expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, September 27, 2011

Berdosakah aku?

Assalamualaikum...

Wahai pembaca-pembaca sekalian..
Nak tanya sikit.

Apakah menjadi satu dosa atau aib sekiranya aku langsung tak kenal top blogger?

Ada yang cakap kalau tak kenal mereka, tak guna jadi blogger.
Kasar sikit ayat: Kau tak kenal? Baik kau pergi mati dohh~ Jadi blogger tapi tak kenal top blogger. Malu dohh~

Salah ke?
Adakah mereka itu wajib untuk aku kenali?

Semalam (26 September 2011), semasa Pesta Konvo.
Ada orang kata Fatin Liyana datang UKM.
Siyes aku tak kenal. =_=!

Nak jadi blogger berjaya kenalah kenal mereka. Barulah femes blog kau...

Apa kaitannya statement di atas ni? Siapa cakap aku nak jadi top blogger?

Cuba tengok rupa blog ni. Tengok header. Hina kan rupa dia? Tak de Flash Header yang boleh gerak-gerak tu.
Memang sengaja direka sehodoh itu tandanya aku sekadar nak ada header je.

Jangan salah faham pulak dengan entri aku kali ni. Tujuan aku berblog ni lain. Bukan nak kejar duit nuffnang je. (Walaupun aku ada letak). Bukan jugak nak kejar trafik dan SEO (yang mana aku sangat meluat).

Jadi kalau kau rasa kau nak dikenali sebagai blogger berjaya, kenalah selalu pergi ke blog-blog yang dah ternama dan femes dan top itu. Aku tak kejar glamor. Bukannya boleh bawa mati pun.

~pagi-pagi dah rage. lulz~

8 comments:

Jefri said...

oh yeah....kelas entri...~

setuju la tu dengan hal yang diutarakan.. apa dorang ingat dorang top blogger la lagi banyak kecenderungan untuk dapat dosa berganda. kalau pakai tak menutup aurat (etika aurat, seluruh tubuh kecuali tapak tangan n muka, pakaian longgar tidak mengikut bentuk badan, pakaian warna kusam, tidak menonjol) sekarang???? kumbang pun dok lekat kat tudung...

kalau penulisan yang baik takpe, kalau lagha, dosa kecil lama-lama leh jadi dosa besar sebab akan merewang kepada mengumpat ke memfitnah ke mereka-reka cerita ke menipu cerita ke dan sebagainya.

Dah, penat dah la nak nasihatkan penggila blog ni..*sambil hempas mike*

syirah rasid said...

ngee ngee :)

sabau je la.

IQBAL ZARIN said...

jefri: ahh... letop komen. haha...

syirah: sabo je le~

LadyBird said...

sebenarnye skrg ni kes ape ek..
masuk 2 3 blog.. perbincangan yg sama..
lady kurang faham ape yg dh berlaku?

faraherda.razalan said...

Cool gile entri nie! Well said!

Yup, komen jefri pun best!

IQBAL ZARIN said...

ladybird: saya tak tahulah apa yang berlaku dalam dunia blog. saya tak ambil tahu. saya cuma menceritakan perihal diri saya yang tak kenal top blogger je. ape kes pulak??

MommyFara: thanks atas pujian itu. :D

LadyBird said...

oo.. sebenarnye ld pun x kenal top blogger..

Tuan Cimot said...

hahaha..watpe nak knl top blogger..ada diorg knl kita??hahah

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics