expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, February 18, 2011

Undi saya, mulai esok UKM cuti sebulan.

Assalamualaikum...

Semalam aku ada kelas berderet. Dari pukul 12 sampai 5. Pancit. Fuuhhhh~ Ada peristiwa menarik yang berlaku waktu kelas berderet ni.

Peristiwa ini berlaku semasa aku ada kelas Matematik Aktuari 1. 3 jam woo... jam gila otak aku. Oleh sebab lecturer aku, Dr. Hamizun baik hati, dia kasi kami break 30 minit. Lama tu. Tapi cukup lah untuk kelas 3 jam. Kan???

Aku keluar, gi buang apa yang patut kat toilet, basuh muka, then pergi beli waffle. Nyum! Siap je, balik semula ke dewan kuliah. Dah habis makan, aku main game kat handphone aku.

Tiba-tiba je......

"Assalamualaikum, mintak perhatian..."

Siapa pulak ni. Kacau je aku main game.

Tersergam di hadapan kuliah itu 2 orang, seorang perempuan Melayu dan seorang lagi lelaki Cina. Segak dan cantik kedua-duanya. Otak aku terus bekerja lebih kuat untuk memahami situasi yang berlaku.

Ohh... aku lupa. Sekarang musim Pilihan Raya Kampus (PRK).

Tapi ni 1st time diorg berkempen main redah masuk kuliah orang. Masa aku 1st year, tak de pulak macam ni. Nasib baiklah tengah break. Kalau terjah masa tengah kuliah, memang kurang ajar.

Aku agak awkward dengan situasi itu. Malas nak layan. Sambung main game. Apa janji manis diorang pun aku da lupa. I was like, WHATEVERRRRRRRRRR~

ADA AKU KESAH???

Aku serius tak ambik pot dengan semua ni. Malas aku nak ambil tahu. Sebab semuanya cerita yang sama dan boleh aku agak. Parti A fitnah Parti G, Parti G maki hamun Parti A, bla bla bla~ 

Siapa menang pun aku malas nak ambik kisah. Kalau menang pun bukannya efek sikit pun kat aku. 

Malas aku cakap banyak-banyak. Aku bukan orang poliTAIK. So tak layak aku nak cakap apa-apa yang bukan bidang aku. 

PRK nanti, pergi amek kertas, pangkah, done. 
Parti aku sokong? Who cares? Do i cares? Daaa~ Aku tak sokong mana-mana. Habis cerita. 

~aku nak buat undi rosak boleh?~

2 comments:

azzey said...

Main game blh hlgkan tension kannnnn..:)

IQBAL ZARIN said...

setuju!!! :D

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics