Assalamualaikum...
Entri lepas aku cerita betapa meluat dan bencinya aku terhadap situasi pilihanraya kampus (PRK). Aku nak cerita lagi pasal PRK tapi entri ni bukanlah berbaur benci ke, meluat ke dan sebagainya. Cuma rasa bangga sahaja.
Tak memasal kau nak bangga. Wadehel??
Diamlah!
Flashback semula zaman sekolah menengah sekitar tahun 2003 sampai 2007.
Dalam satu batch, of kos perhubungan tu rapat. Walaupun tak rapat dengan semua, tapi boleh la dianggap rapat. Sekadar kenal setiap rakan dalam satu batch tu dah kira memadai. Kalau hubungan tu rapat, for sure perangai sorang-sorang tu kita tau. Tu yang bestnya belajar di SBP (dan MRSM sekali kalau ada yang nak kata SBP ngan MRSM sama).
Kita kenal sorang-sorang punya perangai. Ada yang kita kenal tu troublesome, ada yang pendiam, ada yang 'budak surau', dan macam-macam lagi fi'il. Mana tak kenal. 5 tahun hadap muka yang sama walaupun tak sekelas. kalau tak kenal tu memang kalau dia tu bukan jenis kera sumbang, mesti dia kena pulau dengan budak batch dia. Haha~
So kami 'graduate' tahun 2007. Now 2011. 4 tahun dah zaman sekolah menengah ditinggalkan. Sure macam-macam berlaku. Budak batch yang kita kenal 5 tahun pun mesti ada perubahan. Well, sekali air bah, sekali pantai berubah.
Bila bukak Facebook, tambah-tambah lagi bila ada PRK ni, dapat la tengok muka-muka calon yang bertanding. Taklah terhad kepada UKM aje. Kalau kawan beribu-ribu dalam facebook tu, mesti dapat tengok kalau-kalau diorang ada promote calon-calon kegemaran diorang kat u lain. Paling tidak pun, dia kena tag kat gambar tu. Lepas tu masuk la news feed aku. Melayan je lah tengok.
Dan rasa sedikit terkejut. Ok. Tak sangka sebenarnya. So far as i know, 3 budak batch aku masuk bertanding. Uuuuuu.... Kagum. Siapa? Tengok list kat bawah:
1) Khairunnazrin Bin Mohd Noor (UKM)
2) Mohd Farid Zuhri Bin Ismail (UITM)
3) Muhammad Shazril Idris Bin Ibrahim (USM)
*Gambar mereka tidak diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga. Nanti diorang tewas, aku pulak dipersalahkan sebab entri aku dianggap oleh suruhanjaya bla bla bla (aku tak tau namanya) sebagai mempromosikan diri mereka. Mana tau kot-kot ada larangan berkempen melalui blog. (-_-!)
Entri aku ni mesejnya simple je. I just want to express my gratitude to them. Siapa sangka setelah 4 tahun tak bersua (kecuali no 1 tu sebab satu universiti) tetiba aku jumpa mereka dalam bentuk dan imej baru. Tak sangka juga mereka ada bakat kepimpinan. Berani pulak masuk bertanding. Kagum... Faham kan apa aku cuba sampaikan?
So kepada ahli suruhanjaya bla bla bla, kalau ada jumpa blog aku ni, jangan gelabah ye. No promot-promot dalam ni. Cuma nak bangga dengan depa je. Kang satgi hangpa dok kalut batalkan undi depa, aku sumpah hang jd batu! Hahaha~
Budak batch aku. Haha~ sangat tak sangka. Selamat bertanding. Tak kisah lah korang parti apa pun. Kalau menang, jalankan tanggungjawab yang diberikan ye! Chaiyok!!
~midsem, midsem~
4 comments:
kawan ko yg ukm tu calon untuk yg mana satu? hihih
calon FUU. hehe
uitm ade gak?fspu ke?kalu fspu,boley ak tlg kempen..:D
bukann... fuu jugak. haha
Post a Comment