expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, February 10, 2011

MuhaSARAWAK. Eh, MuhaSABAH

Assalamualaikum...

Hurm... tak tau nak start entri ni dengan ayat apa.

Baca je lah bebelan aku ni. :P

Bila aku dapat result teruk, (actually, sangat teruk) aku sangat down. Fikir balik apa yang aku dah buat. Apa je? Aku jarang nak ponteng kuliah, sebagaimana mahasiswa lain selalu buat kat mana-mana universiti. (orang kata, kalau budak matrix tu, habit ponteng tu asal dari matrix la). Dalam erti kata lain, ponteng kuliah tu orang anggap suatu kemanisan dalam hidup sebagai seorang pelajar universiti. Tapi aku tak fikir macam tu.


Setiap kuliah bagi aku sangat penting. Tak kira lah sama ada aku faham atau tidak apa yang diajarkan, yang penting input ada. Masuk sikit dalam otak. Lepas tu study sendiri. InsyaALLAH dapat jawab macam-macam soalan latihan. Sebab tu, aku akan ada rasa bersalah bila aku cuba-cuba nak ponteng kuliah. Yes, rasa takut, bimbang, tak senang duduk, dan lain-lain. Sebab ponteng bukan habit aku. Orang lain aku tak tau la.

Dan kadang-kadang aku hairan. Ramai yang suka ponteng kuliah. Kalau dalam facebook tu, status pasal ponteng tu macam mainan. Dengan riang dan suka hati mereka buat status "jom ponteng kelas", "terlajak tido, hurm... pontenglah", dan macam-macam lagi. Tak ada rasa bersalah. Banding dengan aku ni, terlewat 10 minit ke kelas pun aku dah gelabah. Apatah lagi nak tuang kuliah.

Satu lagi mind-set yang aku tak tau sejak bila ia develop dalam diri aku. Orang ponteng = result exam tak bagus. Ikut logik akal kita sendiri. Bila ponteng, dah banyak pelajaran yang tertinggal. Dan kalau orang ponteng ni, mesti malas belajar. Satu lagi mind-set aku. So bayangkan kalau kita ponteng satu subjek untuk satu sem misalnya, lepas tu masuk exam dengan otak kosong. Dapat ke jawab paper tu? Nasib baik, dapat lah gred D. Tu pun kena repeat balik.

Bila tengok orang ponteng ni, banding balik dengan diri aku, aku rasa result aku mesti lagi baik dari mereka. Itu yang aku harapkan.

Tapi itu tak terjadi. Result aku lebih teruk daripada mereka yang ponteng. Result aku yang latest ni menceritakan segala-galanya. Paling rendah daripada semua. Aku paling bawah. Apa lagi nak cakap?

Bila down tu, kadang-kadang syaitan pun mula la nak cocok-cocok. Mula nak main peranan penting. Hasil hasutan syaitan tu, aku fikir macam ni. Aku dah la tak ponteng kuliah. Kenapa yang ponteng lagi banyak dari aku result diorang lagi bagus dari aku? Sampai satu tahap, aku pernah fikir yang tuhan ni tak adil. Serius. Bila usaha untuk mendapat keputusan bagus setiap sem hancur berkecai walaupun aku jarang ponteng, tambah lagi stadi sendiri setiap subjek. Rasa macam tak berbaloi. Usaha bagai nak rak, hasil cam hampas. Vice versa dengan orang lain yang ponteng. Usaha lite2, result lagi bagus dari aku. Sebab tu aku rasa tuhan ni tak adil.

Fikir-fikir semula. Tuhan itu maha adil. bahkan seadil-adilnya. Tiada yang lebih adil melainkan ALLAH. Aku muhasabah balik diri aku. Fikir dalam-dalam apa puncanya. Akhirnya aku menemuinya. Tak payah aku cerita puncanya. Yang penting aku cuba untuk overcome supaya sem ni result aku naik sedikit. Ini semua ujian dari ALLAH kepada hambaNYA. Ujian untuk melihat sejauh mana kebergantungan aku terhadapNYA bila ujian melanda.

Janganlah buruk sangka dengan ALLAH. Berdosa besar. Setiap musibah yang melanda diri, ada sebabnya. Semua pengalaman ni, aku ambil iktibar. Aku cuba buat perubahan dalam diri aku. Untuk mendapatkan keputusan exam yang bagus. Yang penting, jangan hilang kebergantungan terhadapNYA. Kerana DIA pencipta kita.

p/s: Tak ada orang yang suka jadi orang bodoh dalam dunia ni. Aku pun macam tu.
p/s/t: Teringin jugak buat status: 3.89. Alhamdulillah. :)

4 comments:

doyah said...

hukk. sedih. tacing. insap baca ni...

IQBAL ZARIN said...

adekah begitu tacink entri ni??

Faiz Tapit said...

tacing2... well ekebal, nsib kita lbey kurang jah...
nguuuu...

IQBAL ZARIN said...

ape boleh buat~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics