaran tasha (dah tukar kot skrg). nama sebenar nur baizura binti mohamad. diorang akan paksa korang convince family utk invest sebanyak yg boleh.. hati2 la.. takkan ada pekerjaan luar sana yg suruh kita melabur atau letak duit. itu semua scammer

- Aishah - said...

apply keje as corporate assistance plus name company pun tak letak pun dalam vacancy tu... next day staff dia nama syahrul whatapps bagi tau suruh dtg interview just bagi alamat je nama company tak bagi...

Next day pergi lah interview Kat company ni.. first impression Aku dah rasa lain Mcm dgn company ni...kenapa ramai sgt manusia dtg interview plus office ni kecik je kot kenapa perlu staff yg ramai Mcm sardin? Masa interview dgn Syahrul ni Tanya dia company ni buat apa kata nye jual software Dia Tanya soalan simple je duduk mana which Aku punya masa interview less then 3 minit Mcm pelik kan dan dia terus confirm kan yg aku dpt keje and suruh start masuk training 28/08/2017.

28/08/2017 - training day 1
Diaorg 3 org ni Vincent, yashu n Syahrul conduct training... diaorg dah bagi rule merepek which cannot share personal contact dgn staff masa training which sgt pelik... masa lunch time Tiga manusia ni sibuk ajak makan sekali jd body guard Kau kemana Kau pergi diaorg akan Ada sekali. Sgt pelik company ni!!

29/08/2017 - day 2 training
Masa ni Aku dah rasa lain Mcm sbb diaorg asik push suruh Kau cari family member tuk invest.. since byk soalan aku diaorg tak jawap so aku buat buat keputusan until tidak Lagi continue buang masa dgn company celaka ni.

So korang lepas Jgn jadi Mcm aku buat research dulu sebelum g join mana2 company yg menawar kan gaji beribu2 ok.

Nama company: PENTAGON BUISNESS CENTER
ADDRESS: Level 3A, Hampshire Place Office, 157 Hampshire, No. 1, Jalan Mayang Sari
Company name in Dubai: ROYAL INDEX LLC

Unknown said...

Takde org ke pegi report company ni ? Kesian la kat freshie asik terkena .

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

another update..bkn saya kena tapi kwn yg kena guna nama First Service..
Alamat Unit 13,Tingkat 7,Boulevard Office,Mid Valley City.. Nasihat saya pergi buat report dgn semua badan berkanun yg berkenaan, ngo mcm PPIM pn blh refer dorg

alief jamal said...

16 sept 2017.
baru selesai iv td. Mula2 dtg sgt rasa ragu2 tgk company org kluar masuk n rmai sgt iv. I pun further je la tggu utk dia pggil after isi borang. Her name is shasha and i was deal w/ her for an iv. Sgt suspicious sbb dgn company ni sbb ramainya org dtg iv. Jd tk sdap hati laa kan so buat research sikit n alhamdulillah jumpe pulk blog ni yg slalu uptodate. So by next week i should attend a training. But sorry laa mmg tkde la nk dtg. Baik ak stay keje dkt cmpany skrg ni.n

Becareful guys. Dorg att dkt fresh grad mcm aku.

Unknown said...

nasib baik aku terjumpa blok ni.. kalau x terjebak lah aku kat dlm scum PBC ni..

ezroy said...

Sama la....baru jumaat lepas saya pergi iv,mmg ramai yg datang iv dan yg saya pelik tak kan lah dtg semua iv untuk jawatan assistant manager dan yg tambah hairan sekali semua yg dtg iv dpt job ni n start training mggu depan. Hurmm sy bertambah blur bila fikir dan segala percakapan perlu berbisik2.

bobobo said...

Hahaha..sebijik mesej die kat aku..lau org lain tk gi..aku pun tk kn gi la..buang mase

Nur Fatin Fadilah Soh Kamarudin said...

Nasib aku jumpa blog ni.. Aku bru je lps pegi iv td n suh aku msuk training 16-20 oct ni.. Xsngka kna tipu bodo2 mcm ni.. Kalau call centre mcm cimb, maybank ok lagi aku nk keje..

Unknown said...

Sy jumpa ad dia kt indeed.my bawah nama company PSB. Sy apply 9/10/17. Pagi 10/10/17 dpt call dr miss Clara. 018-299 4031. Dia bgtau suruh dtg interview kt Hampshire place dkt dgn ampang park. Dia tanya umur, duduk area mana. Dia bgtau bukan sales job. Kononnya customer service je. Layan customer je. Dia bgtau company ni based kt Dubai. Kononnya investment company. Pastu dia bgtau akan wassap alamat kt sy. Pastu dpt wassap dia. Tp company name bukan PSB. Jadi pentagon bussiness center pulak. Yes dia eja business as bussiness. Aku pn rasa pelik. Dari call dia pn cara dia ckp English pn mcm x professional. Mcm ada pelat cina. Mmg igt nk pegi interview actually. Tp time nk tido perut meragam plak. So x dpt tido. Jd sy pn tergerak hati nk Google company ni. Sy type pentagon business center. Yg keluar fb page dia. So sy click la fb dia. Sy tgk fb posts dia punya English pn mcm budak sekolah menengah punya English. So sy pn nk try search lg info pasal Pentagon business center ni. Sy pn click la search box Google tu, belum sy type apa2, Google suggestions keluar "Pentagon business center penipu". Pastu nampak post ni. Nasib baik jumpa post ni. Tp klu sy pegi interview pn, once dia ckp xde basic, purely commission based, sy x akan join. Bg la janji manis commission tinggi gunung ke apa. No basic no talk. Tu je nk bgtau. Sekian terima kasih.

Hello World said...

Info yg brguna thanks.. Nasib baik xpergi lagi . Cuba bukak website ni psl Company PBC Penipu ni

https://m.soundcloud.com/buxboy4/penipuan-pihak-polis-dalam-kes-pentagon-business-centre-share-market-scam

Unknown said...

Thanks to this blog..i got iv this friday at pentagon business centre.. Of course will not go.

Unknown said...

beb sama la mesej yg ak dapat tpi under mr devin..pelik gak sebab diorang bagi detail melalui phone je..try search company background tak jumpe..try search alamat diorang baru jumpa nama company yg betol..dalam iklan diorang letak nama bcp sdn bhd

Unknown said...

Tq for this info. My interview supposed to be 11am today. But I'm no longer excited about it after read all this msgs. Really helpful. Thank you everyone.

Unknown said...

Tq for this info. My interview supposed to be 11am today. But I'm no longer excited about it after read all this msgs. Really helpful. Thank you everyone.

IQBAL ZARIN said...

Thinageran

Most welcome. Please let your circle know about this scam. people need to know it since police dont want to handle this case. hear it here:

https://m.soundcloud.com/buxboy4/penipuan-pihak-polis-dalam-kes-pentagon-business-centre-share-market-scam

credit to Hello World.

Unknown said...

Hi.. sy pon ade search kje..then jumpa pentagon bzns centre ni... pnipu rupanya ya.. tulah,tgk tawaran gji yg x msuk akal..

Fida said...

Thanks �� to this blog owner yang sudi berkongsi tentang ni. Interview saya supposed to be next week under Mr Vincent. Diorang dah bijak sikit sekarang, tak mention nama company penuh. Letak nama Pent.co plak tapi office still dekat Hampshire tu��Memang diorang target fresh graduates macam kite ni. Nasib baik buat research dulu. Kalau tak, buat penat je datang all the way from Penang just to attend iv dr company penipu ni.

Unknown said...

pentagon business centre ni masa awk keje dapat gaji tak?

Anonymous said...

Orang nak cari kerja lah..datang2 suruh labur..apa hal?dia mungkin boleh lepas undang2 tapi cara dia tu menipu org nak cari kerha.Kau x payah nak back up lah

based on true story said...

Aku pun rase nk kongsi jugak laa. Aku pun spttnye kena pergi iv jgk dkt pbc tu.jwatan assist admin. Mula2 mase dpt email ni aku dah pelik. Email simple gile dan sruh dtg iv. Aku tnye la, x kan x de ape2 document ak kne bwak kan. Mcm sijil spm ke atas ke, 3 bln slip gji ke or gmbr passport. Dia bls, no just bring your ic n resume. Duk google cari details pasal pbc ni. X byk dpt. Tnye kwan aku yg memang kerja dkt recruitment firm tu kut2 pbc ni agensi pekerjaan jgk. Tak de kwan aku ckp. Kwan aku try apply kerja dkt pbc tu via wassap. Terus nk schedule kn iv. Thp suspicious aku dh mkin tinggi. So aku decide esok aku x pegi iv tu, aku nk g mendobi. Klau yg dkt area mid valley tu mmg aku thu bnyk scam company. Hati2 klian. Moga dipermudahkan urusan mencari kerja.

based on true story said...

Aku pun rase nk kongsi jugak laa. Aku pun spttnye kena pergi iv jgk dkt pbc tu.jwatan assist admin. Mula2 mase dpt email ni aku dah pelik. Email simple gile dan sruh dtg iv. Aku tnye la, x kan x de ape2 document ak kne bwak kan. Mcm sijil spm ke atas ke, 3 bln slip gji ke or gmbr passport. Dia bls, no just bring your ic n resume. Duk google cari details pasal pbc ni. X byk dpt. Tnye kwan aku yg memang kerja dkt recruitment firm tu kut2 pbc ni agensi pekerjaan jgk. Tak de kwan aku ckp. Kwan aku try apply kerja dkt pbc tu via wassap. Terus nk schedule kn iv. Thp suspicious aku dh mkin tinggi. So aku decide esok aku x pegi iv tu, aku nk g mendobi. Klau yg dkt area mid valley tu mmg aku thu bnyk scam company. Hati2 klian. Moga dipermudahkan urusan mencari kerja.

Unknown said...

hye, i am from one of the Malaysia's established news company. For security reasons we cant divulge our company name here.

We are interested to cover this issue and anyone who can share their experience working with this company or had been interviewed by the company to email us at

crimedesk247@gmail.com

Syuhada said...

Eh saya pun pernah datang training satu company ni nama dia Golden International dekat centrepoint mid valley. Suprisingly, my situation and job scope is similar like you 100%! Dorang akan ajar mcm mana nak buat analisis, tengok turun naik market price dalam USD and GBP ( Great Britain Pound / pound sterling ). Hari2 dia suruh buat macam tu sebab takut kalau customer call tanya pasal investment dorang so kita tahu nak jawab apa. Lepastu tiap tiap malam lepas balik kerja mesti ada akak ni one of the staff call tanya macam mana kerja harini, ada tengok tak market price dah boleh open or close transaction ( dorang ada bagi paper untuk kita isi pasal investment tu ). Tak lama lepastu dia tanya i family kerja apa kewangan okay ke tak, once dia dah tahu, dia disscuss dgn manager mcm mana cara2 untuk bantu kita nak solve masalah kewangan family or pinjaman belajar kita senang nak bayar kalau labur dalam investment ni. Hari hari dia desak suruh tanya parents suruh invest. Bukan sikit tauu 350K dia suruh labur. Dia siap bagi lagi cara2 untuk dapatkan 350K tu macam mana, share account dgn kakak adik beradik semua nenek atuk segala keturunan laa sampai cukup 350K tuu. Hari2 dia desak suruh tanya sampai sanggup nak call parents untuk ajak. Dah seminggu macam tu, terus terang cakap kat dia yang parents taknak tambah lagi beban nak pinjam bank semata mata untuk melabur, buat rumah nampak jugak hasilnya, lepastu dia tunjuk tauu kalau pinjam bank pun i boleh je nak bayar tiap2 bulan sebab hari hari untung, sebab market price sentiasa bergerak. Harga naik untung, turun pun untung so sebulan dia siap kira2 lagi takpayah usik gaji langsung, nak bayar kereta and so on semua pakai duit untung tu je. Lepastu cakap lagi yang parents betul2 taknak invest sampai i kena marah dengan parents i tauu sebab hari2 suruh masuk benda ni. Tiba2, besoknya i datang kerja terus akak yang selalu call i tu dia tak ajak i naik office pun. Dia cakap dia nak terminate application bekerja kat company tu sebab alasan dia, buat apa kerja lagi kalau parents pun dah tak bagi restu and support kita kerja situ kan. The hell, position i admin tau kat situ, of course parents i support i nak kerja tetiba nak terminate application sebab i taknak invest so kira macam parents i tak support i kerjalah. Lepas dari tu, i sangat berhati hati bila nak pilih kerja. Gaji basic pun dorang macam tak sure nak bagi berapa tau actually. Sekarang banyak sangat dah company gunakan tempat besar nama besar untuk tarik kita so be careful. Pentagon bussiness centre tu pun i pernah je dapat interview kat hampshire place office and guess what, senang je i dapat panggilan kerja! Jumaat iv, isnin masuk. And dorang tak sediakan meja khas untuk kita tau. Hari2 ada interview and semua budak budak lagi melayu pulak tu. Tak susah pun kerja dia consult customer pakai software company and dorang bayar gaji kita pakai USD tauu. Yang iv kita pun entah apa apa punya orang. I keluar je pintu bilik manager dia, manager dia boleh mengeluh “ fuhhh penat mak dari pagi sampai petang nak iv orang erghh tak kuasa” tf ???? Training dia ramai gila budak budak macam baru habis spm. Dengar je ada orang bagi training cakap pasal forex terus i dah boleh agak. Lepas iv i turun lif ada lagi orang nak naik kena panggil training. I terus suruh dorang balik sebab buang masa nak masuk benda macam ni penipu je.

Syuhada said...

I pernah iv kat Pentagon ni, and suprisingly ramai gila budak dorang iv hari hari, sampai pak guard pun malas nak layan dah, i masuk je isi form terus kena panggil iv, dalam office tu ramai gila staff and dorang takde meja khas pun utk staff, semua akan bergerak sana sini kononnya memudahkan kita nak guide customer utk tahu pasal software, dorang offer i position assisstant manager tauu gaji 4-6k tinggi weh sebab bayar dalam USD, jumaat iv isnin boleh masuk training. Dari depan masa i isi form pun dah dgr dorang bagi training pasal forex, so i dah boleh agak dah. Balik je dari iv i terus tak datang dah, ada ramai lagi orang dia nak iv i suruh balik buang masa je. Kebanyakannya mcm budak baru habis spm. Cina india takde tau melayu ramai. Lain dari ni pun pernah datang training satu company ni nama dia Golden International under citibank hong kong katanya! dekat centrepoint mid valley. Dorang akan ajar mcm mana nak buat analisis, tengok turun naik market price dalam USD and GBP ( Great Britain Pound / pound sterling ). Hari2 dia suruh buat macam tu analisis tu sebab takut kalau customer call tanya pasal investment dorang so kita tahu nak jawab apa. Lepastu tiap tiap malam lepas balik kerja mesti ada akak ni one of the staff call tanya acah caring laaa. Dia tanya macam mana kerja harini, ada tengok tak market price dah boleh open or close transaction ( dorang ada bagi paper untuk kita isi pasal investment tu ). Tak lama lepastu dia tanya i family kerja apa kewangan okay ke tak, once dia dah tahu, dia disscuss dgn manager mcm mana cara2 untuk bantu kita nak solve masalah kewangan family or pinjaman belajar kita senang nak bayar kalau labur dalam investment ni. Hari hari dia desak suruh tanya parents suruh invest. Bukan sikit tauu 350K dia suruh labur. Dia siap bagi lagi cara2 untuk dapatkan 350K tu macam mana, share account dgn kakak adik beradik semua nenek atuk segala keturunan laa sampai cukup 350K tuu. Hari2 dia desak suruh tanya sampai sanggup nak call parents untuk ajak. Lepastu bila i cakap parents memang taknak invest sbb benda mcm ni ada turun naik dia, sekurangnya kalau pinjam beli rumah nampak hasil dia, kita boleh duduk. Lepastu dia psycho balik cakap okay kalau u pinjam bank beli rumah, benda tu boleh growth tak? Hari2 u dapat tak duit dalam acc? Macam2 laa benda dia psycho balikk. Dia siap cakap lagi. Kalau u pinjam bank, u tak perlu keluarkan duit pun utk bayar balik tiap bulan. U pakai untung dari investment ni je, gaji tak usik langsung so dah bagus kt situ sebab dalam seminggu untung u dapat boleh cecah rm16K tauu.. Balik tu i cerita kat parents apa yg akak tu cakap kat office siang tu. Terus i kena marah sebab terpengaruh sgt laa apa laa, esoknya akak ni tanya mcm mana parents u okay ke nak invest? Lepastu i cakap laa parents tak berminat nak invest siap kena marah lagi, terus akak tu tak naik office dia hold i kat bawah pagi pagi tu. Dia cakap dia dah disscuss dgn manager dia yang dia nak terminate i punya application sbb alasan dia, buat apa u kerja kalau parents u tak support u nak kerja sini? Tf! Position i admin tau so of course parents support kan anak dia nak kerja admin dalam office. Lepastu i cakap macam tu, dia putar balik cakap kalau parents u support kenapa dorang taknak invest? Macam akak, kerja lama sampai 5 tahun sebab parents akak support bagi galakan nak bantu family susah. Ergh lepas daritu i terus berhati hati nak pilih kerja yang elok. Google dulu company tu tanya dia betul2, kita boleh mintak no ssm kat dorang masa dtg iv kalau korang tak jumpa nama company dekat google tu, dia tak boleh marah sbb tu hak kita.

Unknown said...

Mersik enterprise ehh? Mesti power selok belok mind trick and scam kan?

Fath said...

Betul eh?? Hampshire place office kan? Sy dpt as a corporate customer service. Btul ke scam?? 😭

Unknown said...

Dont ever go for an interview at this company called Pentagon Business Centre. The true nature of your job there will not be clear till you have joined them as a staff. During the training, some of the managers will ask you whether you have told any of your friends about the so called job opportunity that they provide. Their talk about commissions is just so convincing. They will say the clients will come to the office daily and you just have to deal and advise them based on the IT software that they asked you to install on your smartphone. But instead of that, you as a staff will be asked to focus on hiring new workers on a reason that the new workers could be your potential client who could invest under you and subsequently earn you the commission that they always told you during training. Furthermore, i asked one of the workers about the period she waited before she gets a client offered by the company. She told me that she have to wait for a month to get such clients and the most shocking news is her first client is none other than her own mother. 2 other staffs which is an Indian girl and an Indian woman, Naressha and Liona are just scumbags. I have observed that whatever comes out from Naressha`s mouth, be it about commission or any enquiry about the business enquiries, all are just lies. As for Liona, she cant seem to stop minding about other people`s business. I was shell shocked by this kind of manipulation and cheap tactics of the company and immediately told the manager there i wanted to resign with immediate effect. So guys, please be careful with this company, PENTAGON BUSINESS CENTRE, located near Ampang Park LRT,a-3a-3, level 3a . 157 hampshire, no 1, jalan mayang sari 50450 kl

Unknown said...

aku pn prnh kena tipu jgk..mmg sebijik mcm korng kena...dkat pentagon tu jgk...tpi nama company tu stg asset management... stg tu stand for starling gold....dkat bngunan pentagon, hemsphire, ampang park

Unknown said...

Selamat jumpa.blog ni.. Puas ak baca banyak thread and forum pasal company ni..alamat sebijik and comment latest april 2018. Thanks to the commentaries about this fraud company... Luckily i don't waste my time to go there

Selamat x bagi resume pape..

Anonymous said...

so buat nama
Dato' Paduka Gina Fiziana

Unknown said...

Apa jadahnya ko merepek ni mersik?!! Basic gaji takda. past tu kene invest.. aku dah dengar taklimat kat company ni..penipu besar gilerr..janji bulan bintang.. Semua melayu cina sorang pun x da...kesian melayu

Radhiah said...

UPDATED!!! ADA GAMBAR MANAGER. BACA ENTRY AKU PLAK!
https://penulisjujur.blogspot.com/2019/03/integrity-services-sdn-bhd-company.html

masquerades revelers said...

2022 and still going on until now!!! CENTURY GROUP kat LEVEL 13 MIDVALLEY CENTREPOINT!!!! boleh baca my experience kat blog ni supaya semua aware yang this company is actively recruiting fresh graduates for them to scam. https://writerinthedaylight.blogspot.com/2022/05/century-group-centrepoint-midvalley.html

masquerades revelers said...

2022 and still going on CENTURY GROUP kat LEVEL 13 MIDVALLEY CENTREPOINT!!!! boleh baca my experience kat blog ni supaya semua aware yang this company is actively recruiting fresh graduates for them to scam. https://writerinthedaylight.blogspot.com/2022/05/century-group-centrepoint-midvalley.html

«Oldest ‹Older   201 – 260 of 260   Newer› Newest»

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics