expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, February 12, 2011

Aku ni penyegan orangnya

Assalamualaikum...

Pekabo? Hehe~ lama x tanya khabar. Bila buat entri terus masuk cerita utama. Tapi straight to the point lagi bagus. Hehe~

Aku ni anak bongsu dari 3 adik beradik. Aku tak ada abang. Sebab 2 orang yang lahir sebelum aku semuanya perempuan. Maka automatiknya mereka itu ialah kakak-kakak aku. Cantik-cantik belaka. Tak tipu. Haha~


Tapi kan, sebagai satu-satunya lelaki, tambah lagi bongsu, sunyi rasanya. Sunyi sebab tiada seorang lelaki untuk dibuat 'kawan' dalam keluarga tu. 'Kawan' yang mungkin jadi tempat borak-borak, tempat meluahkan masalah, tempat nak bertanya dan berbincang dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kalau hal-hal yang melibatkan LELAKI. (boys talk la kiranya. :P)

Seganlah bila hal-hal kelakian tu aku nak share dengan kakak-kakak aku. Contohnya, hal-hal berkenaan perubahan seorang lelaki apabila meningkat dewasa. Memang aku rasa tak patut pun kalau nak share dengan orang perempuan. Segan.

Bila seorang perempuan tanya kat aku macam ni contohnya:

"Dah tumbuh bulu ketiak?"

"Dah mimpi basah?"

"Mana janggut?"

Automatik muka aku akan merah padam. Bukan marah. Malu. Bagi aku, orang perempuan tak sesuai nak tanya benda tu kat aku. Jadi sama ada aku akan berdiam diri atau lari.

Malu... Apa aku nak jawab ni...

Ada lagi perkara lain. 

Perkataan seperti berak, kencing, cirit, dan sebagainya tak sesuai bagi aku ucapkan. Tak tau lah kenapa. Kalau sakit perut, aku takkan kata "aku nak berak". Aku guna ayat yang sopan, atau aku takkan bagitahu apa aktiviti yang aku lakukan dalam tandas. 

Seriously, aku segan. Tak tau kenapa. Haha~ 

~merepek di malam hari~

No comments:

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics