expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, May 20, 2010

Bukan senang jadi guru

Assalamualaikum...

Aku sangat mahu bekerja sebagai seorang guru. Walaupun dulu cita2 asyik bertukar2. Kejap nak jadi saintis botani, kejap nak jadi engineer, pengurus hotel, but then, ending dengan menuntut dalam aktuari. Tapi sampai sekarang lekat lagi nak jadi guru. Aku apply untuk kos pendidikan masa isi UPU online. Lepas exam bertulis, pergi interview. But then, aku malang dalam interview. Gagal untuk dapat kos itu. Agak kecewa. Walaupun sekarang aku masih belajar aktuari, aku terbeban dengan international exam yang harus aku ambil. Harga sangat mahal. Mungkin sampai grad aku tak ambil exam tu.

Someone suggest kat aku. Katanya jika aku masih nak jadi guru, apply untuk KPLI. Bagus jugak. Harap2 peluang untuk menjadi guru masih terbuka.

Mulia kan tugas guru? Mendidik anak murid untuk jadi insan yang berguna dewasa kelak. Fungsi guru ni aku tak nampak sehingga aku masuk sekolah menengah. Waktu ni, guru itu lebih daripada seorang guru. Tugasnya bukan sekadar mengajar, malahan menjadi ibu bapa kita di sekolah. Bila ibu bapa kita jauh di rumah, merekalah yang menjaga kita. Pendek kata, masa di sekolah menengah, dari bukak mata sampai tutup mata balik, guru je di sekeliling.

Guru yang kejut aku bangun subuh, guru yang mengajar apa yang tiada dalam silibus (means mengajar utk menjadi manusia berguna), guru yang menemani pabila prep malam, memantau kami supaya sentiasa belajar, banyak jugaklah kerja guru ea? Haha...

Besar jasa seorang guru. Namun...

Ada yang tak nampak. Semua perbuatan guru adalah salah di mata student sekarang. Kerjanya nak membantah je. Bila didenda, simpan dendam. Yang manja dan kaya pulak tu, nanti saman guru. Sedih dengan apa yang berlaku sekarang.

Dengar cerita my junior telah mencarut2 dalam blognya untuk semua guru2 aku di SDAR. Aduhh... kalau benar apa yang diceritakan ni, benarlah mereka ni manusia tak da adab. Mereka sudah lupa adab2 belajar. Dah tak hormat guru2 yang dah sah2 lagi berilmu dari mereka. Kecil hati mereka. Penat berbudi, racun diberi.

Sudah beberapa kali aku ke SDAR waktu aku sudah bergelar mahasiswa. Sekadar melepaskan rindu bertemu guru2 yang pernah mengajar aku dulu. Kesian mendengar rintihan mereka. Sabarlah. Itu saja yang dapat aku katakan.

Memang susah nak menghadap budak2 sekarang yang kaki pemberontak. semuanya salah. dia saja yang betul. Payah la macam ni...

Tapi itu cabaran seorang guru.

Masih nak jadi guru? Aku nak. Tak kira.

~selamat hari guru @ pendidik untuk pendidik2 di SK Felda Mayam, Sekolah Dato'Abdul Razak, Kolej Matrikulasi Pahang dan Universiti Kebangsaan Malaysia~

(^_^)

1 comment:

sazazila said...

good luck iqbal....yang penting niat awak tu....kalau niat kita nak jadi guru tu baik , tentu Allah akan permudahkannye....insyaAllah

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics