Assalamualaikum...
Lama aku tak meroyan di laman blog ni. Sibuk mencari kerja. Alhamdulillah dapat jugak aku kerja walaupun hanya menjadi Management Trainee merangkap cashier di 7-Eleven. Tak pe lah. Syukur dapat kerja. Cukup 2 bulan gaji dapatlah aku beli sematpon sebijik. :D
Sekarang ni aku banyak kerja syif petang. 3 petang sampai 11 malam. Jadi memang dah banyak terlepas tengok Masterchef Selebriti 2. Tau-tau je dah pun habis dan pemenangnya ialah Syura. Tahniah. Murah rezeki lepas bertudung ni.
Syura dengan suami dia. (gambar dari Sinar Harian) |
OK. Teori Naik Rating Astro. Ni diperkenalkan oleh kawan aku yang suka baca forum dekat cari.com tu. Untuk makluman, kebanyakan ahli-ahli forum yang membincangkan pasal Masterchef ni (dan pasal gosip-gosip artis Malaysia) ialah pondan. Boleh detect daripada gaya bahasa mereka. Kelakar bila baca forum tu. Dalam tu jugaklah banyak prediction tentang juara Masterchef dibincangkan. Dan kebanyakan prediction itu berdasarkan Teori Naik Rating Astro ni.
Dalam Masterchef Malaysia, tak kiralah sama ada versi biasa ataupun selebriti, pada pendapat aku, teori ini diguna pakai untuk memilih peserta yang bukan sahaja mampu memasak dengan baik, tetapi juga mampu untuk menaikkan rating dan imej rancangan Masterchef. Lepas aku baca forum tu, dan analisis yang aku buat semasa aku kebosanan, begini caranya bagaimana Teori Naik Rating Astro ini berfungsi:
1) Keputusan hanya nampak keadilannya pada awal rancangan
Dalam 20++ orang yang terlibat, sekiranya ada dikalangan mereka tersingkir awal dalam pertandingan, memanglah oleh kerana mereka gagal dalam tugasan yang diberi. Maknanya, misal kata ada 25 peserta yang bertanding, 15 daripada mereka yang tersingkir tu memang tak reti masak la kiranya. Keputusan juri nampak adil pada awal-awal pertandingan je.
2) Latar belakang peserta diambil kira.
Kalau tengok kembali Masterchef 1, yang menang ialah Ezani, seorang doktor gigi yang menewaskan Wahidan, seorang petani. Petani je pun. Apa je tarafnya kalau nak banding dengan doktor gigi. Bagi aku, kalau Astro rasa rating itu penting, Wahidan patut menang. Bayangkan tajuk akhbar "Petani menewaskan doktor gigi". Tak ke sesuatu yang tak dijangka? Barulah realiti. Tapi doktor gigi jugak yang menang. Bukan aku kata kemenangan dia tak layak. Bukan ya. Tidak sekali-kali.
Masterchef Selebriti 1 pun sama. Final menemukan Fazley dengan Angah. Fazley dah seorang penyanyi, pelakon dan pakar motivasi. Angah pulak pelawak je. Nak banding pakar motivasi dengan pelawak. Mana satu yang nampak gah. Mestilah pakar motivasi.
Sama jugak dengan Masterchef 2. Izyan, pegawai geologi. Ah Hong, arkitek. Along, student je. Fikir logik dengan teori ni, layak ke student nak menang? Memang tewas la.
3) Bukan Melayu susah nak menang
Kalau masuk final sekalipun, kalau bukan melayu, jangan mimpi nak menang. Contohnya, Masterchef 2. Izyan dengan Ah Hong. Tak kiralah sedap manapun Ah Hong masak, susahlah untuk bukan melayu mewakili Masterchef untuk sebarang demonstrasi masakan. Masterchef Selebriti 2 pun macam tu jugak. Celina kalah dengan Syura.
Aku sendiri, dan mungkin ramai lg orang kat luar sana agak was-was sikit kalau makan makanan bukan Islam ni. Jadi bagi aku faktor ini mungkin diambil kira untuk memilih juara Masterchef.
4) Imej, dan rupa paras jadi ukuran
Macam apa yg cuba disampaikan Dang Suria dalam On-Air, kalau kau gemuk dan hodoh, kau tak layak masuk bidang seni. Sama jugak dengan Masterchef. Maksud aku, imej tu penting. Cuba tengok senarai pemenang. Semua ada imej yang bagus. Paling menakjubkan, Ezani, Izyan, dengan Syura. Semua bertudung. Orang bertudung ni memang manis dipandang. Nampak tak imej tu penting? Haha...
Kesimpulannya....
Teori ni sekadar suka-suka dan pendapat peribadi semata-mata. Bukan nak kata yang menang tu berdasarkan teori yang aku senaraikan kat atas. Sebab kalau teori kat atas diguna pakai, baik tak payah ada juri-juri 3 orang tu. Kan?
Tapi kalau kurang ajar dengan juri, layaklah kau dibuang. Kelaut la masakan kau sedap ke tak. Haha...
1 comment:
suka dengan pendapat u. biaselah ASTRO atau mana2 syarikat TV yang lain.semua nak untung. kenalah ada strategi
Post a Comment