Sebelum tu, aku hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ben Ashaari atas kesudiannya meletakkan link blog aku dalam segmen suai kenal yang dijalankan beliau semalam. Alhamdulillah... diatas bantuan yang dihulurkan olehnya, semalam dan pagi ni sahaja aku mendapat 19 follower tambahan. Syukur. Terima kasih kepada yang menjadi follower. Harap dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi. :)
Walaupun rasanya mesti ada yang akan kata kat aku macam ni:
- Tak malunya ko. Cari followers dengan cara murah
- Apa barang orang tolong. Followers aku semua aku dapat tanpa bantuan orang. Loser ah ko. Haha
- Ko ni tak de care lain dah ke?
************************************
Balik pada topik asal.
Tengah tension ni sebenarnya. Dengan exam yang hancuss... konflik dalaman, rumah di kampung yang memanggil-manggil, complete kalau aku nak jadi mereng sekarang ni. Haha~ Tapi tu lah. Semuanya kena tempuh sendiri kan?
Nak lepaskan tension ni macam-macam cara. Apa dia? Jom tengok list:
1) Menjerit
oooo aoooo aoooo aooo oooo!!! (ala2 tarzan)
Kalau tension mesti rasa nak marah je kan. Tapi kalau macam aku, nak marah tak memasal tak tentu hala kat orang lain tu bukanlah cara aku. Tak elok. Nanti kasi gaduh pulak. So menjerit akan menjadi medium terbalik untuk melepaskan geram yang teramat dalam hati tu. Carilah tempat yang tenang dan tak ada orang. Bukit adalah tempat terbaik. kau daki atas bukit lepas tu kau jeritlah sepuas hati kau. Kalau susah nak cari bukit, dok dalam bilik pon kita boleh menjerit. Tapi satgi kau kena bambu dengan mak bapak kau lah. Haha... Dont worry. Ada solution. Tengok gambar bawah:
Menjerit dalam pasu?
Kejadahnya menjerit dalam pasu? Haaa~ ni ialah ciptaan orang Jepun. Pernah aku baca dalam Kreko dulu. Shouting Vase namanya. Kalau rasa nak menjerit, capai menatang alah ni then menjeritlah ke dalamnya. Orang tak dengar pun. Jangan risau. Pasu ni menyerap bunyi jeritan korang dan hanya mengeluarkan bunyi halus je. So, settle masalah. Tapi kat Jepun je lah ada jual. Ada lagi alternatif lain untuk menjerit.
Bantal. Benam muka kat bantal lepas tu menjerit lah. Hehe~
2) Menangis
WAAAAAAAAAAAAAAAA!!
Jom menangis. Sewel ape tetiba ajak menangis. Hahaha~ Menangis pun medium terbaik untuk melepaskan tension. Kalai nak puas kan, menangis macam nak gila sampai tersedu. Haha~ Baik sebenarnya menangis ni. Kalau sesiapa tak tahu la kan. Masa kita tension atau stress, banyak aura-aura negatif yang terkumpul dalam badan dan ia menjadi toksin dalam badan. Sebab itu terciptanya air mata. Bila menangis, air mata yang keluar tu akan membawa keluar segala toksin dalam badan kita, menjadikan kita lebih sihat. Tak caya, try menangis nanti. Lepas tu mesti badan jadi ringan sikit, otak macam dah clear. Tapi kalau bab menangis ni, lelaki takkan sesekali nak menangis, walaupun diorang tau kebaikan menangis tu. Ego. Biasalah. Hehe~ Tapi aku pun dah lama tak menangis. Tak tau kenapa. Banyak sangat menangis waktu kecik kot. Haha~
3) Pasang lagu kuat-kuat
Ni pun medium terbaik jugak. Pasang lagu head banging sekuat alam pastu hayun kepala sampai biol. Nanti aku tanya 1 + 1 pun da tak tau nak jawab. Haha~ Cuma untuk cara ni, baik korang sediakan headphone/earphone supaya tak menganggu jiran sekeliling. Nanti depa plak tension. Gaduh pulak jadinya. Hehe~
4)Tulis dalam diari atau blog
5) Luahkan kat sahabat
Bersembang pasal apa yang buat korang tension. Sahabat yang baik biasanya akan faham apa yang dialami korang. Tapi memang susah lah nak cari member sebaik macam tu. Biasanya kawan waktu senang je yang bersepah. Bila kita dalam kesusahan, diorang lari tinggalkan korang. Jangan buat member macam tu. Seeloknya carilah sahabat yang sentiasa bersama kita di waktu senang atau susah. Then kalau ada masalah, share dengan mereka. Mungkin rasa lega sikit lepas tu.
Last but not least, ini yang sebaik-baik cara.
6) Mengadu kepada ALLAH
Harap dapat membantu korang untuk melepaskan tension dan stress dalam diri. InsyaALLAH~
8 comments:
tido kejap pon ok jugak
ha'ah. terlupa nak taruk point tu. hehe
baling batu kat kepala anjing gila p0n oke jugak
aiyoo~ kejam banget itu. haha
hehe. betul, setuju ngan entri ini.
*ehem, bile nak follow blog aku plak?
=p
dah folo. ehehe
cara last tu paling bagus.... ^_^
SB bukan sekadar sahabat di alam maya
Baca ni pun dah hilang tension, terhibur hahaha. Thanks
Post a Comment