expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, November 7, 2010

Maksud Disebalik Kisah Manusia Beranak Tikus

Assalamualaikum...

Oh, dah sampai minggu terakhir Semester Satu Sesi 2010/2011. Rumah dah memanggil-manggil aku. Tapi tadi mimpi sesuatu yang sangat damn dan hampir betul.


"Result exam final dah keluar dan aku fail 2 subjek. Pointer bawah 2. Konklusinya, Ptptn sem depan kena block."

Damn. Hati dah cuak gila babs. Nasib baik celik mata dan realize itu hanya mimpi.



Sedih lah kalau betul~


******************************************

Rasanya memang dah trend dalam Facebook. Share notes tah hape-hape. Yang kebenarannya belum tentu sahih. Ataupun share notes berkenaan cinta. Kelakarnya suamiku, Maaf sayang, dan macam-macam lah notes jiwang karat tu. Geli den. Haha~

Berbalik pada tajuk entri ni, ada terjumpa pasal orang kat China yang kasi anak dia pakai tuala wanita yang expired. Then anak dia mual-mual macam orang mengandung. Scan perut dia then ade 20 ekor anak tikus sudah disenyawakan dalam perut anak dia. Maka dicucilah segala benda dalam perut anak dia sampai anak dia dah tak boleh pregnant. Kesian.
Seronoknya berada dalam perut manusia. Luas saujana mata memandang. Cit Cit Cit~

Betul ke? Boleh ke manusia beranak tikus?

Ramai yang tak percaya. Kerana adalah mustahil manusia boleh senyawakan sperma tikus. Kalau kata orang biologi, genome tikus dan manusia berbeza. (what the hell lah biology. hate you!!) Yang share notes ni kat Facebook sah-sah la kena kutuk seperti mana mereka dikutuk akibat taksub kepada teori konspirasi YAHUDI dan THE ARRIVALS. Haha~

Frankly to said, aku pun share notes tu. Tapi bukan sebab aku percaya manusia boleh beranak tikus.

Rasanya memang ramai yang gagal menemui maksud sebenar notes tu. Mereka tertumpu pada satu topik yang menjadi titik pertikaian: Bolehkah manusia beranak tikus?

Bagi aku sendiri yang share notes tu, ada sebab kenapa aku berlaku demikian:

  1. Niat untuk menyuruh golongan wanita (dan semua manusia termasuklah lelaki) aware tentang kebersihan diri, terutama kebersihan kat "that area". Sangatlah penting.
  2. Rasanya ramai yang tak tahu tuala wanita pun ada expiry date. (tuala wanita ada expiry date? Ye ke??) Lagipun kalau barang dah expired, mana elok dah. Macam kita beli sardin yang dah expired. Mesti rasanya dah lain tak macam sardin belum expired. Samalah macam tuala wanita. Kalau dah expired, mana jaminan yang ia berfungsi dengan baik sebaik tuala wanita yang belum expired. Betul tak?
Setakat ni tu je lah point aku. Kalau ada wanita yang nak share pendapat, komen lah entri ni. Mana tahu dapat ilmu berguna ke. Jangan gaduh sudahlah. Hehehe~

Hurm~ well, manusia beranak tikus?  Agak mengarut lah. Hehe...

~Tinggal 1 je paper, then merdeka. YAHOOO!!!~

5 comments:

Faiz Tapit said...

bagus2... nice thinking...
tp yg buat note tu mmg xpernah lulus sains dari skolah rendah... kesian betol

IQBAL ZARIN said...

haha~ org tu benci biology cm aku gak kot. haha~

Qusyairi Hashim said...
This comment has been removed by the author.
Qusyairi Hashim said...

aku dah track balik note asal dan asli...
rupanya, yang buat tu dia meniaga tuala wanita herba...
sebab tu aq kurang percaya n aku rasa dia just nak bagi laku jualan dia, ataupun, dia nk try skill cam blog ni ajar (http://tiny.cc/zohlb)
:-)

FaFa Remina said...

hahahaha.. sya ada bca gk entry tu kt blog aliff cullen.. ble plak tikus tu ada 'telur2 tikus yg tlh melekat kt tuala wanita'...

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics