expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, February 27, 2011

Isi hati yang tak terluah

Assalamualaikum

Pernah tak rasa mahu meluahkan sesuatu tapi tak terluah?

Apa korang rasa?

Sakit hati, bengang, tak senang duduk, semua tu mesti ada. Kan? Macam tu lah aku sekarang ni.

Actually, banyak benda yang aku nak sangat luahkan kat blog ni tapi tak mampu. Semuanya atas sebab-sebab tertentu. Ye lah. Ni bukan blog private. Kalau nak luahkan, aku taip je entri kat private blog aku. Entahlah. Geram sangat. Bila banyak masalah melanda, tak tau kat mana nak luahkan masalah.


Cari member? Kalau dulu-dulu, ye. Aku ada 2 member sekolah menengah yang aku percaya habis-habisan. Dan till now dia still menjadi seorang yang sangat aku percaya. Rahsia aku tetap dia simpan. Good friends. Kat UKM? Ada seorang. Tapi seorang ni lah yang macam permata dalam lumpur. Susah gila nak cari.

Pernah rasa kena khianat? Rasa nak bunuh je kan orang tu. Ya. Aku dah terkena kat UKM ni. Siapa buat khianat, tak payah tau. Aku boleh kata ni salah aku sebab terlalu percayakan dia. Mati-mati aku harap yang dia ni boleh jadi kawan baik yang share any problem dengan aku. But what happen next is really hurts me. Korang yang membaca ni cuma ambik tau yang dia buat khianat kat aku cukuplah. Apa perbuatan dia, tak perlu ambik kisah la harapnya. :P

So sekarang rasa takut nak mencari orang yang boleh aku anggap kawan baik untuk share segala masalah diri aku. Aku tak mahu rasa sakit hati dikhianat lagi. Another option, blog la. Tapi itu pun masalah juga. Nanti orang-orang terdekat yang baca blog aku sibuk tanya "siapa orang tu?", "aku tau kau maksudkan dia kan?", dan macam-macam lagi.

Aku terpaksa simpan apa yang tak mampu terluahkan ni. Mungkin tunggu aku grad dari UKM baru aku boleh muntahkan segala isi hati ni kat blog. Masa tu tak de sesiapa yang gatal mulut nak bertanya. Puas hati. :)

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics