expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, February 15, 2012

Mimpi

Assalamualaikum...

Bila bercuti dari sesi pembelajaran di universiti, maka secara rasminya blog aku ni akan dibiarkan tak berusik. Maka tiada update terbaru. Dan sekarang aku online menggunakan berukben kakak aku. Haha

Oh, lupa. Student UKM sekarang ada yang hepi, ada yang sedih, ada yang marah, dan juga ada yang tak de perasaan. Semua perasaan ni gara-gara result exam dah keluar. Cuba teka perasaan aku.

Ni perasaan aku.


Bukan sebab result aku teruk. Tapi sebab aku tak dapat cek lagi result aku. Ada hutang lagi 500. Mana nak cekau. aku letakkan kesalahan ini kepada unit zakat UKM. Malas cakap banyak. Aku serang unit tu esok. Grr...

Ok. Biasanya pada waktu-waktu gentingmacam ni, masa menunggu keputusan, aku selalu bermimpi pasal result aku. Dan aku tak taulah kebetulan atau apa. Tapi setiap mimpi aku berkenaan result akan menjadi kenyataan.

Aku tak tipu ye. Betul ni. Dulu masa 2nd Year, aku mimpi yang aku fail 3 subjek dan menyebabkan pointer aku peroleh adalah dibawah 1. Yup. 0.97. Dan duit PTPTN aku disekat. Dan apa yang berlaku di realiti, aku hanya fail satu subjek. Tapi keputusan tetap teruk dan menyebabkan PTPTN aku disekat. Hampir-hampirlah dengan mimpi aku tu.

3 hari lepas, mimpi pasal result ni menjengah lagi. Kali ni aku tak clear pasal result aku. Tapi aku yakin aku lulus semua subjek. Dalam mimpi tu je lah. Dan kawan kosmet aku kebetulan ada dalam mimpi aku dan aku tengok dia ada fail satu subjek. Hari ni, pagi tadi dia call aku dan kata kat aku yang dia fail satu subjek. WAW! Tepat betul dengan mimpi aku.

Aku terfikir jugak. Aku ni ada kebolehan istimewa ke? Haha... Merepek je.

Aku harap result aku memuaskan hati aku kali ni. Aku tak mau kena extend.

10 comments:

Unknown said...

all the best for your result

Anonymous said...

bang, mohon tilik nasib saya bang.

Unknown said...

wah... special nya... haha

all d best bro!

Faiz Tapit said...

mimpi bini takde ke? hahah

IQBAL ZARIN said...

rozuan n ash shikano: thank you!

melly: zzzz

faiz tapit: aku mimpi lisa surihani jd bini aku. haha

Arif Bakar ^.^ said...

Iqbal, nak tye.. ptptn kau kan pernah kene sekat kan.. diorg akan hantar pape notis ke?? mcm hantar surat ke rumah ke, emel ke..??

Unknown said...

Salam iqbal.. nak tye.. ptptn kau kan pernah kene sekat kan..?
pihak ptptn aka bg pape notis ke..? maca antar surat ke rumah ke, emel ke..?

ak pun macam nak kene sekat..

Unknown said...

Salam iqbal, ptptn kau pernah kene sekat kan dulu..
nanti pihak ptptn aka bg pape notis ke kalau dia nak sekat..? mcm anta surat ke rumah ke, emel ke..?
ak pun mcm nak ken sekat ni.. huhu..

IQBAL ZARIN said...

ptptn kena sekat, surat akan dihantar ke rumah. meanwhile, bila ptptn da masuk, korg cek bank akaun tak de duit bertambah, maka memg sah kena sekat. :)

Unknown said...

Bila ya Surat sampai ke rumah ?? masa sem yg tak dpt duit tu ke?? Atau masa sem lpas result keluar?

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics