expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, September 28, 2011

Perkahwinan Norman Hakim & Memey RM12 juta. Korang butthurt kenapa?



Assalamualaikum...

24 September 2011. Maka selamatlah Norman Hakim dan Memey Suhaiza diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Hari ni pulak (28 September 2011) bersanding lagi mereka di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Semoga berkekalan ke anak cucu. Ye lah. Majlis kahwin juta-juta kot. Kalau cerai, rugi la. Nanti jadi la macam kekasih Lisa Surihani itu. Kahwin punya meriah. Last-last, cerai. Haha~


majlis resepsi norman dan memey

Cakap pasal majlis juta-juta, ramai yang tahu kan bahawa kos persandingan mereka ini sebanyak RM12 juta. Waw! Billionaire!! Mewah siot!!!

Dan kerana nilai yang tinggi inilah, ramai manusia diluar sana yang "terasa bontot mereka ditendang kuat oleh Memey yang memakai heels 5 inches" dan mengutuk mereka. Pada dasarnya hanyalah kerana isu Memey menjadi punca perpisahan Norman dan Abby Abadi. Tapi dipanjangkan sehingga ke majlis perkahwinannya.

Dan yang aku paling meluat sekali, yang sakit bontot ni bukannya orang seni mahupun orang yang terlibat dalam dunia artis. Orang macam aku ni. Yang tak de kaitan langsung dengan dunia artis tapi kalau cakap pasal hiburan, kalah wartawan artis.

Macam-macamlah tohmahan diberikan. Membazir itu selalu dibicarakan. Tetapi kalau sakit bontot sampai mendoakan Memey ni bercerai, ini aku rasa tak patut dah.

Kalau ikut apa yang aku tau, majlis perkahwinan ni ditaja. DITAJA. Bukannya 100% duit mereka RM12 juta tu. Dan kalaulah duit mereka sekalipun, suka hati merekalah nak buat majlis besar-besar pun. Duit kau orang yang sakit bontot ni satu sen pun dia tak kacau. Bisingnya macam dia dah buat kau papa kedana.

"Daripada belanja mahal-mahal macam tu, baik pergi derma kat orang Somalia..."

Ahah! Cakap je bajet baik sangat. Kau ada derma ke? Even sekampit beras? Tak de kan? Cakap lebat. Diam lagi baik.

Wahai manusia yang aku maksudkan. Dah-dah lah. Artis ni manusia jugak. Jangan ingat sebab dia artis maka bila kau fitnah dia, kau hanjeng, caci maki die, kau dapat pahala. Salah konsep itu. Jagalah hubungan sesama manusia sebaik-baiknya. Tak kira siapa pun dia.

Sela,at pengantin baru Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Moga-moga kekal ke anak cucu. Aminn~



4 comments:

Faiz Tapit said...

gile 12 juta? duit pt aku dah nak abes woi.

IQBAL ZARIN said...

iye. aku x de pt... huhu~

Heidi Shafiq said...

beb.. nanti aku kawen ko taja aku boleh? sejuta cukup la..

IQBAL ZARIN said...

maaf. aku belajar lagi. kawen aku pun nak jimat2 nak taja kau pulak.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics