expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, October 30, 2011

Bila Dapat Gaji

Assalamualaikum...

*sapu habuk dan kuman sekejap lantaran lama tak update*

OKEY BERSIH!!!

Situasi kewangan aku tak stabil sekarang ni. Sebab tu tetiba aku dapat idea nak update blog pasal gaji. Keh keh keh...






Tengah kering ni. Hulur sikit boleh? *Motif menggemis di blog? Haha*

Okey. Lepas dah grad, dah dapat kerja, cukup bulan dapat gaji. Biasanya apa yang korang buat dengan duit gaji tu?

Macam-macam dah terbayang dalam kepala. Handphone, kereta, makan sedap, etc.

As for me, kalau sudah dapat gaji, selain wajib membayar kepada "penaja paling kejam" sepanjang hidup aku kat UKM, ini yang aku akan buat dulu:

1) Hulur kat mak sikit. Bergantung pada kerja dan gaji aku pada masa itu.
2) Bayar segala utiliti (sewa rumah, bil air, letrik, etc)
3) Peruntukkan RM20 sebulan untuk simpanan ASB
4) Bukak akaun Tabung Haji, simpan RM20 sebulan

Dan seterusnya akan difikirkan kemudian...

Kalau nak berjoli tu, taklah salah. Cuma dahulukan yang utama. Tak de lah nanti kita dibelenggu masalah kewangan yang teruk.

Memang semua orang nak hidup mewah. Yang gaji ciput pun tak mahu kalah. Itu hak korang. Cuma pandai-pandai seimbangkan la ye.

Dan paling penting. Bagi aku, jangan sekali-kali menggunakan kad kredit dalam urusan pembelian seharian. Aku sangat takut dengan bahana yang berlaku akibat penggunaan kad kredit ni. Bukan apa, dah ramai yang muflis masa muda. Umur baru 20-an, hutang dah keliling pinggang. Last-last, muflis. Sakit tau kalau muflis. Dan muflis tu kebanyakannya sebab kad kredit.

Kawan aku pernah kata:

"Nak tak nak nanti kau akan perlu jugak kad kredit tu..."

Hurm.. ye la tu. Aku cuma berdoa harap-harap aku tak memerlukan kad kredit tu.

~Kalau korang, apa yang korang buat dengan gaji pertama korang?~

3 comments:

hakeem kira said...

beli gitar baru HAHA

IQBAL ZARIN said...

fuyoo~ ajar main gitar. hehe

Jefri said...

wahai ekebal si pelajar aktuari, leh terangkan (atau dalam bahasa blog, sila buat entri) pasal Muflis. Yang aku penah dengar orang muflis tak leh naik public transport. Mohon pencerahan dari segi definisi, punca muflis, kesan muflis, langkah mengatasi dan diakhiri dengan kesimpulan. *gituh arahan soklan SPM*

p/s : tiber aku malas nak gugel sebab tenet slow kot, slalu rajin :)

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics