expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, February 28, 2011

Aku pelacur blog

Assalamualaikum...

Ahh... aku baru balik dari Lorong Haji Taib Versi Blog. Ramai orang langgan aku malam ni. Penat melayan nafsu buas mereka. Yang penting duit. Dapat aku tampung kehidupan aku. Yang penting jugak, aku tak menggemis. Kan? Haha..

Sunday, February 27, 2011

Isi hati yang tak terluah

Assalamualaikum

Pernah tak rasa mahu meluahkan sesuatu tapi tak terluah?

Apa korang rasa?

Sakit hati, bengang, tak senang duduk, semua tu mesti ada. Kan? Macam tu lah aku sekarang ni.

Actually, banyak benda yang aku nak sangat luahkan kat blog ni tapi tak mampu. Semuanya atas sebab-sebab tertentu. Ye lah. Ni bukan blog private. Kalau nak luahkan, aku taip je entri kat private blog aku. Entahlah. Geram sangat. Bila banyak masalah melanda, tak tau kat mana nak luahkan masalah.

Saturday, February 19, 2011

PRK: Selamat berjuang my batch 03'7!!

Assalamualaikum...

Entri lepas aku cerita betapa meluat dan bencinya aku terhadap situasi pilihanraya kampus (PRK). Aku nak cerita lagi pasal PRK tapi entri ni bukanlah berbaur benci ke, meluat ke dan sebagainya. Cuma rasa bangga sahaja.

Tak memasal kau nak bangga. Wadehel??

Diamlah!

Friday, February 18, 2011

Undi saya, mulai esok UKM cuti sebulan.

Assalamualaikum...

Semalam aku ada kelas berderet. Dari pukul 12 sampai 5. Pancit. Fuuhhhh~ Ada peristiwa menarik yang berlaku waktu kelas berderet ni.

Peristiwa ini berlaku semasa aku ada kelas Matematik Aktuari 1. 3 jam woo... jam gila otak aku. Oleh sebab lecturer aku, Dr. Hamizun baik hati, dia kasi kami break 30 minit. Lama tu. Tapi cukup lah untuk kelas 3 jam. Kan???

Aku keluar, gi buang apa yang patut kat toilet, basuh muka, then pergi beli waffle. Nyum! Siap je, balik semula ke dewan kuliah. Dah habis makan, aku main game kat handphone aku.

Tiba-tiba je......

Hurm..

Assalamualaikum..

Sayu je bila bukak blog. Followers belum lagi capai 200. Buat entri tak de komen. Nuffnang langsung tak berjalan. Tah bila dapat cash out. Jeles dengan orang lain yang dah dapat berjimba-jimba dengan gaji nuffnang.

Sila sedar diri IQBAL ZARIN... kau hengat kau femes? Haha

Ohh... Tidak sama sekali. Wakaka~

Memang la keadaan itu akan berlaku. Even ping banyak mana pun blog, tak de orang lah nak singgah kalau entri tah hape-hape.

Eh, ni aku punya blog. Suka hati aku la nak taip apa pun.

Tuesday, February 15, 2011

Semua lelaki busuk!

Assalamualaikum...

Ini kisah separuh benar dan separuh tipu. Jom layan.

Adegan 1

Ini kisah semasa aku 1st year. Duduk di kolej yang sangat jauh dan hanya bas yang menghubungkan aku dan kolej. Lepas habis kuliah, aku berlari mengejar bas yang akan sampai bila-bila masa. Bila dah berlari, aku berpeluh. Rimas! Aku lap peluh dengan sapu tangan.

Zaman sekolah menengah..

Assalamualaikum...

Meroyan nak hapdet blog malam ni. Hehe...

Sekarang ni aku aktif bertwitter. (nak follow, sila cari nama EKEBAL). Seronok pulak. Hehe~ Dalam twitter ada status dengan hashtag. Tak tau apakah itu. Sila google sendiri. Paling menarik perhatian, status dengan hashtag #MemoriAsrama. Seronok membacanya.

Tetiba terkenang memori asrama aku. Hehe~

Saturday, February 12, 2011

Aku ni penyegan orangnya

Assalamualaikum...

Pekabo? Hehe~ lama x tanya khabar. Bila buat entri terus masuk cerita utama. Tapi straight to the point lagi bagus. Hehe~

Aku ni anak bongsu dari 3 adik beradik. Aku tak ada abang. Sebab 2 orang yang lahir sebelum aku semuanya perempuan. Maka automatiknya mereka itu ialah kakak-kakak aku. Cantik-cantik belaka. Tak tipu. Haha~

Friday, February 11, 2011

My Precious Blog Punya Fanpage

Assalamualaikum~

Secara suka-suka aku telah membuat fan page untuk blog ni. So sesiapa yang jenguk tu, sudi-sudilah like fan pages aku. Tiada paksaan.

So ni sekadar nak bagitau je lah. Nak like sila tengok kat bahagian kanan. Ada aku letak kat situ.

~Like, jangan x like~

Thursday, February 10, 2011

MuhaSARAWAK. Eh, MuhaSABAH

Assalamualaikum...

Hurm... tak tau nak start entri ni dengan ayat apa.

Baca je lah bebelan aku ni. :P

Bila aku dapat result teruk, (actually, sangat teruk) aku sangat down. Fikir balik apa yang aku dah buat. Apa je? Aku jarang nak ponteng kuliah, sebagaimana mahasiswa lain selalu buat kat mana-mana universiti. (orang kata, kalau budak matrix tu, habit ponteng tu asal dari matrix la). Dalam erti kata lain, ponteng kuliah tu orang anggap suatu kemanisan dalam hidup sebagai seorang pelajar universiti. Tapi aku tak fikir macam tu.

Monday, February 7, 2011

Ketensionan yang melanda diriku baru-baru ni.

Assalamualaikum...

Seminggu bercuti Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai untuk semua umat Cina di Malaysia. Dan seminggu juga blog tidak diupdate. Ini ialah entri pertama di bulan Februari.

Kalau dulu memang suka balik rumah semasa cuti. Boleh rehat, makan free, tengok Wonderpets, maki hamun SHITnetron INDOGNESIAL, dan macam-macam lagi. Tapi keindahan itu hilang sejak keputusan final exam aku sem lepas teruk. Teruk macam mana? Bayangkan sendiri apabila PTPTN disekat sem depan. Huhuhu~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics