expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, October 4, 2015

Kekecewaan Mencari Kerja : Selepas 3 Tahun

Assalamualaikum...

Sebelum tu... aku bukanlah kecewa sebab sekarang ni aku dah dapat kerja yang agak secure. Entri ni adalah entri susulan selepas entri yang aku taip pasal penipuan segelintir bangsa Melayu yang tak sudah - sudah cuba menipu anak bangsanya sendiri, terutama fresh graduate. Untuk penerangan selanjutnya, tengok kolum Entri Panas kat sebelah kiri blog aku ni. Tapi kalau korang malas nak cari, KLIK JE LAH AYAT HURUF BESAR AKU NI. Hahaha.

Tujuan aku taip entri ni adalah untuk meluahkan kekecewaan aku setelah tiga tahun entri itu ditaip. Korang bayangkan. Dah tiga tahun kot. Diorang masih berleluasa. Last aku dengar nama company dia Premier Podium. Tahun ni, nama dia dah jadi Optimeast Management. Masih dengan alamat yang sama. Kat MidValley, Northpoint Tingkat 11. Target masih sama. Menggunakan iklan yang sama. Gaji tinggi. Mana-mana fresh graduate pun akan rambang mata. Bukan semua lah sebab mungkin ada yang nak gaji tinggi sebab nak tanggung itu ini.

Aku hairan kenapa penipu ni masih bebas melakukan kerja-kerja haram diorang ni.

Aku dah jarang berblog tapi bila sekali bukak blog dan tengok komen-komen kat entri tu, aku tetiba jadi geram. Zaman sekarang dengan GST nya lagi, duit tu penting. Takkan sampai macam tu sekali nak menipu sebab duit.

Aku perlu ping entri aku ni. Harap-harap ramai yang sedar dan akan mengambil tindakan terhadap penipu-penipu ni.

2 comments:

Unknown said...

Cana nak contact bro eh? Saya da nak grad..now rsau gila nak face dunia lua cri keja..ad advice x? Bln 10 ni grad..n sadly..pointer sgt x mmbrgsgkn just 2.80 je =( ..help me

IQBAL ZARIN said...

hello unknown...

pape hal plis email kat sini: iqbalzarin@hotmail.com

nak nasihat sikit2 bolehlah kot. do contact me by email. :)

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics