Habis shortsem, memang susah aku nak online 24 jam. Apatah lagi nak update blog. Sekarang kat kampung. Seminggu aku berada di Johor Bahru sebab kakak aku kahwin. Rindu rumah kat Pahang ni. Grrr~
Masa kat JB, sempatlah aku tengok final Imam Muda. Tahniah kepada Imam Muda Hassan kerana telah menjadi Juara Imam Muda musim kedua.
Imam Muda Hassan |
Yang pasti beliau akan ada rancangan dia sendiri macam Imam Muda Ashraf (konfius spelingnya...) dan aku tak dapat tengok sebab aku tak ada Astro. Huhu... Tak pe lah. Hope someday beliau akan tersiar di channel yang lain. Astro pun kau ingat sikit. Dia nak berdakwah kat channel lain tu kau jangan nak sekat-sekat. Saman karang. Grr~
Cakap pasal Imam Muda ni, kalau korang ada feeling macam aku, mesti korang perasan. Setiap pesertanya mesti ada paras yang menawan. Hensem. Siapa perasan angkat kuku.
Semua tau kut. Tu lah keajaiban wudhuk. Rasanya lah. Wudhuk memang menyerikan lagi wajah manusia. Tak kira lelaki atau perempuan. Sebab tu kadang-kadang perempuan yang tak pakai mekap pun tapi dia jaga wudhuk, solat dan hubungan dia dengan Allah nampak lebih berseri berbanding perempuan pakai baju tak cukup kain, mekap vouge dan sebagainya. Betul tak?
Dan kadang-kadang, aku tengok Tok Guru Nik Aziz pun sejuk je hati aku. Muka dia tenang je. Nak tanyalah. Jangan marah. Antara kedua-dua pemimpin ni, yang mana satu bila korang pandang rasa tenang je? Means bila pandang korang tak carut-carut kat beliau?
VS
Jawab dalam hati je. Tak perlu bagitahu aku. :)
Cukup pasal itu. Masa tengok senarai peserta Imam Muda musim kedua ni, terperasanlah ada dua peserta yang memang muda...
Dan juga...
(Sumber)
Mudanya... Sebaya aku dah bertanding jadi Imam Muda. Terus pandang diri aku. Err... termuhasabah diri. =_=!
Ok lah. Tak boleh online lama-lama kat kampung. Nanti sibuk budak berhingus nak main game. Aku nak memasak pulak kat rumah. Kbai.
~Imam Muda Iqbal. BERANGAN LA KAUU!!!~
1 comment:
Imam Muda Najdi pon muda lagi . hehe
Post a Comment