expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, November 18, 2011

Hero, Kucing Berkaki Dua

Assalamualaikum...

Aku baru teringat nak taip entri pasal kucing berkaki dua ni. Aku dapat tahu cerita ni masa cuti raya haji baru-baru ni. Sedang enak terboseng (terlentang) depan TV menonton Berita Utama, tiba-tiba keluar cerita kucing ni.

Kucing berkaki dua. Nama dia Hero. Aku dah nak kagum dengar kisahnya. Ye lah. Kot-kot sejak lahir memang berkaki dua. Tapi aku silap. Lepas tu aku sedih. Kenapa?

SEBAB KAKI KUCING NI KENA POTONG OLEH SYAITAN BERTOPENG MANUSIA!!!!!

Aku rasa macam ni muka orang yang potong kaki kucing tu...

Aku tak boleh bayang betapa syaitannya manusia tu. Sanggup dia potong kaki kucing tu. Kalau tak silap sebab kucing ni curi ikan je pun. Mana hilang rasional manusia tu masa tu sampai tergamak dia mencincang kaki kucing tu... sedih woo....

Hari ni aku terjumpa pulak buku MASTIKA yang menceritakan kisah kucing berkaki dua ni. Aku pun terus ambik dan baca. Oh penyelamat kucing ni ada blog rupanya...  kalau nak tahu kisah lanjut, lawatlah blog dia ni:

http://kakimotong.blogspot.com/

Aku tak nak letak gambar kucing berkaki dua tu kat sini. Takut-takut nanti tuan blog marah. Korang lawat ajelah blog itu. Terus nampak header kucing berkaki dua tu.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada penyelamat kucing ini...

2 comments:

Rozuan Ismail said...

kucing kki 2?lagi 2 kaki wat goreng apa?

IQBAL ZARIN said...

ntah. yg pntg kucing tu memg sengaja dipotong kakinya

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics