expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, December 31, 2010

Facebook Haram!

Assalamualaikum...

Weh korang! tau tak? Facebook haramlah! Habislah weh. Cammane ni... huhuhu... nak tutup akaun Facebook la. Tak sanggup aku main benda haram ni. Mendarah daging tau. Sampai anak cucu cicit makan benda haram. Baik korang tutup cepat!!

Apa kau merepek ni????


**********************************

Tuesday, December 28, 2010

Aku sayang blog aku

Assalamualaikum

Aku sayang blog aku
Aku sayang followers aku
Aku sayang entri aku
Aku sayang widget-widget aku
Aku sayang pengunjung aku
Aku sayang 'silent reader' aku
Aku sayang Nuffnang aku
Pendek kata
Aku memang sayang blog aku


Maka dengan itulah
Aku tak mahu buat entri pasal bola sepak
Sebab "orang gasar" yang celik IT
Mahu balas dendam
Hack semua website dari Malaysia

Dasar "orang gasar" a.k.a BARBARIAN
Otak letak di lutut
Ikut kata hati
Memang manusia tak bertamadun

Aku hanya berhati-hati
Sebab...

AKU SAYANGKAN BLOG NI.

klik sini: http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TQMP6Q75UPO9FGNRL

Monday, December 27, 2010

Kerana diriku begitu berharga

Assalamualaikum...

Bukan nak heboh ke hape. Biasalah bila perasaan terharu datang. I mean it. Kerana diriku begitu berhargalah, aku rasa dihargai.

Apa kau merepek ni?

Nak stori la ni. Sabaq sket leh tak??

Sunday, December 26, 2010

Another Lawak Konspirasi Yahudi

Assalamualaikum...

Sebelum korang baca dengan lebih lanjut, aku mintak sangat korang jangan percaya. Kalau percaya juga, haih~ aku tak tau nak cakap apa lagi dah.

Okay. Mari bergelak ketawa sampai meletup perut korang. Kalau kojol jangan salahkan aku. :P

Saturday, December 25, 2010

Diserang Bakteria

Assalamualaikum...

Pada suatu hari yang tak berapa nak cerah tapi nyaman, Puan Ziela ke supermarket untuk membeli barang dapur yang sudah kontang di peti sejuk rumahnya. Dalam perjalanan nak masuk ke supermarket, dia secara tiba-tiba ditahan oleh seseorang yang berpakaian seperti seorang doktor. Lantas Puan Ziela menyedari bahawa ada promotion ubat gigi rupanya.

Kerana Wanita

Assalamualaikum...

(Alamak... anak sedara aku kacau pulak. Pause kejap)

Demmit. Rosak laptop aku bukan nak ganti. Lantak kau menangis kat luar bilik aku tak dapat menjahanamkan laptop aku. Ahahaha...

*********************************

Sekarang ni aku kat rumah kakak aku kat Puchong. Aku balik semata-mata nak ambik extension aku yang tertinggal kat umah kakak aku. Lupa nak bawak.

Macam biasa, masa nak balik tu, macam-macam perkara yang berlaku. Start dengan aku naik komuter. Macam semua tau la kan, komuter tu ada koc perempuan. So secara logiknya, lelaki ada 2 koc dan perempuan ada 1 koc. Tu logiknya. Realitinya, perempuan dapat 3 koc ok??? Fine. tak kisah.

Sampai part yang aku rasa nak jerit...

FUCK OFF LA KAU!!!

Masa kat MidValley ke KL Sentral. Petang-petang. Biasalah kalau kau jadi sardin dalam train tu. Masa tu dah penuh gila. Aku dah dapat duduk sejak dari Bandar Tasik Selatan. Sampai kat Mid, WAW! Penuh gile. Kapasiti dah terlebih. Then, terdengar orang menjerit. Ingat kaki die tersepit kat gap train dengan platform.  

*Bagus jugak kalau tersepit. biar kau mampus

Rupa-rupanya sebab orang bertolak-tolak sampai dia tertolak sekali. Ooo... Padanlah kau marah. 

Eh, kejap. Yang menjerit tu perempuan. Pahal pulak kau masuk sini? Kata aku dalam hati. Nak buat kecoh pulak. Nasib baik kau bukan Melayu. Sebab kalau kau melayu memang lagi teruk aku maki kau. 

Dalam hati, rasanya pompuan tu baghal bin bodoh cucu noob anak perempuan keldai. Tolonglah. Kaum kau marah kalau kami naik koc kau. Siap halau kami lagi. Kenapa kau naik koc yang bukan untuk kau? Lepas tu kau nak maki orang lain dalam tu? Dah ada kemudahan, kau nak naik pulak koc lelaki (mana ada istilah koc lelaki) Nanti kau kena raba, kau salahkan laki jugak. Padahal kau tu bangang nak jugak masuk koc laki. 

Sampai kat KL Sentral. Aku turun berjalan nak tunggu bas. Nak ke rumah kakak aku kena naik Rapid KL nombor U60. Tunggu punya tunggu. Lama OK? Nama je RAPID. Ok. Dah sampai. Lagi sekali aku rasa...

FUCK OFF LA KAU!!!

Kenapa?

Sakit hati bila tengok apa yang terpapar kat LED bas tu:

U60 - BAS WANITA

Aduhh... aku da la letih tunggu. Nak cepat pulak tu. Sebab perut macam dah kasi sign rasa sakit. 

Bas pun dah ada pengasingan gender. Semuanya hanya untuk 1 tujuan. Mengelakkan jenayah seks. Bagus la tu. Tapi bagi aku sendiri amat menyusahkan. Lepas ni tak tau la kalau-kalau semua syarikat bas pun nak buat macam tu. 

Tolonglah. Tak semua lelaki ni gatal nak meraba perempuan lah. Nak buat diskriminasi gender buat apa? Kalau nak buat pun, make sure tak de orang yang susah. Kalau dulu perempuan yang rasa didiskriminasi, sekarang perempuan dah boleh buat apa yang lelaki buat. So dah sama taraf la. Sekarang macam nak up kan lagi perempuan pulak. ARGH!!!!

Lagi sekali aku ulang la. Tak semua lelaki yang naik bas atau train KTM tu jenis gatal nak raba bontot mongel kau wahai perempuan. Kau kena ingat. Sekarang lelaki pun kena raba. Kalau bukan wanita pun yang raba, golongan songsang dah bersepah dah kat Malaysia ni. Kalau tak, takkan ada video SAYA GAY SAYA OKAY kat Youtube. So korang patut rasa selamat. 

Dah la. Jangan buat onar. Kemudahan dah disediakan, gunalah sebaik mungkin. 

*Ni hanya untuk lepas geram sahaja. Dan aku tak menerima komen berunsur membela wanita. Dah namanya lepas geram. So jangan memandai nak ajar aku.

Thursday, December 23, 2010

Jodoh di TANGAN Allah??

Assalamualaikum..

Kalau kita suka tengok drama melayu, tak kiralah keluaran siapa pun, kebanyakkannya mesti terselit satu adegan dimana watak utama konon-kononnya akan bersedih atau kacau bilau bila tak dapat "pasangan-pojaan-hati-sampai-lubang-hidung-pun-nampak-cantik" mereka tu.

Walaupun berbulu lebat, kau tetap ku cintai...

Sunday, December 19, 2010

Memori kanak-kanak: Jualan Buku

Assalamualaikum...

Bertemu lagi dalam siri "Memori kanak-kanak"!! Dulu nak cerita pasal orang jual buku. Sudahnya terlupa. Ngeng sungguh.

And aku baru perasan yang ini ialah entri aku yang ke............


Yeah. Entri ke-100 aku. Ingatkan nak buat entri ke-100 ni bersempena hari jadi aku tak lama lagi. Tengah countdown je ni. Tapi nafsu nak update sudah membuak-buak hingga  ke tahap klimaks. (Kau lucah Iqbal) So aku update je lah. Tarikh birthday aku?? Rahsia. Sila usha Facebook aku untuk maklumat lanjut. Kalau belum add aku, sila add ye. :))

Wednesday, December 8, 2010

Berlagak

Assalamualaikum...

Tak de sesiapa di dunia ni yang suka dengan orang yang rasa dirinya superior dan hebat. Jenis manusia macam ni hanya tau merendah-rendahkan orang lain dan menyebabkan orang lain sakit hati. Yeah... aku juga tidak suka. Lainlah kalau mereka punya super power. Nak berlagak tu suka hati lah.

Mintak kat jin ni. Nanti dapat kopi free.

Monday, December 6, 2010

UKM Bangi kat Nilai?

Assalamualaikum...

Sekian lama tidak menghapdet blog akibat masalah teknikal, aku nak hapdet blog ini. Mari aku share cerita ini.

2010, di kedai runcit, 2 minggu lepas.

Mak aku beli barang dapur. Jumpa dengan Mak Cik Melah (bukan nama sebenar). Berlaku perbualan mengenai diri aku.

Mak Cik Melah: Anak kau belajar mana?
Mak Aku: Kat UKM. Tahun 2 sekarang ni. Tak lama lagi habis la.
Mak Cik Melah: Lamanya... Anak aku pun belajar kat UKM BANGI TAPI KAT NILAI.
 

Monday, November 22, 2010

Tagging lagi

Assalamualaikum...

Ada hamba ALLAH ni pernah tegur aku sebab aku takut tunggu result exam keluar. Ni ayatnya:


KO NAK TAKUT SANGAT PEHAL? ASYIK2 TAKUT. KO NAK TAKUT2 PON NANTI TARIKH TU DATANG JUGAK KAN? TERIMA JE LAH!



Rasa macam kena lempang...

Tak tau lah nak cakap apa dah. Tunggu je tarikh tu.

Monday, November 15, 2010

Cemburu buta... Go to hell la!!!

Assalamualaikum...

Oyeah. Saya berblogging secara langsung di kampung saya. Haha~

Disinilah tempat yang menghubungkan aku dengan dunia luar. Wee~

Maju dah Felda aku. Hehe~
Jom jadi poyo sekejap. Lalala~

Thursday, November 11, 2010

Balik

Assalamualaikum...

Lepas maghrib ni aku meninggalkan UKM untuk balik ke rumah.
So faham-fahamlah. 
Bila dah balik, maknanya jarang sekali aku akan menghadap laptop untuk berinternet.
So bukak facebook pun jarang, nak uodate blog apetah lagi kan?
Sebab susah nak cari connection internet.
Kalau ada masa nanti, aku update lah blog ni.
So jumpa lagi di lain masa.
Please pray for my good final exam result. 
Daa~

p/s: Encik monyet tak de masa nak menyibuk dalam entri ni. Sibuk nak packing.

Wednesday, November 10, 2010

Memori kanak-kanak: RMT dan Susu Coklat

Assalamualaikum~

Baru je habis final paper aku tadi. Tapi semuanya tembak. Aku harap ada yang mengena. Adeh.. Sekarang tempoh masa untuk sakit dada berdebar menunggu keputusan yang amat teruk sem ni. Entah-entah mimpi hari tu jadi kenyataan. Tak mau!!!

MySpace
Serius aku cuak~

Tuesday, November 9, 2010

Memori kanak-kanak: Tulisan Jawi

Assalamualaikum...

Hari ni tak update pulak. So letak satu entri nak update. Esok (10/11/2010) final paper. So wish me luck ye. (Eventhough i almost didnt trust luck)

*********************************

Dulu aku sekolah pagi sampai malam. Eh silap. Petang je. 7.30 sampai 1.00 kat sekolah rendah dan 2.30 sampai 5.30 sekolah agama. Kat sekolah agama, rules agak longgar. Even aku pergi sekolah pakai selipar je. Hehe~

Monday, November 8, 2010

Memori kanak-kanak: cuit duduk dan cuit buaya

Assalamualaikum..

Rabu ni last paper aku. Paper Insurans. Doakan aku berjaya menjawabnya dengan tenang. Lepas update ni nak stadi sikit.

*****************************

Zaman kanak-kanak memang best. Masa umur dah meningkat ni lah baru terasa keindahan zaman kanak-kanak. Saat tak mengenal assignment yang bertimbun-timbun, gred dan pointer yang terumbang ambing, dan pelbagai lagi. In short, budak kecik tak fikir banyak benda. Hehe~

Cara melepaskan tension

Assalamualaikum...

Sebelum tu, aku hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ben Ashaari atas kesudiannya meletakkan link blog aku dalam segmen suai kenal yang dijalankan beliau semalam. Alhamdulillah... diatas bantuan yang dihulurkan olehnya, semalam dan pagi ni sahaja aku mendapat 19 follower tambahan. Syukur. Terima kasih kepada yang menjadi follower. Harap dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi. :)

Walaupun rasanya mesti ada yang akan kata kat aku macam ni:
  1. Tak malunya ko. Cari followers dengan cara murah
  2. Apa barang orang tolong. Followers aku semua aku dapat tanpa bantuan orang. Loser ah ko. Haha
  3. Ko ni tak de care lain dah ke?
Tak kira lah apapun keji caci orang, aku tak pernah kisah dah. Ok fine, blog kau lawa, isi kau best. Tapi tolong orang hampeh tak de. Loser lagi yang cakap ayat-ayat diatas berbanding aku. Haha~

Sunday, November 7, 2010

Maksud Disebalik Kisah Manusia Beranak Tikus

Assalamualaikum...

Oh, dah sampai minggu terakhir Semester Satu Sesi 2010/2011. Rumah dah memanggil-manggil aku. Tapi tadi mimpi sesuatu yang sangat damn dan hampir betul.


"Result exam final dah keluar dan aku fail 2 subjek. Pointer bawah 2. Konklusinya, Ptptn sem depan kena block."

Damn. Hati dah cuak gila babs. Nasib baik celik mata dan realize itu hanya mimpi.



Sedih lah kalau betul~

Saturday, November 6, 2010

Kawan dan Sahabat

Assalamualaikum..

Sedikit pengumuman.

Notes Upin & Ipin tu dah dibuang. Baguslah. Lepas ni ada lagi notes-notes tak berfaedah macam ni, aku serang lagi. HAHAHA~

*****************************************

Kalau anda semua nak tahu lah kan, KAWAN dan SAHABAT ni adalah dua perkataan yang memberi maksud berbeza. Mungkin korang kata sama je. Sinonim. Tapi definisi tu berbeza la kan. bergantung pada intepretasi orang. Bagi aku, ia memang berbeza.

KAWAN: Orang yang rapat dengan kita di masa SENANG
SAHABAT: Orang yang rapat dengan kita di masa SENANG dan SUSAH

"Oi, kalau rapat dengan kau waktu senang je, tu tak boleh buat kawan la."

Alah, aku tak kesah semua tu. Sebab jenis macam aku cakap tu memang ramai. Dan memang susah kalau kita nak cari SAHABAT yang nak ambil tahu pasal kita. Dah makan ke belum, stadi macam mana, pendek kata, orang yang CARING tu susah nak cari. Kawan buat stok gelak ketawa bersepah aku ada.

Friday, November 5, 2010

Gajetku Bernama Manusia

Assalamualaikum...

Berikut ialah senarai nama-nama indah untuk gajet anda. Oh ya. Gajet itu termasuklah handphone, laptop, harddisk, pendrive, dan segalanya. Tapi tak semua aku beri nama. Ikut kesesuaian. Haha...

Jadi mari lihat...

Thursday, November 4, 2010

Upin & Ipin tu Yahudi??

Assalamualaikum~

Sebelum tu, mesti korang kenal Upin & Ipin kan?

Kalau tak kenal atau buat-buat tak kenal, memang aku sepak. Haha~

Comel kan? Kartun kegemaran semua di Malaysia. Rasanya tak perlu cakap banyak kot. Sebab memang semua kenal.

Thursday, October 28, 2010

Day 2: Financial Accounting. Another Disaster

Assalamualaikum...

Rasa pelik sejak kebelakangan ni. Bila tengok siapa yang view blog aku, aku jadi tertanya-tanya. Kenapa? Tengok gambar di bawah:

Wonder who are you~

Maybe tak pelik pun bagi orang lain. Tapi aku jarang-jarang dapat pengunjung dari tempat yang sama berulang kali. Just wonder je lah. Ada kawan-kawan aku yang further study kat Portugal ke? hurm~

Tuesday, October 26, 2010

Day 1: Numerical Method. Susah!!!!

Assalamualaikum~

Saja nak update blog. Sebab bila bukak blog mesti ada gambar obasan otak berulat tu. Menyesal pulak taruk gambar tu. Aku sendiri yang kembang tekak. Aigooo...... Tapi nak buang malas. Biar yang berkunjung tu kembang tekak pulak. Bahahaha~ Jahat gile aku.

********************************

Hari ni exam pertama aku. Kaedah Berangka atau Inggerisnya kita panggil Numerical Method. Satu-satunya subjek yang aku senang faham dan seronok buat latihan. Itu semasa sesi kuliah dan tutor lah. Tapi exam tadi....

WHAT DA HECK???

Jawab macam orang tak study. Umpamanya kau tak pergi kuliah subjek ni untuk satu sem lepas tu terus kau pergi jawab exam. Rasanya dah banyak dah aku study malam tadi.

Oh, kau study biasa-biasa je Iqbal. Ternganga lah kau jumpa uncle Ralston, Euler, Adam-Bashforth, bla3.....

Tapi bab awal-awal memang dah study pon. Datang lagi satu masalah dengan bab awal-awal ni. Kira-kira lepas tu tak dapat jawapan. Terbaiknya, soalan objektif ada 5 pilihan. Pilihan last sekali tu bagi aku macam celaka:

E. None of the above

Langsung tak terjawab~

Rasanya semua soalan objektif tu jawapannya E kot. Dah semua tak dapat jawapan.

Adoi... cammana nak naikkan pointer ni. Baru satu paper dah cam haram aku menjawabnya. Nak menghadap lagi 5 paper.

(T_T)

Positif je lah. Harap-harap ALLAH permudahkan laluan aku untuk lagi 5 paper.

Target: B- hingga C-

Friday, October 22, 2010

Makan sushi = otak berulat???

Assalamualaikum...

Doakan aku berjaya menempuh final exam Selasa nanti ya. Sangat berharap aku akan lulus nanti. InsyaALLAH...

*********************

Bab makan, aku sangat suka. Dan kalau makanan tu pelik, lagi lah aku terasa nak makan. Tapi sepelik mana pun, aku takkan makan kalau ia haram. Babi tu pelik. Dan ia haram. So aku tak makan. Dan haram tu dari segala aspek lah. Cuma kalau tak tahu, tak boleh kata apa lah. Dah masuk dalam mulut. Berdoa supaya diampuni ALLAH je lah.



Suka makan sushi tak? Sedap kan? Aku pun suka. Unik. Makan cicah dengan kicap campur wasabi. Terangkat woo. haha...

Kalau tengok gambar kat atas tu, semua nya macam mentah, Eh, bukan. Memang mentah. Kalau mentah, tak semua lalu makan kan. Tapi aku bantai je. Sedap je. Tak la hanyir pun macam mostly orang cakap.

Cuma perkara ini akan membantutkan minat aku terhadap sushi. Sila lihat gambar dibawah:

Jangan tenung lama-lama. nanti lauk Melayu pun korang tak lalu makan.

Obasan ni namanya Shouta Fujiwara. Umur die 80 dah. Mengadu sakit kepala teruk gila babas sejak 3 tahun sampai hilang kemampuan psikomotoric. (Apa ni? Medic student! Tell me!) Bila doktor bedah, inilah jawapannya.

Tapi memang tak sure lagi lah ini angkara sushi atau tak. Sebab sushi ni kan macam budaya diorang. Ramai lagi yang makan. Even umur sama macam obasan ni pun sihat wal afiat lagi. Ni kira kes satu dalam sejuta lah ni.

Tapi kalau betul-betul angkara sushi, so kurang-kurangkan lah makan ye. Aku pun dah lama tak makan. Mengidam tapi dah keluar berita yang belum tentu sahih ni, takut jugak.

Semua tau kan makanan mentah dan belum masak ni ada kuman-kumannya. Sebab tulah semuanya kena masak untuk membunuh kuman-kuman yang terdapat pada makanan mentah ni.

Ulat yang ada dalam kepala obasan tu katanya daripada parasit yang selalunya ada kat ikan. Tak kira lah ikan jenis apa. Ulat ni mampos kalau korang masak pakai haba. Sama ada goreng, rebus, bakar, dan seumpamanya yang menggunakan api. Ataupun melalui proses pembekuan selama seminggu dlm keadaan suhu bwh -10 darjah celcius.

Erk??? No komen. Ni pun tah betul ke tak.

Sekarang ni pun sushi dah tak selamat dimakan atas sebab halal haram. Sushi King tak pernah mintak sijil halal dari JAKIM. Cuma diorang gerenti free dari babi atau anjing. But then alkohol tak pulak dilarang. Hurm~~~

Buat sendiri lagi bagus. Teringat sushi buatan budak SDAR masa open block. Miss that moment lah. Tahun depan mesti pergi. Dah lama tak pergi. Hahaha~

~masakan melayu jugak sedap kan?~

Monday, October 18, 2010

Semalam ku bermimpi...

Assalamualaikum...

Tajuk entri nak yang best je. Haha.

Sebelum terbangun untuk subuh, aku ada bermimpi.

Apa? Ohh... dont worry. Aku tak cerita mimpi buruk pun. Kalau mimpi buruk elok kita simpan sendiri kan? Tak elok cerita kat orang lain.

Macam ni kisahnya~

Aku mimpi jadi ahli bomba. WAW! Siap pakai uniform lagi.


Aku pakai uniorm ni.

Dalam mimpi tu aku bertugas dengan sorang lagi bomba. Cuma tak ingat muka dia siapa. Dan dia sahabat rapat aku. Siapa ya? Entah. Dah lupa muka. Tapi ingat-ingat ada cam muka member matrix aku dulu. Tak payah sebut nama lah. Femes lak dia karang. Hehe~

Kami sedang bertugas untuk menyelamatkan mangsa terperangkap dalam lombong bawah tanah. So kami pergi untuk bertugas. Pendek cerita, dah selesai bertugas, nak keluar la dari lombong tu. Sekali............



........................





Batu jatuh hempap sahabat baik aku...





Tengok belakang, aku gamam. Pergi selamatkan dia. Dah diam. Aku teka dia dah tak bernyawa. Aku alih semua batu-batu yang hempap dia then bawak dia keluar cepat-cepat. Diam. Tak de respon. Masa-masa macam ni lah pulak hanset aku berbunyi.

Sekali alarm soh bangun subuh daa~

Begitu lah mimpinya.

---------------------------------

Semenjak 2 menjak ni asyik mimpi pasal sahabat baik aku mati je. Kenapa ya?

Tak pe lah. Malas nak berat kepala hotak.

~pagi yang indah~


Friday, October 15, 2010

Commonwealth Games 2010 Delhi: Tahniah Malaysia!

Assalamualaikum...

Sukan Komanwel 2010 baru saja melabuhkan tirainya semalam. Dan Malaysia telah menunjukkan prestasi yang amat menyerlah pada temasya komanwel kali ini. Aku sangatlah berbangga. Sebab dulu rasanya amatlah susah Malaysia nak tuai pingat emas. Dan tahun ni bukan sahaja Malaysia menepati sasaran 10 emas. Tapi dapat 2 emas bonus! So over target la kiranya. Bangga!

So mari tengok siapa penyumbangnya:

Emas - 12

  1. Amirul Hamizan Ibrahim - Angkat Berat (56 kg)
  2. Aricco Jumith - Angkat Berat (62 kg)
  3. Josiah Ng - Basikal Trek (Keirin)
  4. Badminton (Berpasukan)
  5. Nicol David - Skuash (Perseorangan Wanita)
  6. Nur Suryani Mohammed Taibi, Nur Ayuni Halim - Menembak (10m Air Rifle Wanita Berpasangan)
  7. Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform)
  8. Bibiana Ng - Menembak (10m Air Pistol Perseorangan Wanita)
  9. Koo Kien Keat, Chin Eei Hui - Badminton (Beregu Campuran)
  10. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Gelung)
  11. Lee Chong Wei - Badminton (Perseorangan Lelaki)
  12. Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong - Badminton (Beregu Lelaki)

Perak - 10

  1. Mohd Rizal Tisin - Basikal Trek (1,000m Ujian Masa Individu)
  2. Naharudin Mahayudin - Angkat Berat (62 kg)
  3. Hasli Izwan Amir Hassan, Hafiz Adzha - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Berpasangan)
  4. Hasli Izwan Amir Hassan - Menembak (25m Rapid Fire Pistol Individu)
  5. Memanah (Recurve Berpasukan Lelaki)
  6. Nur Ayuni Halim - Menembak (10 meter Air Rifle Individu)
  7. Leong Mun Yee, Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform Seirama)
  8. Nor Hashimah Ismail, Zuraini Khalid - Boling Padang (Berpasangan Wanita)
  9. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Bola)
  10. Wong Mew Choo - Badminton (Perseorangan Wanita)

Gangsa - 14

  1. Raihan Yusoff - Angkat Berat (53kg)
  2. Edward Khor, Benjamin Khor - Menembak (Double trap)
  3. Bibiana Ng - Menembak (25m Pistol Individu)
  4. Muhammad Hafifi Mansor - (69 kg)Ping Pong (Berpasukan Wanita)
  5. Basikal Trek (Pecut Berpasukan)
  6. Ping Pong (Berpasukan Wanita)
  7. Nur Suryani Mohammed Taibi - Menembak (10m Air Rifle Individu)
  8. Boling Padang (Regu Lelaki)
  9. Bryan Nickson, Yeo Ken Nee - Akuatik (Terjun 3m Papan Anjal Berirama)
  10. Ong Beng Hee, Datuk Nicol David - Skuash (Beregu Campuran)
  11. Bryan Nickson - Akuatik (Terjun 10m Platform)
  12. Elaine Koon - Gimrama (Individu All-Around)
  13. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Tali)
  14. Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Riben)

Sumber » Pungutan Pingat Malaysia Sukan Komanwel XIX Delhi 2010 | KFZoom
credit: kfzoom.blogspot.com

Dalam banyak-banyak pencapaian emas, emas dari gimrama (gelung) dan akuatik (terjun) merupakan "emas ajaib". Sebab bagi aku acara tu susah dan memang didominasi negara-negara yang hebat seperti Australia contohnya. Memang tak di sangka lah Malaysia mampu dapat emas dalam acara ni. Tahniah!

Next is Sukan Asia kat Guangzhou, China. Kalau tak silap la. harapnya Malaysia terus menunjukkan prestasi yang lebih hebat dan memberangsangkan. Sebab saingan lebih kuat terutamanya dari negara-negara oriental seperti Jepun, China, dan Korea Selatan contohnya. So keep the spirit okay? Wish all of you luck!!

~jangan biar aku bersorak Arirang (cheers Korea Selatan)pulak. Derhaka pada negara sendiri. Haha~

Thursday, October 14, 2010

Ending Doraemon lagi?

Assalamualaikum...

Dulu pernah aku story pasal ending Doraemon kan? Rujuk entri ini.

Since Fujio F. Fujiko meninggal tanpa sempat menghabiskan Doraemon tu, kipas-susah-mati struggle nak menghabiskan sendiri anime kegemaran ramai ni. So let see the other 4 ending:

1) Nobita sebenarnya seorang penghidap autism. Semua karakter-karakter yang kita kenal selama ni iaitu Doraemon, Shizuka, Giant, Suneo, Dekisugi dan banyak lagi hanyalah imaginasi Nobita semata-mata kerana Nobita ni nazak dah sebenarnya. Jalan cerita yang kita baca selama ni hanyalah imaginasi Nobita dari katilnya untuk meringankan lagi beban siksaan yang ditanggung Nobita untuk meredakan kesakitannya.

(Siapa punya idea ni? Terlalu tragis untuk dijadikan ending. Lagipun ni kan manga ringan. Bukannya manga macam A Grave Of Fireflies yang Hayao Miyazaki buat tu. Sedih melampau. Btw, ending ni sangat kontroversi dan dapat tentangan.)

2)Nobita terjatuh dan kepalanya terhentak batu. Hasilnya, dia koma. Oleh kerana ketiadaan duit, Doraemon telah menjual semua barang-barang dalam poketnya untuk menampung kos pembedahan Nobita. Bagaimanapun, ia gagal. Doraemon hanya meninggalkan satu barang dalam poketnya iaitu Pintu Suka Hati untuk membolehkan Nobita pergi ke mana sahaja. Last sekali, tempat yang Nobita nak sangat pergi sebenarnya syurga.

(Satu lagi ending menyayat hati.. komik kanak-kanak ni tak boleh ke buat happy ending je?)

2 lagi ending ni aku pernah baca:

3) Macam biasa, Nobita balik menangis-nangis sebab dibuli Giant. Doraemon dah penat dengan semua tu. Dia marah Nobita dan menyatakan yang dia tak dapat pulang ke abad ke-22 dengan tenang kalau Nobita masih lemah macam tu. Doraemon terpaksa pulang ke abad ke-22 dengan segera dan mungkin tak akan balik semula ke dunia Nobita. Maka Nobita mahu Doraemon lihat Nobita mengalahkan Giant sebelum Doraemon pergi supaya dia dapat pulang dengan aman. pada malam itu, dengan menggunakan Loceng Mimpi, Giant datang ke padang dalam keadaan tidur supaya Nobita boleh menewaskan Giant dengan mudah. Malangnya, Giant tersedar. Tiada pilihan, Nobita berlawan juga dengan Giant sampai dia kehabisan tenaga. Menyedari yang Nobita tak mahu mengalah, Giant membiarkan Nobita rasa dia menang. Doraemon membawa pulang Nobita yang kotor dan berlumuran darah pulang ke rumah. Doraemon menemani Nobita tidur sehingga Nobita menyedari Doraemon tiada disisinya pada pagi esoknya.

4) Doraemon akan pulang ke abad ke-22 untuk selama-lamanya. Sebelum pergi, Doraemon meninggalkan kotak berbentuk dirinya untuk Nobita. Nobita mendapati ada barang terakhir yang ditinggalkan untuknya untuk membantu Nobita daripada dibuli Giant. Barang tu namanya Ubat Menipu (kalau tak silap) yang mana segala ayat menipu akan menjadi benar selepas Nobita minum ubat tu. Setelah Giant dan Suneo dapat balasannya, Nobita mengucapkan "Doraemon takkan kembali pada saya" tanpa menyedari ubat itu masih memberi kesan. Pulang ke rumah, Doraemon ada di biliknya semula. Dan Nobita menyedari apa yang berlaku selepas itu. Nobita gembira.

Macam-macam ending. Ni officially aku tau la. Belum lagi yang orang lain suka suki buat. Entah-entah banyak lagi ending agaknya. Apapun, Doraemon comel!

~saja update blog~

OPKIM di Kg. Janda Baik

Assalamualaikum

Kenapalah tak de study week. Kuliah and kuliah then exam. Tah pape. *sigh*

Like i care la kan? Buat study week sendiri. Haha...

************************************************

Jumaat lepas, aku sendirian join program yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang (PKAP). Namanya, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). Ye la, sorang-sorang la. Tak pe. Delegasi UKM ke Kg. Janda Baik, Bentong, Pahang seramai 41 orang kalau tak silap. Terdiri daripada 6 lelaki. Lebih-lebih tu pompuan la. Bertolak pada pukul 11 approximately dan sampai di Janda Baik tepat2 waktu orang solat Jumaat.

Pendek cerita, lepas dibuat majlis penyerahan anak angkat, aku dan lagi 2 orang pun pulang ke rumah keluarga angkat kami. Terkejut sekejap. Sebab jarak rumah mereka dekat sangat. Setelah diberitahu, mereka adalah bersaudara. Kira adik beradik la tu. Unik. Mesti Raya aritu meriah agaknya.

Petang tu, kami (lelaki sahaja) dibawa menjenguk kuda. WAW! Ada kuda! 1st time pegang kuda. Feeling yang sangat best. Haha...

Comel jugak bila tengok dekat-dekat
Kuda ni nak geget je kejenye~

Tapi harus hati-hati. Kuda ni suka gigit dan tendang orang. Nanti kalau dia tendang kat part 'itu', mandul la jawabnya. Haha..

Malamnya ada tahlil ringkas pastu borak-borak dengan keluarga angkat untuk merapatkan lagi hubungan. Macam-macam diborakkan. Seronok juga. Almaklumlah 1st time join benda angkat mengangkat ni.

Pagi Sabtu. 9 Oktober 2010. Sarapan keluarga angkat sangat sedap. memang macam makan kat rumah sendiri. Hehe~ Then pergi berkumpul di depan lot kedai untuk memulakan senamrobik. Dah lama tak buat. Rasa malu pulak. Tapi buat je. Dah habis senamrobik, kami ke Sekolah Kebangsaan Janda Baik untuk program seterusnya. Dalam perjalanan, menikmati sebentar suasana kampung yang nyaman walaupun banyak najis-naj is lembu dan kerbau bertaburan. (Padahal tak jauh beza pun ngan rumah aku. Kampung jugak. Haha)

Cuba perhati betul-betul gambar kat atas ni. Nampak tak kat puncak bukit tu ada bangunan? Tu lah Genting Highlands. Dekat je Janda Baik ni dengan Genting Highlands. Unik. Hehe~

Sampai jugak di sekolah. Oh, ada program Kem Solat. Aktiviti J-QAF katanya. Dan-dan aku dijadikan fasi secara mengejut dan di minta mengajar c ara-cara mengambil wuduk. Erk... Merenung diri sendiri yang belum tentu betul berwuduk, ni pulak nak ajar budak kecik. Huhu~ Aku ajar ikut panduan yang diberikan. Ikut je lah. Haha~

Budak kecik yang comel.. yang baju merah tu ustaz. Young and available. Agaknyelah

Suasana pembelajaran

Tamat dalam tengah hari, kami pulang ke rumah. Mak angkat masak gulai tempoyak ikan patin. Nyum! Bertambah makan. Haha.. Sambil menonton filem Hindustan Mann yang dah berapa kali tayang.

Petangnya, di balairaya kampung, kami ada buat aktiviti bersama penduduk kampung. Budak-budak ada pertandingan mewarna. Dan makcik pakcik pulak ada pertandingan gubahan dan masakan. Simple je tapi boleh tahan jugak meriahnya. Okeh. Jamu gambar dibawah.

Lawanya dia colour...

Budak baju kuning ni tak sudah-sudah nak main game hanset aku. Cet

Sesi menggubah

Berikut adalah hasil gubahan:

Anggur apakah ini?

Ming-ming.. (itik 2 sejoli)


Yang aku rasa lawa itu je lah.

Lepas Asar, ada sukaneka bersama penduduk kampung. Hepi melihatnya. Mak angkat and da famili pun datang tengok.

Tiup sampai pecah

Malamnya, ada orang ternama buat open house. Aku lupa namanya. So sekeluarga pergi. Makanan memang sedap. Cuma satu ini yang buat aku tertarik.


Tau tak apa tu? Puding karamel. Yang aku minat sangat. Masa jual kat bazar ramadhan Bangi ni, satu polisterin sampai RM5. Jadahnya. Tuan rumah memang pemurah lah buat puding karamel ni free. Nyum2... tapi lalu makan 2 bekas je. Ruginya. Huhuhu~

Pagi di hari terakhir. 10.10.10. Oh sangat cantik nombor itu. Dr. Sheikh Muszaphar kawin ari tu. Buat gotong royong di balairaya semalam. Then pergi melawat kolam ikan dan ladang cili. Err... semua tu ada kat umah aku. So, boring. Berpecah dengan 2 lagi member, kami nak mandi sungai. Wee~

Sejuk dan nyaman

Petangnya acara majlis penutup OPKIM. Nak balik UKM dah. Nothing much to story about. Babai janda baik.. Miss u lah!


Dengan keluarga angkat

InsyaALLAH saya datang semula ye mak and famili semua~


Best jugak join program macam ni. Nanti nak join lagi kalau ada peluang.

~penat letak gambar~

Monday, October 4, 2010

Seksanya mendapatkan sekeping lesen

Assalamualaikum...

Start Ahad semalam aku terminate Facebook aku. Kali ke berape entah. Kononlah nak stadi untuk final exam.



Kena banned demi exam. Heheh~


Dulu pun pernah macam ni. Tak dan 2 3 hari. bukak balik. Ceh.

Tapi memang kena slow sikit bukak facebook. Sila lihat gambar di bawah:



Nightmare aku: jadual exam sem ni~

Dah la semua subjek hardcore. Mampos. So setadi jawabnye.

Tapi sempat lagi update. Hehe... Jp gi stadi la.

Ade gak yang merindui aku. Tertanya-tanya kenapa aku deactivate facebook. Itulah jawapannya. Nak stadi. Haha

Ok. Cukup merapu. Main topic.

Bila semua orang baya-baya aku ni sudah tau drive kereta. Aku pun jeles. Rasa nak bunuh je orang yang eksyen dengan aku. Maka sebelum SPM bermula aku dah plan nak belajar bawak kereta sekaligus mendapatkan lesen. Malangnya, perkara yang menggerunkan untuk setiap remaja 17 tahun akhirnya sampai jua kepada aku sekaligus ranap punah ranah plan aku. Babeng tol.


PLKN: igauan ngeri (untuk yang tak mau la)

Terus kena bahan dengan budak batch. Badigol tol. Haha... nak tak nak kenalah pergi jugak. Kalau tak kena masuk penjara. Dulu la. Sekarang ni kena buat khidmat masyarakat je hukumannya. Aku lagi rela buat khidmat masyarakat daripada pergi PLKN. Haha~ Tapi tak rugi pun. Best jugak.

*cari PLKN kat google bersepah gambar Diana Danielle. Luv u lah!

Dah habes 2 bulan setengah kat kem tu, dok melongo tak buat apa kat rumah. Ade la bermalam di Seremban sebab rindu kat kawan aku sorang ni. Haha~ Then dapat tawaran pergi Matrikulasi Pahang kat Gambang tu. Oh, lupa. Kem aku kat Penor. Dekat-dekat jugak dengan bandar Kuantan. So belajarlah bagai nak rak untuk setahun tu. Habis tempoh pengajian kat matrix, aku terus mulakan niat suci aku: ambik test kereta dan motor.

Bermula dengan pendaftaran yang kakak aku dah setelkan sementara aku kat rumah aku kat felda aku yang tercinta. Then, aku pergi lah ke Kuala lumpur sorang-sorang. Ok. Cuak. takut kena pukau ke, ragut ke, but then biasa je. Alhamdulillah. Lepas tu 1st day, ceramah lesen kereta. Omaigod~ bosan. Sumpah bosan. Macam dengar lecture fizik masa kat matrix. Apa lagi. ZZZZZ~ Dengan cuaca panas, berhabuk, completelah kalau aku nak demam aritu. Esoknya ceramah lagi. Motor pulak. Yang ni tak bosan. Ceramah dia best. Hehe~ Tapi tempat tu memanglah tak selesa. Dah lah surau tak de. Oh, aku lupa. Semuanya India dengan Cina. Tak de Malay yang kerja situ melainkan instructor. Dah lah sampai petang. Dush~

Siri ceramah tu termasuk dalam satu minggu paling memenatkan pernah aku alami. Kenapa? Lepas tu aku kena ambil computer test yang mana aku kena ambik 2 kali lepas fail untuk kali pertama. Tu hari Jumaat. Isnin pulak aku ada interview untuk course pendidikan yang aku mohon. So balik rumah hari Sabtu semata-mata nak ambik baju long sleeve aku dengan segala macam fail akademik aku, then esoknya balik KL semula. Tak sempat nak bermanja-manja dengan emak tersayang. Hehe~ Tenaga jantanku diperah sebanyak-banyaknya untuk itu. Nasib baik aku tak demam.

Ada rule baru dari JPJ katanya. Dah ambik test tu, kena tunggu sebulan baru boleh buat amali. ARGH!!!!! Sengal punya rule!!! Aku dah boleh dapat lesen dah kalau tak payah ikut rule tu. Balik Pahang semula dan dok melongo lagi. Cukup sebulan, UKM memanggil-manggil mintak aku belajar semula. Tangguh lagi. Hadoi~

Pendekkan cerita, habis tempoh setahun bergelar budak 1st year kat UKM, aku sambung balik.
Belajar segala-galanya. Paling menyeksakan ialah belajar bawak kereta. Orang baru 1st time pegang stereng kereta. Gelabah la. Haha~ Tak kesah. Tapi memang siksa. Belajar tengah panas. Sumpah rasa sangat azab pada masa tu. Ku gagahkan jugak. Lencunlah baju aku dengan peluh. Demm!

Hari penentuan. Aku test motor dengan kereta sekaligus. Motor aku pass. Masa aku tengah ditest tu, cun-cun aku siap, ada minah b*****t JPJ free hair dengan gaya tomboi marah aku. Katanya aku gerak sebelum dia kasi arahan. Badigol. Aku dah nampak dah lelaki sebelah tu kasi arahan. Aku pun tanpa berlengah terus berlakon ala-ala innocent. Haha~ dalam hati rasa nak seksa kau hidup2. Nasib baik pass.

Test kereta pulak. Demm lagi sekali. Fail kat bukit. Fail lah segala-galanya. Laju je mencarut. Bukan kat abang2 JPJ. Tapi kat diri sendiri. Huhu~ Bawak kat jalan lagilah. Moral dah down. Juga fail. Tensen. Aku kena lagi belajar tengah panas terik. Benci!!!

Retest minggu depan. Dah set dalam kepala. Mesti lulus. Esoknya nak balik pahang jugak. Dun care animore!! Segala ilmu aku muntahkan balik masa test kereta. Alhamdulillah aku pass kat bukit dan seterusnya. Juga di atas jalan juga aku lulus. Sebab kakak JPJ cun bertudung yang test aku. Sekali lagi berlakon ala2 innocent demi sekeping lesen.

Maka dengan ini aku mengishtiharkan....

AKU SUDAH LAYAK BAWAK KERETA DAN MOTOR ATAS JALAN SECARA HALAL!!



I got you!

Alhamdulillah. Puas hati. Ini memang journey aku yang paling memenatkan buat masa ni. lepas ni berangan nak kereta sebijik. Senang nak bergerak. Haha~

~lapar. duit tak de~

Friday, October 1, 2010

Untuk Pemain DOTA


Pergi lah cari. Semoga puas Korang bermain DOTA lepas ni.

Wednesday, September 29, 2010

Aku dapat RM300 sehari? Betul! Ini cerita tipu!

Assalamualaikum.

Sentap seketika. Rasa nak gelak pun ada. Mintak izin gelak terbahak-bahak kejap.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

Nak tau kenapa?

Meh aku stori.

Awal tahun ni, aku nak beranakkan duit aku. So aku join lah bisnes yang dipanggil INFINITY DOWNLINE. Juga dikenali sebagai BUKAK FACEBOOK DAPAT RM100. Dengan harapan dapat lah pulangan yang lumayan macam orang lain dapat. Tapi dah lama aku join, haram aku tak dapat duit langsung. Huh. sudahnya aku stop. Biarkan je. Dengan fatwa lagi yang mengatakan infinity downline tu haram sebab banyak keraguan, terus aku stop. Tak buat dah.

Dan hari ni, aku terjumpa blog yang masih promote bisnes ni. Sebenarnya saja bosan-bosan aku taip la nama aku kat google. Dan aku sangat terkejutlah bila dapat tau search resultnya.


Kalau nak lagi besar klik gambar tu.


Wah. Try baca ayat tu.

"Iqbal Zarin, Pelajar UKM telah dapat RM300 pada hari pertama dia sertai..."

Kejadahnye? Kalau nak tau, awal tahun ni jugak aku hilang RM300 lepas join amende tah masa ada event kat DECTAR. Hahahaha... sakit perut aku nak gelak weh. Serius. Aku tak dapat pun RM300 masa 1st aku join. Tipu ni.

"...Dia telah dapat RM800 dalam masa 5 hari sahaja..."

Auta semua ni! Haha... Ya Allah... Kok ye pon kau nak tipu orang lain janganlah guna nama aku hoi. Faktanya, 5 hari aku join langsung aku tak dapat apa-apa pun. Haa...


Suka hati kau ye ambik gambar aku tanpa kebenaran. Aku nak saman kau boleh tak?


Haish. Semua yang dia gebang dalam blog dia tu tipu belaka. Aku join tak ada untung. Habis cerita. Yang lagi tambah tak berkenannya, Boleh pulak publish gambar aku. Wei. Aku tak suke tipu orang wei. Beragak lah aku dapat RM300 sekali join. kalau ye, aku dah pos kat mak aku dah duit untung aku tu. Apadaa~

Kalau admin blog itu ada baca blog ni, so ini aku tujukan khas untuk dia:

TOLONG KELUARKAN SEGALA FAKTA TIPU BERKENAAN INFINITY DOWNLINE NI DARI BLOG ANDA YA. SAYA TAK SUKA AWAK AMBIL GAMBAR SAYA TANPA KEBENARAN SAYA LEPAS TU AWAK REKA CERITA YANG SAYA DAPAT RM800 DALAM 5 HARI. KALAU AWAK NAK MAKAN REZEKI HALAL, TOLONG BERHENTI MENIPU ORANG LAIN DAN JANGAN LIBATKAN SAYA DALAM TAKTIK BUSUK AWAK NI. DAN SAYA DAH LAMA STOP BISNES LOGON DAPAT DUIT NI. PLEASE BUAT SECEPAT MUNGKIN SEBELUM SAYA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP AWAK. MUNGKIN SAYA AKAN ADUKAN KEPADA SKMM ATAS SEBAB AWAK MENCABULI HAK PERIBADI SAYA.

Marah pun marah jugak. tapi kelakar jugak bila nak menipu orang lain untuk join bisnes dia. Haha...

ni blog propa penipu dari dia: http://duitdarifb.blogspot.com

~nak duit, usaha lah bhai. bukan join benda syubhah macam ni~

Wednesday, September 22, 2010

SOA

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri untuk semua.

Apa tu SOA? SOA tu akronim untuk SOCIETY OF ACTUARY. Tapi kat UKM ni, aku mengenalinya sbg special exam yang perlu diambil oleh student aktuari untuk bergelar Qualified Actuary (Q.A). Sebelum tu, since aku terlihat ade yang masuk blog aku sebab nak tengok pasal aktuari tapi blog aku ni pasal hidup aku je. So aku sharelah sikit apa itu aktuari. Untuk lebih info, klik sini.

What is an Actuary?

An actuary is a business professional who analyzes the financial consequences of risk. Actuaries use mathematics, statistics and financial theory to study uncertain future events, especially those of concern to insurance and pension programs. They evaluate the likelihood of those events, design creative ways to reduce the likelihood and decrease the impact of adverse events that actually do occur.

Actuaries are an important part of the management team of the companies that employ them. Their work requires a combination of strong analytical skills, business knowledge and understanding of human behavior to design and manage programs that control risk.

SOA members work in life insurance, retirement systems, health benefit systems, financial and investment management and other emerging areas of practice. The majority of actuaries work within the insurance industry, although a growing number of actuaries work in other fields.

Ada faham? Ini bukan kos marine biology ok? Ingat. Aktuari bukan akuarium, ikan, laut, dan sebagainya. Dush!!

Berbalik kepada exam, dari official website ni kata ada 5 exam yang perlu diambil. Cuma tak taulah perlu ambil semua exam tu untuk jadi Q.A. Ni listnya:
  1. P (Probability)
  2. FM (Finance Mathematics)
  3. M (Models). Ada 2: MFE (Financial Economics) dan MLC (Life Contigencies)
  4. C (Construction and Evaluations of Actuarial Models)
Nak diikutkan, aku perlu ambil at least P dan FM sebelum habis tempoh 3 tahun aku belajar. But money is the problem now. Untuk Exam P sahaja, RM500 (Selepas diskaun. Diskaun sebab masih belajar lagi. Kalau dah kerja mungkin lebih mahal lagi ). Tak mampu. Dah lah PTPTN aku sikit je dapat. Nanti-nanti lah aku ambil.

Ada orang yang dah pass kelima-lima exam diatas. Dan dia hanya mengambil masa 2 tahun je untuk dia pass semua itu. And that person is not Malay. My Malay batch, baru ada sorang yang baru je pass exam P dan seorang fail. While the other Malays (termasuk aku) tak pernah ambil lagi.

Exam ni sangat-sangat susah. So preparation awal adalah sangat penting. Lagipun yuran dah mahal. So kalau fail sebab tak study, memang sia-sia duit ko terbang macam tu je.

Oh, lupa. Setahu aku, hanya ada 4 IPTA di Malaysia yang ada kos aktuari. UKM (tempat aku), UM, UITM, dan USIM. IPTS aku tak tau lagi.

Harap-harap info aku ni berguna untuk org yg jenguk blog aku ni.

~petang ni midsem~

Monday, September 6, 2010

Ramadhan 2 zaman

Assalamualaikum.

Sempat update kejap. Beberapa jam lagi nak mid sem. Harap hayatinya.


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Harap hayati dan fikirkan bersama.

~selamat hari raya~

Saturday, August 28, 2010

Ending Doraemon

Assalamualaikum...

Sihat tak? Alhamdulillah. Mari aku share something yang menarik.

Mesti korang kenal makhluk ni:



Ni lah Doraemon. Penipulah kalau tak kenal. Haha... Comel kan? Aku suka gila tengok Doraemon ni. Robot yang banyak alat-alat dari masa depan yang telah didatangkan khas dari abad ke-22 untuk membantu the loser one, Nobita Nobi daripada terus hidup merana pada masa akan datang. Macam-macam cabaran dah ditempuh Nobita dan Doraemon bersama-sama.

Tapi mungkin ramai jugak yang tertanya-tanya. Bila Doraemon ni nak tamat? Ye lah. Penciptanya pun dah lama meninggal (Fujio F. Fujiko).

So tadi blogwalking blog Ezhan dan terlihat entri berkaitan Doraemon jugak. Menurutnya, Ramai yang sedih dengan pemergian creator Doraemon pada masa anime ni belum lagi tamat. Jadi ramai die-hard-fans Doraemon membuat ending mereka sendiri untuk dikongsikan di seluruh dunia. Ada yang tak masuk akal, ada yang sedih, ada yang happy ending, bermacam-macam lagi.

Tapi satu video ni mungkin yang paling terbaik pernah aku tengok. Ending Doraemon yang paling bermakna.

SINOPSIS

Setelah lebih kurang 35 tahun masa berlalu, Nobita telah menjadi salah seorang pakar dalam bidang robotik dan telah terkenal di seluruh dunia. Sementara itu, Dekisugi, Giant dan Sinyu bertemu semula sambil berborak mengenai kisah kanak-kanak mereka. Lalu Dekisugi bukak cerita pasal Doraemon. Giant marah sebab Doraemon pergi macam tu sahaja sedangkan mereka bersahabat. (Ye ke? Dah la dulu Giant suka menyusahkan Doraemon. lol) Kemudian Dekisugi menceritakan apakah kisah sebenar yang berlaku dahulu sebelum Doraemon lenyap dari pandangan mereka. Dan sejak itu Nobita juga berubah secara total. Apakah yang berlaku sebenarnya? Mengapa Nobita berubah?

Tengoklah video ni. Nak cerita semua, tak best la. Hehe~




Agaknya ramai dah yang tengok kot. Tak pe lah. Aku share je.

So, kalau dah ada yang tengok, leave your comment please...

~sayang sangat Doraemon~

Thursday, August 26, 2010

Cinta Terakhir

Assalamualaikum...

Woi! Hang dok main fesbuk watpa??? Sok mid sem la bebai!!!

Oh. Sori. Ku macam tepu otak malam-malam ni nak setadi. Beberapa jam lagi aku kena menghadap mid sem akaun dan penyelidikan operasi. Tak pe lah.

Berkaitan tajuk entri di atas, bukanlah berkaitan kisah cinta aku. Jadahnya aku nak mengalami cinta terakhir. Awek tak de lagi. Haha...

Actually, ni ialah lagu yang kerap aku dengar semenjak dua menjak ni. Lagu ni aku pernah dengar masa TV3 tayang cerita ILUSI kat slot Akasia pukul 6 setengah tu. Lagu itu kalau tak silap dinyanyikan Aiman, yang pernah masuk Akademi Nasyid kat TV9 dulu. Thanks Khai sebab kenalkan aku kat lagu ni. Cari lagu ni untuk karok!!

Dan lagu ni jugak yang buat aku feeling sentimental dan emosi seketika.

Kenapa?

Ada sesiapa yang tau kisah pelajar PASUM yang meninggal terjatuh dari blok? Jika tahu, jadi aku cadangkan singgahlah blog ni. Pemilik ni ialah kawan rapat arwah. Bacalah luahan hati beliau.

http://missbyah.blogspot.com

Ada jugaklah aku hampir nak menitik air mata.

Sabarlah.



Dengarlah lagu itu.

p/s: pemilik blog telah privatekan blognya atas sebab2 tertentu.

Wednesday, August 25, 2010

Ale alejandro

Assalamualaikum...

Aku suka layan lagu dari Lady Gaga. Unik. Dan paling best selepas Just Dance ngan Bad Romance ialah Alejandro. Tak tau kenapa tapi best.

Semua dah tahu. Music video untuk lagu Alejandro sudah direleasekan. Ramai yang tengok. Kat Malaysia ni pun ramai dah usha agaknya. Tapi video dia ni..... tak tau lah nak kata apa.

Aku dah lama tahu yang Lady Gaga ni memang salah seorang daripada Freemason puppet yang baru (agaknya) selepas Rihanna dan mungkin ramai lagi artis Hollywood yang jadi ejen Freemason ni. Tengoklah video Alejandro tu.

Untuk penerangan yang lebih jelas, aku sharekan link ini:

http://www.facebook.com/note.php?note_id=128362770543112&id=1204998758

Baca dan korang akan menemuinya.

InsyaALLAH nanti nak buat entri khas pasal 2012 dan kaitannya dengan Freemason ni.

Broaden My Mind

Assalamualaikum...

Ketandusan untuk mencipta sebuah entri. Ni pun tak tau la apa aku nak merepek ni. Haish~

Actually, tentang stadi aku jugak. Minggu lepas, otak ini bagaikan di celup ke dalam clorox yang aku rasa molarnya berkepekatan 1000M. (Gosh! i miss chemistry!)

Kenapa?

Biasalah. Orang pointer rendah (< 3.00). Dah tau ngok ngek belajar. Haruslah dicuci sikit otaknya bagi sedar.

Tapi....

Jujur aku cakap. Apa yang di katakan tu semua tak de efek dah untuk diri aku.

Kenapa?

Balik-balik perkara yang sama diucapkan berkali-kali untuk kami sedar. Dan aku sedang melakukannya. Jadi aku rasa tak perlu nak panggil kami yang x sebijak mereka yang 3.00 keatas untuk sesi clorox otak tu. Dan aku akan buktikan yang aku ni taklah bodoh mana pun jika pointer jadi ukuran.

Tapi, memang sakit kalau kita berada dalam golongan bawah 3 tu.

ORANG PANDANG KAU MACAM NAJIS KALAU KAU NI POINTER RENDAH

Ni aku nak share da stori bout seorang hamba Allah tu. Yes. Walaupun bukanlah dean list, tapi memang langit dan bumi pointer dia dengan aku. Dan aku akan tunjukkan hinanya aku ini kerana pointer rendah. Ada 2 kes.

1) Tutorial Statistik

Kenalah submit. Tapi group aku tak buat lagi. Gelabah ringan2 (lyte2). Mujur dia dah siapkan. Lagipun kami yang aktuari ni ada lagi assignment untuk subjek kami yang mereka tak ambil tapi kami ambil. Kira subjek pengkhususan untuk setiap kos. Jadi tak terjangkau untuk membuatnya. Memang baguslah dia dah siapkan. Tapi apa katanya?

"biar aku buat sorang. korang ni tak boleh harap"

FUCKER GILA AYAT KAU!!!

2) Assignment Insurans

Juga aku satu kumpulan dengan dia. Akulah ketuanya. Tak perlu aku nak cakap apa tugasannya. Senang cerita, pilih syarikat, pergi buat temuramah. Maka semuanya sudah diaturkan. Pembahagian tugasan sudah dijalankan. Masa temujanji dengan syarikat telah dipilih. Tapi hamba Allah itu, di luar kesedaran aku telah bertindak melangkaui tugas aku sebagai ketua pabila dengan senang-senangnya dia membatalkan temujanji itu. Memang frust. Bila hal itu sudah selesai, sekali lagi dia bertindak kurang ajar dengan mengarahkan aku cepat-cepat hantar report bertulis itu sebelum masanya. Eh, patutnya aku yang arah-arah ni. Kau ke aku ketua ni??

Aku fikir balik dalam-dalam tentang diri aku.

"kenapa dia buat aku macam ni?"

Jawapannya mudah. POINTER AKU RENDAH DAN POINTER DIA TINGGI. Itu je sebabnya.

Betul. Dan fikir balik apa yang kawan aku ni kata (dia ni golongan aku gak. pointer rendah), mungkin ada betulnya:

""orang" buat kat kita macamtu, mungkin sebab dulu kita pernah buat kat orang lain benda tu. dan yang paling penting, "orang" yang buat kita macamtu, dia akan kena balik dengan orang lain satu masa nanti, mungkin lebih teruk. bumi ini bulat. pusing pusing jumpa tempat sama jugak."

Mungkin aku masa zaman pandai aku juga pernah buat macam tu. Dan ini balasannya.

Sudahlah. Orang tu nak pandang aku macam najis pun aku dah tak peduli. Aku tak kan kacau lagi hidup dia lepas ni.

Yamg aku tuju sekarang ni, naikkan pointer, siapkan assignment, tidak memandang rendah kapabiliti seseorang, dan tau nak menghormati orang. Itu je sekarang ni.

Enuff said.

Tuesday, August 17, 2010

Rupamu menawan. Tapi namamu...

Assalamualaikum...

Kat Facebook ada sesuatu yang sangat-sangat kelakar, menggelikan hati aku, dan buat aku macam orang sewel.

Nak tau ape?

TARA!!!!!!!!!!!!

First time aku melihat BABI yang boleh disentuh (tapi batal air sembahyang dan dosa laa) dan sangat cantik.

Ada fan page dia kat Facebook. Sila-sila lawat ye. Type je BABI. Jadi fans sekali. Dan fansnya, mostly MELAYU MALAYSIA. Yang langsung tak pernah kenal siapa minah Itali ni tapi sebab nama dia BABI, maka terus meletup namanya. HAHAHA~

Ini ialah view page fansnya:



See? Semua melayu. Haha... Dan komen mereka ni lah yang buat aku sewel dan binawe sebab gelak sorang-sorang. Nasib baik aku duduk bilik single. Kalau ade rumet, ngan dia-dia sekali aku ajak jadi sewel. Hahaha...

Tapi kesian la kat dia. Huhu... Dah la cantik. Aku cam fall in love pulak. Hahaha... So, aku consider panggil nama sebenar dia je. Lagi cantik dan indah. SILVIA MANNAI.

Kan ke elok? Watpa la hang pilih BABI jadi nama glamor hang~



Tengok tu. Die like wallpost aku! Ahahaha...

Sunday, August 15, 2010

Insaflah Saleh Gregor Samsa...

Assalamualaikum...

Wah! Aku buat entri lagi satu. Mari aku share kat korang semua satu gambar ini. Nilailah sendiri.

Bagi aku, sedih. Moga-moga ALLAH berikan petunjuk dan hidayah kepada hambaNya yang sorang ni supaya bertaubat...



Kalau tak nampak, klik link ni:

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fa.imageshack.us%2Fimg152%2F4717%2Fsalehhanjing1.jpg&h=319bb

~sangat-sangat mahu beliau insaf lepas ni~

Berhati-hati bila ke bazaar ramadhan

Assalamualaikum...

Orang kata, ajal tak berbau. Bila-bila masa je kita boleh mati. Even kita di tengah-tengah kesibukan bazaar ramadhan pun boleh meninggal.

Aiyoo...

Tengok je lah apa yang berlaku kat Jasin, Melaka hari jumaat lepas.

Patutlah kat UKM hujan lebat....



Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban...

~siap-siap untuk mengucap bila pergi bazaar~

Saturday, August 14, 2010

Fakta dan auta tentang puasa

Assalamualaikum...

Berapa hari puasa? Tak ingat. Tapi tau je berapa hari lagi nak raya. Keji sangat. Ahahaha...

Hari ni nak share sikit info berkenaan fakta dan auta tentang puasa. Jadi kalau ada yang konfius, bolehlah rujuk di sini.

1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarka
n badan.

Auta
:
Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta:
Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas.

Kata aku
: Dulu pernah ada orang kata ia makruh sebab air mandi kita tu boleh masuk ke liang-liang roma kita, menyebabkan ia makruh. Wah... kalau camtu aku lurut je lengan aku, mencucurlah air keluar. Haha...

Caye panas laa...

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga
yang berlubang.

Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.

Fakta:
Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.

Kata aku
: Baru tau. So lepas ni tiada masalah untuk korek hidung anda masa puasa. Dan lepas ni tiadalah orang yang terdesak nak berbuka kerana makanan tak de lepas tu korek hidung sebagai pengganti buka puasa. Sengal~

Koyek idong tak batal poce. Weekkk... :P

3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Auta
:
Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.

Fakta:
Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

Kata aku
: Makanlah selagi boleh. Haha~

Ngantok lagi... 5 minit cebeyom cahur caye angun...

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta
:
Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta:
Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.

Kata aku
: Air dulu aku terkam. Haus... hehe..

Penat la poce.... nak air je.

5. Merasai makanan dengan lidah.

Auta
:
Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta:
Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan).

Kate aku
: Jangan ada yang guna point ni buat alasan... Haha...


mama macak cedap tak buke nanti???

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.


Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.

Fakta:
Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.

Kata aku: Manalah tau kan tengah-tengah bulan puasa pulak kita mimpi basah... Tak bangun sahur pulak. Bangun-bangun je matahari dah atas kepala. Jadi jangan risau la.

Ni bukan mimpi basah... ni terkencing sampai basah. Haha...

7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?

Auta: Tidak boleh, batal sekiranya bercumbu. Bukankah bulan puasa bulan menahan syahwat?!

Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali.

Kata aku: Bulan Ramadhan jugak kau pilih nak bercium. Bulan lain tak nak pulak??

Caye nak tanah... nak camak.... euuu

8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.

Fakta:
Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan.

Kata aku
: Takut tertelan ubat gigi rasa strawberi? Ooo... perisa lain tak batal la ye? Ngeng... haha...

gocok gigi, muyut caye wangi...

9. Lafaz niat puasa.

Auta
:
Wajib untuk melafazkan niat puasa iaitu “nawaitu shauma qhadin…”. Bagi yang tidak melafazkannya, maka puasanya tidak dikira kerana setiap perkara dimulakan dengan niat.

Fakta: Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya.

Kata aku
: Ye ke? Aku pun ragu-ragu. Baca je lah niat...

Cahaje aku poce...

10. Tidur ketika sedang berpuasa.


Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.

Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah.

Kata aku: Jangan tidur lama-lama. Baik tak payah puasa macam tu.

Dari sumber yang boleh dipercayai

Itulah sedikit sebanyak tentang fakta dan auta ketika berpuasa. Mudah-mudahan puasa kita mendapat keberkatan ALLAH...

~nak pergi bazaar~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics