expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, May 22, 2018

Pengalaman belajar di matrik (Versi aku)

Assalamualaikum...

Nah entri pertama 2018!!! Mana monolog budak hari jadi 2018? Non hadoo. Dah bulan 5 maknanya aku dah tua 5 bulan untuk tahun ni jadi monolog tu tak relevan dah. Tunggu 2019 pulak kalau rajin.

Entri ni terinspirasi daripada pengalaman seorang Jefri Yusof (jefribudaksuci.blogspot.com) yang dah post entri dia pasal kehidupan dia kat matrik. Penuh cukup rasa ya. Ada manis ada masam ada pahit ada masin (yucks apa yg masin tuuu) tapi itu lah kehidupan. Camtu. Aku pun macam teringin jugak share kisah aku kat matrik dulu. Tapi seorang Jefri ni nak aku buat kisah lain. Well ada pilihan la jugak. Ni aku senaraikan:

1) Kehidupan di sekolah rendah

Tak best nak cerita selain aku ni boleh dikatakan budak pandai, periksa no 1, 2, 3 je, dan 5A UPSR. Other than that, aku ni selalu kena ejek pondan sebab aku kaki bangku (dan sebab-sebab lain yang melayakkan aku diejek pondan) maka aku tak nak cerita kisah sekolah rendah aku.

2) Kehidupan di sekolah berasrama penuh (SBP - SDAR)

Kan aku dapat 5A UPSR, maka harus la aku masuk SBP. Tapi sepanjang 5 tahun tak banyak yang aku boleh cerita. Aku budak skema so aku tak ada la cerita ponteng keluar ikut pagar sekolah tu. But there are some memorable moments la. Still tak best untuk diceritakan.

3) Kehidupan di PLKN

WTF aku the choosen one. Sakit hati aku. Maka memang tak la aku nak cerita. Moment best hanyalah bila join aktiviti dengan kawan2 je. Tapi akan dipertimbangkan untuk dibuat entri.

4) Kehidupan seorang mahasiswa (UKM)

3 years of hell. Dan mostly hidup aku sepanjang bergelar mahasiswa ni ada dlm blog ni. Dalam 75% kot entri blog aku ni ditaip semasa aku bergelar mahasiswa. Paling banyak bitter memories sepanjang 3 tahun di UKM maka eloklah ditutup je kisah ni.

Maka dengan rasminya, aku decide nak cerita pasal kehidupan aku kat matrik jugak sebab aku rasa life aku kat matrik paling indah.

Untuk pengetahuan, blog aku ni pun dicipta sebelum aku masuk matrik, kira-kira lepas aku keluar PLKN. (Jangan tanya date, aku tak ingat haha). Jadi some of my interesting life at matrik ada dlm blog ni. Tengok la entri tahun 2008 2009 tu. Aku tak nak mengimbau. Very the BBNU ayat aku time tu so erm..... Tengok sendirilah!! Haha.

Taip entri dalam phone tak best. Esoklah aku sambung kat ofis aku. Agituhhh.

**********

*A few hours later...

Good Morning!! Mari sambung kisah aku. Dengan template penceritaan yang sama seperti seorang Jefri yang perasan suci. Ehhh

1) Permohonan

Aku tak berapa ingat peristiwa menarik time ni tapi aku ingat la aku ada apply secara online kat website. Masa tu aku saja-saja nak meluangkan masa dengan rakan sekelas/sedorm aku masa Form 5. Sabqie nama dia. Anak orang kaya. Bapak dia pilot. Sabqie ajak aku tumpang tidur kat rumah dia beberapa hari kat rumah dia yang ala-ala rumah Qistina (Spa-Q Season 1) so kau agak la rumah dia cemana. Dengan ada maid sekali. Aku yang asal Felda ni kekaguman la jugak sambil feeling kaya seketika ahakz! Masa ni aku tumpang la apply matrik secara online (bukan calit-calit borang permohonan yang huruf M kena hitamkan, U kena hitamkan untuk eja MUHAMMAD tu *jeling Jefri). Masa ni aku ingat 3 pilihan utama aku.

1) Matrik Pahang (KMPh)
2) Matrik Johor (KMJ)
3) Matrik Perak (KMPk)

Dalam kepala, aku taknak pilih matrik yang jauh ke utara atau menyeberang laut sana sebab ini akan menyusahkan mak aku. Dah lah aku baru je setahun kehilangan abah aku. Dan aku jugak taknak pilih Matrik N.Sembilan atau Matrik Melaka sebab... kemonlah. Aku 5 tahun belajar kat N.Sembilan kot takkan nak matrik pun kat N.Sembilan atau berdekatannya? Otak tak berkembang katanya. Aku perlu suasana berbeza sikit jadi itulah 3 pilihan yang aku rasa boleh lah. Itu pun mak aku marah kenapa ada pilihan Johor dengan Perak tu. Kenalah explain yang pilihan kena beza-beza dan tak bolehlah tiga-tiga tu semua nak matrik Pahang je mak. Ini je lah yang aku rasa paling dekat. Haha.

Aku ada jugak apply UPU. Tak ingat choices *insert Tatianna memes tapi aku ingat aku ada dapat tawaran jugak. Tapi UITM Jengka, Diploma Sains. I was like... apa benda ni? Ada kawan-kawan aku dapat diploma jugak semua dapat kat kampus UITM Shah Alam tu. Apasal aku je dapat kat Jengka? Plus, aku anak Felda lah. Takkan nak belajar pun dalam suasana Felda? Yihh... So aku reject offer tu dengan kekwatnya. KahKahKah. 

Aku pun duduk je lah kat rumah lepas tu teman mak aku. Time ni masih kecewa sebab masih sebel dengan PLKN. Habis semua rencana aku rosak sebab PLKN. Aku plan nak amek lesen kereta fail, aku nak apply masuk maktab pun fail, dah lah hari aku keluar kem tu hari last submit permohonan masuk maktab, esoknya stret pergi SDAR ambik result SPM aku yang mediocre tu, semua tu aku salahkan PLKN. Hahaha... 

Lepas tu keputusan pun keluar...

2) Keputusan

Tak ingat jugak macam mana aku dapat keputusan matrik ni. Tau-tau je aku dapat pilihan pertama aku, matrik Pahang (KMPh). Lega sebab mak aku tak payah nak runsing sangat kena hantar aku jauh-jauh. Entah-entah mak aku beria doa lepas solat supaya aku tak dapat jauh-jauh kot hahaha tapi takpelah memang aku pun berharap nak KMPh. So setel. KMPh it is. Aku ingat jugak sementara tunggu tarikh masuk tu, aku dengan beberapa geng sebaya kat Felda aku yang agak cerah masa depan tu pergi Yayasan Pahang untuk ambik bantuan RM 500 seorang untuk masuk matrik. Ada kembar sepasang Siti Hajar, Siti Fatimah, Najwa, my rival paling rapat masa sekolah rendah sebab bersaing nak nombor 1 masa periksa, dan sorang lagi nama dia Zarina. Yeah semua yang saing sama-sama pergi Yayasan Pahang tu perempuan. Yang lelaki tak de. Nak kerja kait buah sawit je kot. Lantak kauorang lah. Zarina ni dapat KMPh jugak sama dengan aku. Kitorang dalam kereta tu (ada pakcik nak tumpangkan ke Yayasan) catch up la sama-sama sebab masing-masing dah terpisah lepas UPSR kan. 

*Fakta menarik. Najwa dan Zarina tu sama-sama dengan aku dapat 5A UPSR. Time tu 3 orang je dapat 5A termasuk aku. Hiks. 

Aku tak gigih nak tanya sorang-sorang budak batch SDAR aku dapat matrik mana. Sebab pilihan matrik ni kira 2nd lowest la tarafnya. Maklumlah budak-budak SBP semua target nak belajar oversea. So masa tu aku fikir matrik ni tak berapa dipandang sangat la dan tak perlu nak dibanggakan sangat sebab ada yang lagi pandai dan straight A1 SPM semua dah ready buat persediaan ke US la, Canada la, Mesir la, UK la, dan sebagainya. Ada yang dapat matrik pun rejek sebab gigih nak belajar kat oversea. So kita pun diam-diam je lah.

Aku pun mengharungi hidup-hidup sementara menunggu hari mendaftar ke KMPh.

3) Pendaftaran, orientasi, dan yang berkaitan

Lagi sekali aku tak ingat apa-apa sangat masa hari pendaftaran ni. Even nombor bilik pun aku tak ingat. Pendek cerita, bangun pagi, tunggu pakcik yang mak aku upah untuk hantar aku ke KMPh, sampai, daftar, masuk bilik, kemas-kemas, mak aku pesan-pesan sikit, mak aku balik. Homesick? Hell no. Aku dah 5 tahun berjauhan dengan keluarga kot so tak de masalah pun untuk aku berjauhan lagi. Tak de lah dok terkenang-kenang kat mak aku kat rumah. *Jeling Jefri lagi

Apa yang aku ingat bilik aku aras satu. So setingkat je lah naik tangga. No problemo. Aku tak suka betul bilik tingkat tinggi ni. Penat naik tangga. 

*Update: Nombor bilik aku ialah A1-T1-37. A1 ialah Blok A1, T1 ialah Tingkat 1, 37 ialah nombor bilik. 

Satu bilik 4 orang. Aku orang pertama masuk kot. Lepas tu menyusul sorang-sorang masuk. Mari berkenalan dengan rumet aku kat matrik.


-Syukri

Dak mok mok. Haha. Dia budak MRSM Pontian, Johor. Asal Terengganu. Dia katil depan aku. 

-Syakir

Budak SBPI Batu Rakit. Katil sebelah aku. Asal Terengganu jugak.

-Affuan

Budak sekolah agama kat Johor. Asal Johor. Katil sebelah Syukri.

Overall aku dapat rumet yang semuanya baik-baik dan helok perangainya. Alhamdulillah. 

Dah lama sikit kat bilik tu, aku dapat tau, ada 4 lagi budak batch SDAR aku sambung matrik kat KMPh jugak. Yeayyy ada geng! Tak la aku awkward sikit masa orientasi. Mereka ialah:

-Hadi

Budak Keratong. 

-Zulkiflee (Capub)

Budak Johor

-Syafiq Bidin

Budak Terengganu 

-Helmi

Budak Tementi. 

Petang tu start orientasi so aku pun pergilah berjumpa diorang budak SDAR ni. Excited sikit la sebab ada geng jugak. Isi orientasi tu aku tak berapa ingat tapi semua berjalan lancar. Tiada kisah tangisan teringat ayam itik kat kampung. 

Lepas tu aku dapat tahu keempat-empat geng SDAR aku ni semuanya ambik sains hayat. Whyyy..... Aku je yang pilih Sains Fizikal sebab aku BENCI BENCI BENCI tahap allergik dengan Biologi. Well aku pun x berapa suka Fizik jugak tapi masa tu fikir aku boleh belajar lagi fizik compare dengan Biologi yg sejak Form 4 aku langsung tak faham apa pun. Yang aku ingat pun semi-permeable membrane. Itu je. Bab reproduction yang kononnya semua akan faham sebab dasar otak kuning pun aku tak reti. Tapi tak pe lah bukan aku harap geng-geng SDAR aku sekelas pun. Haha.

Habis orientasi, kita mulalah sesi kuliah.

Opss nanti lunchbreak aku sambung. Btw, sekarang bulan puasa tau! Hahaha. 

**********

Lunchbreak! Tapi tak boleh lunch sebab sekarang bulan Ramadhan. Kita sambung cerita.

4) Sesi Kuliah dan Tutorial

Masa dah mula kuliah ni, kita akan kenal dengan lagi banyak orang. Belum lagi bila aku kenal dengan kawan kepada rumet-rumet aku. Itu pun dah berkembang besar dah tu. Tapi nanti kita story.

So, ikut senarai nama, aku dalam kuliah 3, dan tutorial 17. So nama kelas aku pun 3F17. F stands for Fizikal. Oh aku lupa. Capub tu dia asalnya Sains Fizikal. Sebab aku ingat dia sama kuliah dengan aku. Tapi dia tukar Hayat sebab tak boleh bawak Fizik, samalah macam aku tak boleh bawak Biologi *Allergik. Garu-garu badan. Masa awal-awal perkuliahan ni boleh tukat aliran. Budak sains boleh jugak tukar ke aliran akaun tapi budak akaun tak boleh masuk aliran sains. So Capub tu apply la tukar aliran ke hayat. Maka aku meneruskan hidup sendirian kat Kuliah 3 tu tanpa geng SDAR aku. No big deal. 

Aku tengok jadual agak pack jugaklah. Ada hari Selasa tu aku ingat lagi jadual kelas aku start pukul 9 pagi, lab Fizik. Enaklah lepas subuh tidur balik. Kelas biasa start pukul 8 pagi dan habis pukul 5 petang kot. Mungkin ada jugak kelas yang habis awal. 

Masa ni aku ingat kat matrik pun ada sistem susunan paling pandai hingga paling tak pandai. Sebab aku kuliah 3 jadi aku ingat aku tergolong dalam golongan student yang ketiga pandai la kot. Tapi nadaaaa.... ini bukan sekolah ya ada kelas pandai kelas hujung. Nooo... Ia terbukti bila Affuan rumet aku tadi skor 4flat untuk kedua2 sem dan dia kuliah 6F. So terlupus tanggapan aku itu. 

Agak mustahil aku nak kenal semua budak dalam kuliah aku. Maka elok je lah aku kenal dengan budak kelas aku je, 3F17.

Duduk depan dari kiri: Mustakim, Ashaari, Affandy, Misbahudin, Thiwaan, Aku, Haziq, Joon Kit, Chee Hong, (sumpah aku lupa nama kau. Yang letak Beta Nurfalanza dah kenapa haha)

Berdiri dari kiri: Azni, Ezzah, Nabila, Ida, Junita, Farahana, Wani, Icha, Amira, Radhiana, Ku Azila, Hajar

Tak de dalam pic (ponteng kaluu): Haniz


Aku rasa by default jugak kot aku jadi ketua kelas. Aku cam erm.... Why me?? *lagu Linda Martin berkumandang~  Tapi banyak jugaklah memori dengan diorang. Aku rapat dengan Haziq time ni. Dia asal Gelang Patah, Johor. Dia tengok aku cam bijak je kan jadi dia banyak tanya pasal tutorial. Tapi matematik je lah dia tanya. Yang lain tu aku pun tak pro tapi sama-sama overcome la gitu. Aku pun rapat dengan Thiwaan, the only Indian guy dlm kelas aku. Dia putih gila woo... Tu tengok pic tu. Ok exxagerate la kata dia putih tapi memang dia berkulit cerah la compare dengan geng2 Indian lain dia tu. Kitorang rapat sebab game pokemon. Infact, dia ajar aku yang aku boleh main game pokemon dalam laptop. So dari situ memang bercerita dengan dia pasal pokemon je lah. Haha. 

Foto Mohamad Iqbal Mohamat Zarin.
Ni masa dinner dinamika. Dengan Thiwaan. Dia menang most eligeble bachelor time tu. Agituu... Yang depan ni Ezzah. Belakang tu Amira. 

Dengan kelas ni jugak, aku teringat yang kelas kitorang johan deklamasi sajak sempena hari kemerdekaan. Memang aku nak claim yang menangnya sebab aku berlagak ala-ala Tunku Abdul Rahman melolong MERDEKA 3 kali tu. Malu deh tp selamba je. Nahhh terbalas jua bila kelas aku menang masa tu. 

Foto Mohamad Iqbal Mohamat Zarin.
Sesi fotogedik lepas dinner.

Gila tak best masa ni. Sebab tu ramai yang bertuah sebab dapat pengalaman indah masa matrik dan aku salah seorang yang bertuah tu lah.

Aktiviti luar daripada kelas pulak, aku tak tau macam mana aku boleh jadi Lujnah Penerbitan Masjid. Senang cerita, macam aku jadi BADAR masa kat SDAR. Ofkoz la kita rasa siapa jadi BADAR ni mesti budak surau. Aku celah mana budak surau nya. Haha. Tak ingat sangat apa aku buat time ni tapi aku ingat ada novel menarik yang diletak dalam buletin setiap bulan kat masjid tu.. Seindah Mawar Berduri. Cerita lanjut kat SINI

Lagi moment terindah masa jamuan raya. Melaram semuanya. Tapi tak nak la tepek pic sini. Cringeyyy haha.

Mengimbau kenangan bersama lecturer pulak.

a) Miss Suhaida (lecturer fizik)

Dia dah lah comel, mengajar pun kelakar jugak. Seronok lah belajar fizik dengan dia. Tapi still tak faham jugak cuma boleh la nak faham sikit-sikit. Dia ajar untuk kelas tutorial aku kedua-dua sem.

b) Puan Ainul (lecturer math)

Dia ni awal-awal masuk kelas aku (2nd sem) garang gila. Dia halau dua budak kelas aku sebab tak reti buat tutorial. Tapi sebenarnya kalau jumpa in person, memang dia sempoi. Dia suka kalau student datang jumpa dia kat kubikel tanya soalan matematik. Dia akan tolong sampai kita betul-betul faham. Btw, laki dia ajar kuliah aku pulak. tapi 1st sem je la. Laki dia pun kelakar gila. Aku lupa nama dia.

c) Puan Shariza. (Lecturer Math)

Dia pun agak garang masa kuliah. Tapi sebab dia comel (memang dia comel tak tipu) aku pun suka untuk datang kuliah dia tanpa gagal. Tapi cuma tak suka bila dia bebel pasal attendance. Ye lah, marah pasal budak ponteng kuliah dia dekat kitorang yang datang ni. Mana aci. Gtuh.

Honourable mention: Puan Niety (Lecturer math utk tutorial kelas aku sem 1), Puan Wahyuni (Lecturer kimia).

5) Kehidupan di blok.

Kehidupan kat blok mula lepas habis kuliah. Acamtu. Masa tu baru bertemu balik rumet dan warga-warga blok. Aku dengan rumet aku boleh lah kata rapat. Tapi malang sekali, Syakir (katil sebelah aku) dia keluar matrik untuk sambung belajar oversea. Sobs. Maka tinggal lah aku, Syukri (aku panggil Keri) dengan Affuan. Memang terasa kosong lepas Syakir keluar.

Tapi kehidupan tetap diteruskan. Dan lagi ramai orang aku kenal. Kebanyakannya ialah kawan kepada kawan rumet aku (kuliah atau tutorial atau kawan sekampung) dan juga kawan sekelas budak batch SDAR aku tadi. Kalau nak explain tu macam Venn Diagram la kot. You are mutual to someone but not to other camtu la kot hahahah...

Biasanya lepas kuliah/tutorial ni petang-petang aku tidur kot. Kalau tak tidur aku main laptop. Tapi masa 1st sem aku x de laptop. So pergi Library main PC. Dan baca buku. Aku pun betul-betul tak ingat lah apa aku buat. Tapi study ada lah jugak. Haha.

Seingat aku jugak malam-malam adalah konon-konon nak buat study group jugak. Adalah beberapa dalam kelas aku yang nak join jugak. So kitorang tempah bilik kat library tu dan study sama-sama. Selesaikan soalan matematik. Rasanya study gruop matematik je kot. Fizik Kimia study sendiri je. Tapi untuk aku, macam biasalah seperti kat SDAR dulu, aku tumpu kat math addmath je. So tumpuan kurang kat Fizik dan Kimia kecuali kalau nak lengkapkan jotter book. Tu je lah.

Sepanjang setahun belajar ni, selain daripada kenal rumet dan geng SDAR, aku kenal jugak dengan diorang punya kawan sekelas atau jiran jiran bilik. Antaranya:

-Marzuki (Juki)

Dia satu kuliah dengan aku tapi dia kelas 20. Dia dok aras 2, depan dengan bilik Helmi tadi. Dia rapat dengan Helmi sebab jiran aras la camtu. Ada jugak la ajar dia math sikit-sikit.

-Syafiq

Budak Imtiaz. Dia rumet dengan Hadi, dan classmate Affuan. So memang mustahil lah kalau aku tak berkawan dengan dia jugak kan. Selalu gaduh-gaduh manja dengan Affuan sebab bila dia tanya soalan tutorial kat Affuan, Affuan ajar, dia blur tak faham. Affuan pulak marah dia. Aku rasa itu kelakar. Dia jugak dikenali sebab janggut kambing dia tu.

-Ridhuan (Duang)

Jiran bilik depan. Dia ni pun jangan buat main. Pandainya tiada tandingan. Respek. Dah la budak Hayat. Dulu pernah bahan dia sebab password laptop dia panjang gila. Sekarang dah selamat posting jadi doktor kot. Last jumpa masa orientasi 1st year UKM dulu.

-This one fella yang macam Melayu tapi hanya kawan dengan Chinese dan speaking je.

Mesti kat mana-mana tempat pun kita akan jumpa dengan seseorang yang macam ni. Biasanya orang gini mesti tak de sape nak kawan sebab orang rasa dia sombong, acah-acah urban, tak nak kawan dengan Melayu, etc. Tak kenal pun. Tapi pernah pandang slek jugak kat dia.

-Solihin

Ni Classmate Capub after dia berjaya dapat kelas Hayat. Dia ex-SMAP Labu. Segan nak kenal dengan dia. Mebi sebab dia alim kot. Capub pulak bangga kononnya classmate dia hensem katanya. Ngok. Hahaha.

Banyak jugak watak-watak sampingan lain yang pernah aku kenal tapi itu lah fikiran tak kuat pulak. Hanya diorang ni je yang terlintas dalam kepala.

6) Aktiviti luar Matrik.

Hari yang paling ditunggu-tunggu ialah hari outing. Aku tak ingat bila boleh outing tapi masa tu peraturan tak lah ketat sangat. Matrik lain katanya kalau outing ada hari-hari tertentu, gilir-gilir lelaki perempuan, kena pakai formal macam pergi kuliah tu. Hell no! Kat KMPh tak ada okay. Basically melainkan hari ada aktiviti wajib, hujung minggu tu boleh pergi outing. Pakaian bebas.

Kalau nak outing tu, terpaksalah berjalan kaki dari blok ke pintu gerbang, Lepas tu kena lagi berjalan untuk ke tepi jalan pulak. Jauhnya. Lepas tu menunggu lah bas yang bawak ke bandar Kuantan tu. Stop kat Stesen Bas Benteng. Lepas tu ikutlah nak berjalan kat mana. Biasa pergi kat Megamall tu. Antara moment best ialah overnight sambut merdeka kat Kuantan dengan Geng SDAR. Sebelum tu pergi Teluk Chempedak jalan-jalan tengok laut. Malamnya sambut merdeka. Tengah malam tengok mat-mat rempit conquer jalan. Esok pagi baru balik matrik semula. Puasnya berjalan.

Macam mana balik kampung? Mujur kat matrik ada kaunter tiket. Biasanya aku beli kat situ je. Bas memang dah deal dengan matrik kot untuk stop depan matrik ambik budak. Tapi kalau hari Jumaat tu kena balik lepas solat Jumaat. So beli tiket dlam pukul 2 3 camtu lah. Perjalanan Gambang - Temerloh dah tak jauh dah dan kebiasaannya sempat je sampai Temerloh untuk kejar bas akhir masuk Felda aku. Sampai rumah kira-kira nak dekat Maghrib.

7) Peristiwa menarik KMPh 08/09

-MUET

Awal betul ambik MUET kan. Takpelah senang. Biasanya kalau reading listening writing tu InsyaALLAH okey. Tapi part speaking ni memang semua seram. Lecturer English banyak bantu student cemana nak hadap MUET. Kan ada test yang kita berbincang 4 orang dalam English tu. Kita kena pandai-pandai la nak bercakap sebab bila kau conquer the conversation, markah boleh jadi kurang jugak. Kena bagi peluang kat member lain bercakap. Masalahnya kalau member pun tak berani nak speaking takut broken English. Memang kena pandai control diri jangan overshadow. Then result keluar. Alhamdulillah dapat Band 4. Ingat average je tapi mostly dapat Band 2 3 camtu.

-Olimpiad

Kat SDAR tak berpeluang masuk olimpiad sebab cikgu ambik budak pandai je. Kat sini tetiba terpilih untuk pemilihan wakil matrik. Nah baru pertama kali tengok soalan yang nonsense. Sedang tutorial pun terhangak nak jawab, ni lagi soalan olimpiad. Apooo... Ofkos la tak terpilih kan tapi tetap bangga dengan diri sendiri.

-Kes fitnah terhadap Pengarah Kolej

Kes fitnah ni aku tak ingat pasal apa. Tapi ada berlegar la jugak katanya pengarah kolej matrik aku masa tu terlalu mengagungkan budaya hedonisme dan keduniaan je. Siap kata pengarah ni dah luluskan untuk diadakan satu "prom night" macam yang korang selalu tengok kat filem-filem amareka tu. Cari pasangan, menari, dan semua tu lah. Kalau tak silap sampai Pengarah tu kena mengadap Sultan Pahang. Hebat sungguh fitnah tu. Lepas tu ada soksek soksek mengatakan pembuat fitnah tu seorang wanita bertudung labuh. Ish Ish Ish...

-Video lucah 3GP

Ni pun kes terhangat sesi aku dulu. Sampai tersebar satu Malaysia agaknya masa tu. Dah la beromen kat tandas OKU blok tutorial. Kantoi la jugak sampai pelaku zina tu dibuang kolej. Tak kenal jugak pelaku tu.


8) Conclusion

Tamatlah sudah kisah aku kat matrik ni. Pengalaman paling indah pernah dilalui hampir seluruh warga matrik.

Disclaimer: Aku ingat-ingat lupa masa menaip ni so mungkin ada beberapa cerita yang tak tepat. Ampuni aku kalau ada cerita tak benar. Jangan kecam! haha.

Byeeeeeeeeeee~




2 comments:

Jefri said...

Macam rekaan imaginasi liar je? Bukan ko masuk form 6 ke? Herm...

Jefri said...

Lagi satu,panjangnya taip. Gigih! Kalau aku xde lah nk tulis panjang mcm ni...erm

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics