expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, May 29, 2010

Crocs ni macam artis la...

Assalamualaikum...

Crocs... tak kiralah kau murah ke, mahal ke, aku memang tak suka design kau. Hahaha... Better aku beli selipar lain. Lagipun, bukankah aku memang kureng sikit dalam hal2 bergaya ni... so up to u lah kalau nak kata aku ape pon. Nak kate aku macam pak cik KTM umo 50 tahun nak pencen ke, ape aku kesah???

Sebenarnya, dah bersepah dah blogger lain buat isu ni. Pasal lambang Crocs tu menyerupai kalimah ALLAH dah posisi logo itu di tapak kasut dimana kita pijak setiap hari. Dan ramai nak buat sebab gila trafik dan gila ranking di Alexa tu. Tapi aku bukan macam tu. Malas nak kejar trafik dan ranking.

Kembali pada isu tu, aku pun tak boleh nak kata apa. Sebab perkara ni masih dalam keraguan. Boleh jadi founder tu sahaja yang perasan macam tu dan hebahkan. Bila orang lain tertanya-tanya, pergi jelaskan lagi guna marker nak nampak kalimah ALLAH. Lepas tu ramai percaya. Haish...

No komen bout this. Tapi, selagi belum mendapat pengesahan dari badan2 islam, jangan kita bertindak dahulu. Jika selepas anda mengetahui hal itu, anda berasa was-was, maka baik jangan pakai. Jika yakin, pakai sahaja tanpa masalah. Itu lebih bagus. Dan jika sudah keluar fatwa mengatakan haram, maka haramlah Crocs itu.

Perkara ini mengingatkan aku masa zaman sekolah dahulu. Masa beli pemadam yang ada gambar bendera dulu, ramai yang akan kikis pemadam yang ada gambar bendera dari negara England, Norway, Finland, Sweeden, dan sebagainya sebab bendera tu ada salib. Bahkan aku pernah dicop kafir oleh budak-budak ni sebab aku tak kikis. Biasalah zaman budak2 lagi. sudahnya aku kikis jugak.

Jadi kalau anda dah ada koleksi Crocs tapi sayang nak buang kasut tu, potong sahaja gambar buaya tu, simpan, pakai lah macam biasa. Mudah je. Haha...

Jangan bertindak melulu tanpa kita mengetahui apa yang berlaku. Kelak binasa diri.

Crocs, kau ni macam artis la. Sedang nama kau naik, tiba2 ada kontroversi pulak kan? Kau ni macam Fasha Sandha la. Haha... (opss... jangan marah kak..)

No comments:

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics