expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, October 10, 2011

The Amazing Race: Nak masuk... (=_=)

Assalamualaikum...

Kalau ada yang perasan, aku dah delete entri berkaitan respon aku pasal cara-cara nak up trafik tu. Bukan sebab owner dia mintak royalti ke apa. Cuma aku malas nak buat entri bersiri-siri ni. Nanti ada idea baru tak boleh nak taip. Lagipun, siapa peduli respon aku. Hahaha~

***********************

Okey. Sabtu dan Ahad lepas, tak stadi langsung gara-gara maraton dari petang sampai tengah malam maraton tengok The Amazing Race musim ke 18.



Dah lama aku minat tengok. Tapi sebagai seorang pelajar di SBP, bilalah masa aku nak tengok TV. Dan kat rumah pulak masa tu mana pasang ASTERUK lagi. Sekarang dah pasang. Nanti cuti kalau ada tayang boleh la aku melekat depan TV. Bahaha...

Dan sekarang tengah on-air musim ke 19. Tak ada apa yang menarik macam musim ke 18. Kalau musim ke 18 dia panggil semula contestant dari musim-musim lepas yang katanya "nyaris-nyaris nak menang tapi tak menang sebab ada masalah masa race" dan mereka ni diberi peluang kedua untuk merebut USD 1 juta itu. Seronoklah tengok. Sampai nangis aku tengok bila sampai part yang tacing gile. (T_T)

So sekarang ni latest season baru 2 leg berlangsung. Aku pun baru siap download dan belum tengok lagi. Aku nak siapkan kerja dulu. Lepas tu baru layan.

By the way, Nak jugak senaraikan peserta untuk latest season ni. Jom berkenalan.


1) Amani & Marcus (Dah kahwin)


2) Andy & Tommy (Peluncur Salji)


3) Bill & Cathi (Tok Nenek tough)


4) Ernie & Cindy (Tunang)





5) Ethan & Jenna (Champion "Survivor". Ethan tu lah juaranya.)


6) Jeremy & Sandy (Kapel tengah dating)


7) Justin & Jennifer (Adik Beradik)


8) Kaylani & Lisa (Vegas Showgirl. Apekah?)


9) Laurance & Zac (Anak Bapak)


10) Liz & Marie (Kembar seiras)


11) Ron & Bill (Pramugara)



*Yang aku condongkan nama dia tu maknanya dia dah tersingkir... *

Yang nak tengok latest season ni rasanya bolehlah bukak channel 701 = AXN ye. Aku nak download je. Hehe...

Apa? nak aku cerita satu persatu episod? Tak dapat la wei. Tengok sendiri la. Haha...

~Buat asemen semula~

3 comments:

Jefri said...

wah. aku pun suka gak. amazing race asia pun syiok gak..TAR18 aku suka yang anak OKU ngan mak tu tapi tsingkir awal gak...

Rozuan Ismail said...

sangat mencabar amazing race ni

IQBAL ZARIN said...

jefri: aku pun suke diorg. kesian yg pekak tu mase die buat cabaran minum teh... nanges... T_T

rozuan: haruslah mencabar~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics