expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, February 15, 2011

Semua lelaki busuk!

Assalamualaikum...

Ini kisah separuh benar dan separuh tipu. Jom layan.

Adegan 1

Ini kisah semasa aku 1st year. Duduk di kolej yang sangat jauh dan hanya bas yang menghubungkan aku dan kolej. Lepas habis kuliah, aku berlari mengejar bas yang akan sampai bila-bila masa. Bila dah berlari, aku berpeluh. Rimas! Aku lap peluh dengan sapu tangan.


Bas dah sampai. Aku naik dulu. Eh, ada satu je seat kosong. Ada perempuan duduk kat tepi tingkap. Tak lawa mana pun. Berbelit-belit shawl. Aku duduk. Bas bergerak.

Bila aku nak pandang tingkap, aku perasan sesuatu. Minah ni tutup hidung dia dengan tangan dia. Aku pandang slack dan tak pandang tingkap dah lepas tu.

Tiba di satu hentian, minah ni bangun. Ingat nak turun. Rupanya dia duduk kat seat lain yang baru je kosong.

MySpace
Terlalu berbaukah aku ni?

But then...

ADA AKU KESAH?

Adegan 2

Masih lagi masa 1st year. Fresh lepas mandi. Terbaik dari ladang toilet. Pakai baju seluar siap-siap then terus ke bus stand untuk menunggu bas. Sebab aku benci berpeluh dalam keadaan yang tak kena, aku berjalan je. Waktu pun lambat lagi. 

Jumpa member sama-sama tunggu bas. Dia tegur aku. 

"Wangi bro. Jumpa awek ke?"
"Palehot. Nak pergi kuliah la. Haha~" aku balas.

Bila bas dah sampai, aku naik. Sekejap je da ada yang berdiri dalam bas. Bas bergerak.

Berhenti di satu hentian, kebetulan seat yang kosong hanyalah seat sebelah aku. Orang naik. Eh, minah shawl berbelit-belit tu lagi! Dia duduk sebelah aku. Dan...

HIDUNGNYA DITUTUP LAGI!!!

Bikin gua panas!!!

Aku sabun badan aku sampai berbuih, lepas tu guna deodorant dengan perfume nak kasi wangi, kau tutup hidung lagi ye???

Adegan 3

Masih ketika aku 1st year. Nak balik kolej. Naik bas, ada seat kosong. Aku duduk. 

Berhenti di perhentian seterusnya. Lagi sekali bertemu minah shawl berbelit-belit ni. Kali ni dia duduk di tempat lain sebab aku duduk dengan orang lain. Yes. Dia duduk sebelah lelaki lagi. Aku perhatikan dia. Duduk, dan naik tangan tutup hidung lagi. 

 Apa masalah hidung kau ha?

Next stop. Dia bangun dan cari tempat duduk lain. Kali ni sebelah perempuan. Aku perhati lagi kalau-kalau dia buat perangai yang sama. Tapi dia...

DUDUK DAN BACA BUKU JE??!!


EEEHHHH???!!!


********************************

Ini kisah benar yang berlaku terhadap aku tetapi jalan ceritanya diolah sedikit supaya seronok dibaca (perasan kejap. haha)

Perempuan macam ni pun ada kat bumi ni ye?
Lelaki kat muka bumi ni busuk sangat ke sampai nak buat diskriminasi macam tu?

~Sekarang jarang naik bas kecuali masa kelas korea sebab kelas jauh. Dan minah shawl berbelit-belit tu aku tak jumpa dah sampai sekarang~

6 comments:

effenddy said...

kuang aja tuh..huhu..kite bako jer!! ahhaha..spe setuju agkt tgn mcm akoo..hehee..

IQBAL ZARIN said...

kaki ngn tgn sekali aku agkt. haha

MSS said...

kasi ayat panas sikit bro...."jangan nak tutup mulut/hidung sangat, nanti mati dan mereput bau ko lagi busuk" =P

IQBAL ZARIN said...

kalau jumpa lagi sekali aku cakap. hehe

Fara Farhana ™ said...

agaknya dia kentut kot.tu pasal dia tutup hidung.

IQBAL ZARIN said...

dok sebelah aku, pastu kentut. baik gile perangai minah tu. ciss! hahaha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics