expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, February 7, 2011

Ketensionan yang melanda diriku baru-baru ni.

Assalamualaikum...

Seminggu bercuti Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai untuk semua umat Cina di Malaysia. Dan seminggu juga blog tidak diupdate. Ini ialah entri pertama di bulan Februari.

Kalau dulu memang suka balik rumah semasa cuti. Boleh rehat, makan free, tengok Wonderpets, maki hamun SHITnetron INDOGNESIAL, dan macam-macam lagi. Tapi keindahan itu hilang sejak keputusan final exam aku sem lepas teruk. Teruk macam mana? Bayangkan sendiri apabila PTPTN disekat sem depan. Huhuhu~


Bila di rumah, segala perbuatan aku, mesti mak aku akan bising. Dan hujung-hujungnya, pointer aku mesti dikaitkan sekali. Ini kehebatan mak aku. Kagum melihatkan bagaimana sesuatu yang diluar bidang akademik aku boleh mak aku kaitkan dengan pointer untuk dijadikan bahan leteran terhadap aku.

Ini situasi yang masih aku ingat. Masa cuti peralihan sem. Ada daging korban yang berlebih. Jadi aku teringin nak masak sambal daging. Mak aku marah. Dan pointer juga disentuh dihujungnya.

Macam mana dari isu daging terus ke pointer aku?


DARI
  HINGGA KE

(Foto sumber dari Google)

Baca betul-betul flow ni:
  1. Bila aku kata aku nak masak sambal daging, mak aku kata daging tak boleh makan selalu kerana faktor-faktor kesihatan.
  2. Mak aku tanya sama ada aku tahu atau tak fakta ini.
  3. Mak aku terus masukkan isu internet.
  4. Mak aku tanya apa aku buat dengan internet.
  5. Mak aku marahkan aku sebab internet tidak digunakan untuk mencari maklumat
  6. Mak aku marahkan aku sebab selalu bukak Facebook 24 jam (padahal time tidur mana aku bukak Facebook)
  7. Last sekali, terus masuk isu pointer aku yang teruk sampai PTPTN kena sekat.
Itu sangat sadis. Niat aku nak makan daging sambal pun terhalang dek kepintaran mak aku mengaitkan daging dengan pointer aku.

(T_T) (T_T) (T_T) (T_T) (T_T) (T_T) (T_T) (T_T)

Bukan itu saja. Aku dah tak boleh nak sentuh laptop aku semasa di rumah. Bukan sebab bil letrik. Kerana pointer aku. Kadang-kadang, baru 10 minit aku on laptop, mak aku dah bising.

Segala-galanya berpunca daripada pointer aku. Damn.

Aku rimas dengan keadaan ni. So cara mengatasinya, sumbat telinga dengan lagu dari Nokia 5800 aku. 


Terima kasih kerana membantu aku.

Lagu apa yang aku dengar? Lagu orkestra. Dan ni pilihan aku. Lihat video dibawah:


Ia sangat membantu. 

Kadang-kadang tension jugak bila semua perbuatan aku nak jugak dikaitkan dengan result pointer exam aku. Oleh sebab tak baik melawan orang tua, maka ini cara halus bagi menghilangkan tekanan yang aku alami di rumah.

Huhu~ bilakah ini akan berakhir...

5 comments:

Rozuan Ismail said...

sabar je la..mnasib baik aku ni memahami sikit..kira ok la

x de la dia marah aku on laptop..dia nasihat la suruh aku wat better in future

IQBAL ZARIN said...

huhuhu~ entahlah~

+d.O.Y.A.h+ said...

woaaa. downnya kalo kena marah -_- sbr yekk

IQBAL ZARIN said...

skrg tgh down lg la ni~

ini cik ita said...

tu klau ptptn disekat...abis study je da plan ank buat apa? skang tak semestinya dpt keje....so planning la dri awal

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics