expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, July 19, 2011

Blogging Menjadi "Agama"

Assalamualaikum...

Korang tau tak aktiviti blogging ni dah menjadi seperti sebuah agama baru? Aku rasa macam tu lah.

Tak payah intro panjang lebar. Ce tengok sebabnya.

Menurut kefahaman kepala hotak aku, dalam setiap agama ada tuhannya. macam tu jugaklah dengan blog. Ada satu, mungkin ramai "tuhan". Aku tak perlu describe ciri-ciri yang melayakkan seseorang blogger menjadi "tuhan" di dunia blogging. Korang faham-faham je la.

Konsep ketuhanan seterusnya. Jika ada sesuatu masalah, mesti merujuk kat Tuhan kan? Macam tu jugak lah dalam blog. Pantang ada apa-apa yang berlaku, mesti penganutnya akan merujuk kepada "tuhan" berikut supaya "tuhan" itu buat satu entri berbentuk ulasan. Pasal BERSIH nak tanya dia, pasal blogger kena kutuk nak moncoi kat dia, pasal Datin Milano Evans pun nak ngadu kat dia. Semua benda lah mesti penganutnya nak merujuk kat "tuhan" tersebut.

Dalam agama, konsep dosa dan pahala mesti ada. Pahala dalam berblogging ni korang akan dapat dengan bermacam-macam cara. "Mengipas" adalah salah satu cara. Ada penganut "tuhan" tersebut akan bersetuju dengan apa saja yang "tuhan" tersebut katakan. Tak kiralah betul atau tak. Salah satu cara mengipas. Manakala dosa pula akan diperoleh bagi bukan penganut "tuhan" tersebut. Contohnya, ada blogger yang mengutuk "tuhan" mereka. Blogger berikut akan dikeji, manakala ramai penganutnya akan bekap "tuhan" mereka. Dan jika nak pahala extra, penganutnya boleh buat satu entri untuk bekap "tuhan" mereka ataupun kutuk orang yang mengutuk "tuhan" mereka. Sebagai balasan, blog mereka akan dipromosi oleh "tuhan" tersebut. Buat baik dapat balasan baik kan?

(mungkin join segmen juga boleh dikira mendapat pahala extra)

Itu sahaja huraian aku.

Masa mula-mula aku buat blog, aku fikir blog ni macam social site yang lain. Tengok balik entri lama-lama, cam bodoh je. Tapi rasanya bagus lagi entri-entri lama aku tu. Sekurang-kurangnya tak tercemar dengan semua anasir-anasir tahpape yang berlaku di blog sekarang. Masa tu langsung tak gila follower, gila trafik, dan semua itu. Sekarang? Aku dah tercemar dengan segala benda mengarut tu.

Sebab tu ada yang berpendapat berblogging sekarang tak seseronok masa mula-mula blog diperkenalkan. Masa tu tak de ssiapa pun yang gila nak kejar trafik, folllower, ranking alexa, dan sebagainya.

Aku janji dengan diri aku sendiri. Lepas ni Aku takkan layan semua tu. Aku takkan menganut, mengipas, memuja, dan mengikut mana-mana "tuhan". Siapa nak follow, silakan. tak follow pun aku tak kisah. :)

~mesti ada yang hangin~

9 comments:

Anonymous said...

kipas sgt pon tak boleh sbnrnye .gaye mcm hidup mati kat tgn ''tuhan'' tu je *err ,ko fhm ape yg aku try smpaikan ?

IQBAL ZARIN said...

sangat2 faham. kiranya apa yg aku nk ckp tu smpi kt otak ko. hehehe

Anonymous said...

ittew polo abam ben 10 jee.

IQBAL ZARIN said...

kah kah kah~...

Anonymous said...

dan kiranya apa yang aku taip u smpai kat otak ko jugak .hehehe * ==''

doyah said...

ahhaha. sokong habis. keles la u ols skrggg

IQBAL ZARIN said...

aien: kan kan kan?? haha

doyah: biasa la nok... tengkiu bersetuju. hahaha

Jefri said...

setuju2. zaman dulu aku start blogging xkesah sangat pun ada reader ke x, ada follower ke x, hanya berpegang pada konsep diari untuk kenangan jek. aku pun da mula nak berubah dari terhegeh2 dengan ciptaan mereka dalam blogging. apa depa ingat blogging rules depa yg tentukan? semoga aku akan terus seronok menzahirkan hidup aku dalam bentuk blog dan lain-lain...

entri mula2 aku banyak warna-warni dan mengikut rules yang mereka cipta, itu adalah dilarang dan aku xmau delete atau edit atas nama itu keseronakan yang aku sendiri tahu dan nikmati. *sekian*

Anonymous said...

nice entry...salutee..!!

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics