expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, December 8, 2011

Terasa ke?

Assalamualaikum...

Entri panas dibawah ni. Nak aku delete? Jangan harap.

Sebelum aku menaip entri tersebut, aku dah buat rujukan ilmiah. (Ok tipu) Aku sangat faham topik ini sangat panas. K-Pop. Panas la tu kan. Dan aku sedar yang sekarang ni musim cuti sekolah. Maka bila aku taip, ramai yang akan terasa. Dan majoritinya ialah BUDAK SEKOLAH.

Word BODOH? Hurm. Ramai yang menelanjangkan diri mereka semalam. Ramai yang terasa mereka ni BODOH. Sedangkan kriteria BODOH tu aku dah jelaskan. So, aku buat kesimpulan mudah. Yang melatah semalam tu ialah K-POPPERS (Shit, muntah aku) yang menepati kriteria BODOH yang aku maksudkan.

Mungkin perlu aku taip besar-besar. Tak payahlah. Aku nak tengok berapa ramai lagi yang melatah.

Word BODOH tu kasar? Kasarlah sangat. Jangan tipu dengan aku yang kau di sekolah dan dirumah ialah seorang gadis sunti yang ayu, sopan, dan tak pernah mencarut walaupun bersama rakan-rakan di sekolah. (Aku assume yang sakit bontot tu semua ialah budak sekolah, dan perempuan yang baru lepas PMR). Word BODOH itu tak seteruk perkataan kasar yang lain. Kira selemah-lemah perkataan kasar. Kalau aku tukar BODOH dengan BANGSAT, lagilah kau butthurt kan. Dan ayat aku sikit punya baik je kecuali word BODOH itu. Tak de ayat kasar yang lain.

Dan seperti yang aku jangkakan, jenis-jenis aku-lebih-mulia-dari-kau turut kelihatan. Melihat bagaimana aku menyebut Nabi Muhammad itu, mereka mengatakan aku buat perbandingan dengan jambu-jambu K-Pop itu. Budak sekolah ni kalau ambil PMR Bahasa Melayu, aku tak taulah. Fail ke tidak nanti. Siapa yang menyamatarafkan Baginda dengan Jambu-Jambu ni? Sikit pun aku tak kata macam tu. Bacalah betul-betul sebelum nak menunjukkan aku ni kurang ilmu agama tak macam korang. (Ye lah tu.) Koranglah sebenarnya yang menganggap Jambu-Jambu K-Pop itu sebagai nabi.

Dan terdapat jugak budak sekolah yang menggunakan agama untuk menutup kelemahan sendiri, dan menggunakan agama untuk menunjukkan yang aku ni seorang yang hampir tiada agama. Erti kata lain, kau nak kata aku KAFIR. Macam tu. Haha... Eh tak kisahlah kalau kau orang nak mengkafirkan aku sekalipun. Asalkan aku tahu apa itu Rukun Islam, Rukun Iman, dan fasih mengucap, maka kauorang, budak-budak sekolah berjantina perempuan tak layak mengkafirkan aku.

Butthurt? Do I care?

Ah aku taip bagi penjelasan pun bukannya budak-bidak sekolah ni faham. Mata dan minda dah tertutup untuk menerima kebenaran. Last word, terimalah yang setiap perkara di dunia ni ada buruk baiknya. Bukan semua terima apa yang kita minat. Ini je lah lesson yang berguna untuk menempuh hidup akan datang. Kalau dengan isu remeh temeh ni pun budak-budak sekolah ni boleh buat gaduh, macammana kalau mereka dah bekerja nanti? Kalau ada yang tak suka. Kauorang nak paksa semua suka apa yang kau suka? Bumi tak berputar mengikut kehendak kau, wahai budak-budak sekolah.

Oh. Ini Komen yang didelete. Bukan sebab aku sentap ke apa. Aku tak sanggup nak pamerkan contoh kebodohan yang amat besar. Tapi untuk menyedarkan korang, silalah tatap. Yang BODOH akan setuju dengan kata-kata budak sekolah ni. :)


Selamat melayan K-POP. :D

P/S: Aku suka K-POP jugaklah wahai budak sekolah.

Wednesday, December 7, 2011

Peminat K-Pop yang BODOH

Assalamualaikum...

Agaknya entri aku harini bertemakan TAKSUB agaknya. So go to the hell dengan Wordless Wednesday. Aku ada Wordy Wednesday pulak. Hahaha.

Siapa peminat K-Pop yang BODOH? Bagi aku, yang BODOH ni ialah manusia yang sudah menyematkan K-Pop semacam ia dah menjadi agama. Pantang ada yang tak minat. Segerombolan peminat yang BODOH ni akan menyerang mereka.

"Yoseob muka cam sampah.", "Minho tu tak hensem mana pun.", dan sebagainya. Cukup untuk membuat peminat K-Pop yang BODOH ni butthurt.

Well, aku minat K-Pop jugak. Aku layan je semua lagu. Tapi tak de la sampai sanggup nak beli tiket First Class untuk menyaksikan SNSD di Malaysia. Aku tak marah pun haters K-Pop kutuk Yuri buat plastik sejeri.

What's the point kau rasa butthurt hanya bila kau punya artis kegemaran dikutuk? Kau ingat dia nak terharu dengan usaha kau bela dia?

Yang ISLAM. Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W saban hari kena kutuk. Apa tindakan kau? Ke nabi kau sekarang Nichkhun? Onew? Taecyeon? Yoseob?






NABI? Dalam bahasa korea bermaksud rama-rama. My Yoseob kan ensem macam rama-rama...

BERANI BUAT LAWAK HAMBAR!!!! FFFFUUUUUUU!!!


Satu lagi jenis peminat K-Pop yang BODOH. Ni aku terus terang cakap. Kebanyakannya PEREMPUAN. Range umur dalam 14-24 tahun. Gedik tak sudah-sudah nak berangan yang artis Korea ni bakal suami dia. Aku gelak je tengok minah gedik macam ni.

"Ye lah. Lelaki Melayu semua tak boleh pakai. Suka mainkan perasaan perempuan je. Pastu tau nak beromen je."

*istighfar*

Wahai minah-minah yang BODOH, berhenti berangan ye. Tu je aku boleh cakap. Kau jangan nak kutuk sangatlah lelaki Melayu ni. Dan kau jangan haraplah kau punya Yoseob tu bakal jadi suami mithali kau. Entah dah sunat ke belum. Yekkk....

Jadilah peminat yang bijak. Jangan terlalu taksub dengan fantasi Korea ni. Tak bawak ke kubur pun. Malaikat takkan tanya siapa artis Korea kegemaran kau mahupun apa amal baik yang kau lakukan untuk artis Korea kau tu. Behave like a human please.

Well, my last word to peminat K-Pop yang BODOH:

U MAD? PROBLEM?


Kbai.

p/s: By the way, korang tak payah nak OPPA OPPA sangat dengan Nichkhun. Dia tu asalnya Thailand. Cakap siam je dengan dia. KBAI.

Ustaz Aku Suka Ni Betul! Ustaz Lain Salah!!!

Assalamualaikum. Mari bercerita.

**********

Tergerak hati Rahimi (nama olok-olok) untuk berkongsi dengan rakan-rakan Facebooknya tentang sebuah hadis. Rahimi merasakan hadis itu sangat berguna dan dapatn dijadikan panduan dan tauladan kepada rakan-rakan Facebooknya.

Dengan tindakan kopipes, hadis tersebut sudahpun dikongsi. Hamidi memang menggunakan Facebook untuk menyebarkan ilmu dan maklumat berguna. Bukan terbatas kepada agama Islam sahaja. 

Ada komen baru. Rahimi membacanya. Oh. Rohaimi (nama olok-olok jugak) yang komen. 

Rohaimi: Oit. Hadis ni palsu lah. 
Rahimi: Lahh... ye ke?
Rohaimi: Iye. Semalam aku tanya kat fan page Ustaz A.I. Dia cakap hadis ni palsu. Nanti aku tag kau.

Rahimi melihat gambar yang di tag.

Rahimi: Musykil pulak aku. Ada betul jugak cakap ustaz ni tapi macam tak lengkaplah. Tak pe nanti aku rujuk kat Ustaz kat fakulti aku.
Rohaimi: Susah-susah je kau nak rujuk kat orang lain. Dah Ustaz A.I cakap macam tu. Terima je.
Rahimi: Tak de lah. Tak salah pun kalau buat rujukan extra. Kan?
Rohaimi: Memang tak salah. Tapi tengoklah siapa yang berkata-kata. Ustaz A.I. Terkenal di seluruh Malaysia. Mestilah orang lebih percaya dia. Ustaz kat fakulti kau tu femes ke? Siapa je nak dengar?
Rahimi: Nak menuntut ilmu tak kiralah orang tu terkenal ke tak. Entah-entah yang tak terkenal tu betul cakap dia. Mana kita tahu. Kita pun janganlah taksub sangat. Kau ni, aku tahulah kau minat benar dengan dia. Tapi janganlah sampai menidakkan pendapat orang lain. (25 likes)
Rohaimi: Malas nak layan. Yang penting aku tahu dia tu betul. Kbai.

**********

1) Sekarang ni ulama pun diangkat tarafnya menjadi SELEBRITI. Untunglahh...
2) Bukannya aku anti kat Ustaz berkenaan. Aku BIG FAN dia pulak. Cuma berpadalah. Jangan taksub. Tak elok.
3) Bagi aku kalau bertanya kepada lebih sumber lagi elok.
4) Ustaz tetap seorang manusia. Mereka tak maksum seperti Nabi. Jangan nanti ada yang mengangkat taraf Ustaz tersebut sebagai NABI sudahlah. Silap-silap jadi ajaran sesat pulak. 
5) Jangan taksub macam ahli politik ni: "Kalau ditoreh tangan saya sampai berdarah, darah yang keluar tu darah UMNO!!!"



Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics