expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, November 3, 2011

Memori Kanak-Kanak: Game Tape

Assalamualaikum...

Bila cerita pasal game, memang takkan habis. Sekarang ni game semua seronok dimainkan. Contoh paling hampir, Angry Birds. Siapa tak suka main game tu, memang pelik. Kok iye pun sakit hati dengan binatang hijau tu, janganlah sampai benci. Hahaha... Game lain yang seronok, Fruit Ninja. Memang takkan jemu mencincang buah sampai jus tepercik ke dinding. Best kan?




Tapi orang kata, kalau tak ada yang lama, takkan ada yang baru kan?

Siapa pernah main game tape? Atau bahasa formalnya, katrij?


Dimainkan didalam konsol ini kebiasaannya. Serupa macam Playstation rupabentuknya atau lain-lain konsol.

Terus terang aku cakap aku tak pernah main. Sebab keluarga aku tak mampu beli dulu. Dan pulak tu mak aku suruh aku belajar je. Tak boleh main video game. Sebab tu tak pernah main. T_T

Dah besar baru dapat main. Tu pun bila semua game-game tu dah boleh dimainkan dekat Gameboy. At least lepas gian jugak kan? Hahaha...

Ada beberapa game versi tape ni yang aku minat. Seronok kot. So aku nak ajak korang yang menjenguk blog aku ni mengimbau kembali beberapa game tape yang aku pernah main.

1) Super Mario


Siapa tak pernah main, memanglah korang ni ....... tak taulah aku nak cakap apa. Legend kot game ni. Cuma satu je persoalan. Kenapa Mario dan Luigi mampu memecahkan batu dengan kepala tetapi kalah bila terlanggar kura-kura? Jawab jangan tak jawab! Haha...

2) Battle City


Game kereta IQBAL kebal ni pun seronok. Kena defend base kita daripada diserang musuh. Apesal lambang burung tu macam Jetman? Kih kih kih...

3) Contra


Main tembak-tembak. Lepas tu kejar peluru special. Dapatlah laser ke, peluru macam corak bunga api ke.

4) Road Fighter


Main racing kereta merah lepas tu kena elak kereta kuning dan biru. Lepastu kalau dapat ambil kereta special tu (tengok kereta bawah sekali) dapat minyak full tank. Tapi nak handle kereta tu susah. Tayar dia macam tak de bunga. Kona sikit terus kebaboom. Agak sakit hati. Tapi ada tricknya cuma aku tak tahu. Hahaha...

5) Excitebike


Yang ni pun seronok. Kelakar bila part racer ni jatuh. Bergolek-golek, terseret, lepas tu terkenek-kenek berlari ke motor. Hahaha....

6) Bomberman


Mari mengebom! Seronok jugak. Kita kena bom menatang-menatang yang mata dok gerak kanan kiri atas bawah tu. Haha...

7) Pacman


Ni kalau tak pernah main jugak memang tak tahu nak cakap apa. Haha...

8) Donkey Kong


Panjat tangga. Tapi kenapa ada Mario pulak ni? =_=

Dan banyak lagi game yang best-best cuma aku dah lupa nama dia. Hehe...

Budak-budak yang lahir zaman 2005 keatas aku rasa memang tak tahu dah game ni. Ataupun diorang rasa takseronok. Ye lah sekarang semua game touchscreen. Siap boleh vibrate lagi. Apalah sangat dengan game 2D ni. Tapi nilah keseronokan untuk sesiapa yang pernah berada di zaman game tape ni.

Kalau korang terasa nak main game ni, boleh search kat pakcik Google. Ada yang boleh dimainkan secara online. Ada yang korang boleh main offline jugak cuma kena download emulator nya. :)

~Korang suka main game apa dulu-dulu?~

9 comments:

~Anis Aisyah~ said...

rndu zmn kanak2 la... tpi ak knak2 lagi.. xde la rndu sgt. oke bai.

IQBAL ZARIN said...

jangan nak merepek kat sini. hahaha

themissingikmal said...

aku men gak game tuh...budak sekarang kalo men game tuh, mesti memberontak

IQBAL ZARIN said...

budak skrg demand... hahaha

Unknown said...

Bro,,sape or kat mne ade jual tape game? Sila pm aku 0173604621

Unknown said...

Kat mana ada jual tape game tu?susah nak cari

Unknown said...

Kat mana ada jual tape game tu...susah nak cari

Unknown said...

Kat mana ada jual tape game tu

Unknown said...

Kat mana ada jual tape game ni...susah betul nak cari

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics