expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, November 14, 2017

Damailah Kau Di Sana

Assalamualaikum...

Aku tak tahu bagaimana aku naik mulakan entri ni. Sebab aku mahu berbicara tentang seseorang. Seseorang yang aku pernah rapat dengannya dulu.

Khairul Anuar Salim. Aku kenal dia ni masa aku terjebak dengan dunia perdebatan di UKM. Video pertandingan akhir Debat Alam Sekitar tahun 2008 (mungkin) dimana dia selaku wakil bagi team UKM melawan UIA menjadi rujukan hampir kesemua budak-budak 1st Year yang mewakili kolej untuk perlawanan Debat Naib Canselor time tu. Kemudian bila berakhir event ni, aku dipelawa untuk menyertai Urusetia Pengucapan Awam (UPU) UKM. Kat sini aku lebih mengenali dia lagi.  Harapannya aku bolehlah jadi pendebat juga macam dia. Tapi aku keluar juga pada penghujung tahun pertama atas sebab yang bodoh. Ye lah masa muda. Then aku dah tak berhubung dengan dia.

Pendek je kan cerita aku. Memang pendek sebab aku tak banyak memori dengan dia. Adalah satu dua yang bagi aku macam tak perlu diceritakan. Orang lain yang lebih rapat dengan dia lebih banyak memori terindah diorang.

Aku dah tak tau macammana aku nak panjangkan entri aku ni. Just aku pendekkan cerita je lah.

Kita tak tahu bila ajal menjemput kita. Adakah baik atau tidak pengakhiran kita nanti. Untuk insan yang bernama seperti di atas, pengakhiran dia betul-betul mengejutkan.

Siapa tahu orang yang kita rasa nyawanya panjang, mungkin meninggal ketika tua, dijemput Ilahi ketika usia muda, tanpa sebarang penyakit. Tapi meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Aku memang sangat-sangat tak sangka. Tapi itulah yang berlaku. Bila kita "take things for granted" macam ni, bila dah kehilangan baru kita nak hargai bagai. I'm such a fool.

Aku akan ingat tarikh ni. 13 November 2017. Perginya seorang insan yang amat disanjungi pelbagai pihak. Pemergiannya ditangisi.

Abang Nuar, semoga kau damai dan aman di sana. Rehatlah. Tinggalkan dunia yang sementara ini. Semoga Allah mengampuni sebarang dosa yang ada dan menempatkan kau di syurga kelak.


Khairul Anuar Salim
(26/3/1987 - 13/11/2017)

Al-Fatihah.

No comments:

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics