expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, June 23, 2011

Memori Kanak-Kanak: TV Pendidikan

Assalamualaikum.

Dulu masa kecik-kecik, aku suka tengok TV Pendidikan.

Logo TV Pendidikan
Bukan DIDIK IKAN lah!!! PENDIDIKAN!!

Sebab apa aku suka tengok? Sebab aku suka tengoklah. Bukan sebab kecik-kecik aku dah minat belajar. Haha...

Thursday, June 16, 2011

Duit jatuh ke riba

Assalamualaikum...

Pada satu petang yang hening... Sedang syok online, Ada SMS masuk.

+6285796871587
NOMBOR PHONE ANDA MENANG PROMOSI RM 13000 DARI POWER ROOT SDN BHD KL. NO SERI: 575477. SILA CALL OFFICE: +6281394285897

Dengan terujanya. Aku terus reply SMS tersebut:

KEPALA ANJING KAU! DASAR INDON! MASUK NEGARA ORANG BUAT SIAL PULAK!! CAM HARAM!!!

~Sebab selalu dapat mesej macam ni. Emo. Oh, itu nombor telefon Indonesia.~

Wednesday, June 15, 2011

Memori Kanak-Kanak: Ejek-mengejek

Assalamualaikum...

Hari ni Rabu. Wednesday. Err... Apa? WORDLESS WEDNESDAY? Hek mu!! Aku nak stori panjang-panjang. WORDY WEDNESDAY je boleh. Haha...

Sekian lama tak buat entri berkaitan Memori Kanak-Kanak. Kalau ada sesiapa yang nak baca entri terdahulu berkenaan memori kanak-kanak, sila ke link ini:

1) Link 1
2) Link 2
3) Link 3

Ini latest entri.

Masa kecik-kecik dulu, kita tak mengerti lagi yang kita memang takkan boleh puaskan hati semua orang. Adatlah mesti ada yang tak suka dan benci kita. Masa budak-budak dulu, bila kita tak disukai, kena ejeklah. Biasanya fizikal seseorang akan jadi modal mengejek. Biar aku sendiri jadi contoh. Aku tak reti main bola sepak, dan aku suka berkawan dengan perempuan. Maka lekatlah 6 tahun aku bersekolah rendah dengan panggilan PONDAN. Uols, mak jantan pulak noks! Motif panggil mak sotong? Mak down!

(T_T)

Oh. Kalau kau kaki bangku maka memang sesuailah kau dapat gelaran pondan tu. Itu kes di kampung aku.

Ini paling bodoh aku rasa. Ejek mengejek ni sampai melibatkan nama mak bapak. Haish. Sampai mak bapak sekali terlibat. Nak advance, datuk, nenek, sampai moyang. Kalau nama pelik, memang lagi sedap mengejek. Kurang ajar kan?

Kalau Basri, ejeknya BASIKAL, NASI BASI, BAS SERI BERA (nama bas ni wujud okay)

Kalau Maimun, ejeknya MON MON MENTIMUN

Kalau Mahali, ejeknya, MAHALNYA JAJAN NI!!!

Kurang ajar betul. Kalau difikirkan semula, memang biadap. Aku pun terlibat jugak. Haha...

Dah besar ni, aku tak tau pulak ejek mengejek budak-budak zaman sekarang macammana. Hurm... Tak baik. Jangan ejek-ejek. Cuba hidup harmoni sikit. Haih~ budak....

Tuesday, June 14, 2011

So-called gathering

Assalamualaikum...

Korang sayang bapak korang? Ni lah peluang nak tunjukkan kasih sayang korang. Sementara bapak korang masih ada di Bumi ni, ciptalah satu memori terindah korang bersama bapak korang. MAKLUMAT LANJUT DI SINI.

*********************

Cerita Sabtu lepas. Barulah hari ni nak buat entri berkenaannya. Haha...

Secara tak dirancang, kami, kebanyakkannya ahli-ahli kakiBLOGGER merancang untuk bertemu secara bersemuka di Times Square. Nak kata gathering blogger, hurm... aku tak suka nak kata ianya gathering. Sebab kami pun jumpa bukan atas dasar kami seorang blogger. Tapi member-member yang saja nak berjumpa, Lepas tension lah katakan. Haha...

Aku sampai paling awal. 10.30 pagi. Haih... bajet aku sudah terlewat. Haha... oleh sebab aku jarang ke Times Square, maka aku merayau mencuci mata. Dalam tengah hari sikit, baru muncul mereka yang berjanji temu ni. Maka aku bertemu dengan Melly dan Biha. Kami ke KFC memandangkan kami memang tak makan lagi. Kemudian, muncul Nina dan Qilot. Seketika kemudian, Chuck dan membernya pula sampai. Paling last sampai ialah Pija. Kami sekadar berjalan-jalan. Kaum perempuan shopping sakan. Aku pula membawa barang shopping mereka. LOL.

Macam biasa, let the gambar tell the cerita lah ye! :D

Saya sibuk. Banyak event kena hadir.

Assalamualaikum...

Sebelum tu, iklan.

1) X-Pac menawarkan plan baru. 28 sen untuk setiap 10 minit panggilan dan video call. Hah. Pe lagi. Borak sampai panas telinga tu. Maklumat lanjut, sila ke LINK INI.
2) Selain itu, kalau nak diskaun untuk melancong ke luar negara, boleh cek kat LINK INI JUGA.
3) Satu lagi. Suka makan M&M? Korang suka warna apa? Undilah warna kegemaran korang di LINK INI JUGA.

Sekian iklan hari ini. Terima kasih.

*************************

Pagi yang hening. Daud terjaga sebab terasa gegaran. Macam gempa bumi. Jadahnya? Lalu dia mandi seperti biasa dan terus membuka laptop usai dia mandi. Dia bukak blog dulu. 10 blog cerita pasal "Gegaran gempa bumi di Sumatera Utara". Lalu Daud memaki mereka lantaran mereka hanya mahu mengejar trafik dan SEO semata-mata. 

"Cilake!" Kata beliau dalam hati tetapi terkeluar juga dari mulutnya perkataan itu.

Daud bosan melihat situasi itu lalu dia bukak Facebook miliknya. Sementara loading sempat juga dia menggentel tahi hidungnya. Ya. dia sangat "pembersih". 

Mata ke atas, tangan ke dada.
Pembersih la sangat... =_=!

Daud melihat notification. Ada 12. Nampak famous. Lalu Daud klik untuk melihatnya. 

"Rahim Evans send you a request in Cityville"
"Gadis Gedik send you a request in Farmville"
etc...

Kecewa. Tapi ada 10 lagi notification. Daud teliti lagi. 

"Joyah Lembu menjemput anda ke acara "Tolong like gambar""
"Karim Rongak menjemput anda ke acara "Follow blog saya""
"Maimun Buntal menjemput anda ke acara "You follow I, I follow your blog""
etc...




Daud tension. Dah lah friend request langsung tak de. Lalu dia terminate akaun Facebooknya tanda protes.

P/S: Function event kat Facebook itu gunanya untuk sebarkan sebarang acara macam kenduri kahwin, program kolej, pertandingan, dll. Bukannya untuk suruh like gambar dan follow blog. SEDARLAH DIRI BLOG KAU BUKANNYA BAGUS MANAPUN NAK BUAT EVENT-EVENT SURUH ORANG FOLLOW PULAK. DESPERATE GILE. =_=!

Sunday, June 12, 2011

Pengemis ni menyemak je

Assalamualaikum...


Bila pandang pengemis, apa yang terlintas?

Kalau dulu, aku kesian kat mereka. Pernah dulu aku menangis nak mintak 20 sen kat mak aku sebab bak bagi kat mak cik duduk tepi jalan. Mulia tak aku masa kecik? Sila puji. Tak puji aku tempeleng. HAHAHA~

Sekarang?

Bila nampak je pengemis yang mintak sedekah ni, aku terus rasa nak marah. Aku terus serabut. Tapi bukanlah kat pengemis yang duduk tepi jalan. Tapi yang jenis datang tak diundang. Tiba-tiba je datang mintak sedekah. Menyemak.

Tengah sedap melantak megi goreng double + telur mata 2 bijik. Datang je orang buta dengan pemandunya menagih rezeki. Semak tol.

Pengemis sekarang pandai nak buat orang rasa serba salah. Dia pergi kat tempat-tempat dimana orang mampu keluarkan duit untuk kepentingan dirinya. Contohnya, mapley ataupun shopping complex. Diorang ni akan buat aku malu. Ye lah. Apa orang fikir nanti. Kau makan mampu pulak berpuluh ringgit berhabis. Sedekah dua tiga ringgit kedekut.

Bijak pengemis sekarang. Aku syak ada akademi pengemis la kat Malaysia ni.

Semalam, sewaktu aku kat Times Square, aku didatangi minah Cina dari persatuan anak-anak yatim mana tah. Mintak sedekah untuk beli kerusi malas. Satu kerusi malas RM35. Nak beli empat katanya. Aku tak faham apa dia bebel. aku pun cakaplah. Aku boleh bagi sekadar termampu je. Aku pun nak lah sedekah RM2. last last dia cakap:

ENCIK, MINIMUM DERMA RM10 SAHAJA. KAMI TAK TERIMA BAWAH DARI ITU...

Terus aku halau Cina tu. Kekwat sangat. Kira baik aku nak sedekah. Boleh pulak ade minimum maximum dalam bersedekah ye.

Aku cuma tak mahu duit aku terus terbazir ke sindiket-sindiket yang mempergunakan orang lain untuk kekayaan orang besar sindiket tu. Kalau sindiket-sindiket haram ni, memang aku hangin. Benci gila. Kalau jadi kat aku, memang haram setiap sen duit aku sedekah tu.

Tapi mereka memang suka makan duit haram kan? No wonderlah.

Aku bukannya tak berhati perut. Aku cuma tak nak duit aku sampai ke orang yang tak sepatutnya. Tu je. Mintak maaf banyak-banyak.

Manusia memang tak sempurna

Assalamualaikum...

Lumrah manusia. Memang selalu buat silap. Walaupun kesilapan tu amatlah bodoh, tak perlu kot nak menghukum macamlah kita ni sempurna sangat.



Kesian Daudsu. Hehe... buat masa ni, bersabar jelah ye. Hehe...

gambar diambil dari page FB "See More". (ye kot.)

~entri pendek~

Friday, June 10, 2011

99.99%

Assalamualaikum...

Nombor 99.99% ni nampak membahagiakan. Sangat bermakna untuk pelajar. Kalau exam korang dapat sebanyak itu, mesti korang dari kalangan yang bijak pandai kan?

Tapi ni bukan soal exam.

Korang selalu tak tengok iklan yang berbunyi macam ni:

Serbuk pencuci Cap Ikan Masin. Membunuh 99.99% bakteria...
Sabun badan Cap DSLR. Menghapuskan 99.99% kuman...
Pencuci lantai Cap Apek Baju Pagoda. Membasmi 99.99% kuman dan bakteria...


99.99% tu tahap keberkesanan produk diorang. Maknanya produk tu betul-betul berkesan la kan.

Tapi kenapa hanya 99.99% kuman je? Apa jadi dengan 0.01% yang tertinggal? Kalau bagus, kenapa tak cakap je produk tu berkasan membunuh 100% kuman?

Masa kecik-kecik dulu memang aku selalu tertanya-tanya. Ye lah. Kalau tetiba ada produk yang claim boleh bunuh 100% kuman dan bakteria, tak ke produk satu lagi tu nanti tak laku?

Dah besar sikit, persoalan itu terjawab. Tapi tak pastilah sama ada betul atau tak. Aku cerita apa yang aku dengar je la.

Ada orang cakap, ada badan-badan Islam menegur syarikat yang claim produk diorang 100% berkesan. Sebabnya hanya satu. Tiada ciptaan sesempurna ciptaan ALLAH. Produk ciptaan manusia ni memang sah-sah tak sempurna. Jadi dengan mengatakan produk mereka 100% berkesan ialah..... aku lupa. Nak kata syirik, itu menduakan ALLAH. Apa kaitan dengan produk? Hehe

So sebab itulah tak pernah ada produk yang 100% berhasil sebenarnya...

Korang pernah dengar ke apa yang aku cerita ni? Nak opinion~

Tuesday, June 7, 2011

Rejab, Syaaban, RAMADHAN!!!

Assalamualaikum.

Ye. Aku tahu lambat lagi nak puasa. Tapi aku ada sebab untuk tak sabar berpuasa. Pastinya puasa tahun ni berbeza dari puasa tahun sebelumnya.

Tahun ni PUASA PENUH DI RUMAH. Okay???

(sila celebrate please...)

Sangat-sangat tak sabar. Aku rindukan suasana berpuasa di rumah. Dah 8 tahun tak dapat puasa kat rumah. Start masa aku Form 1. Sedihnya masa pertama kali berbuka di sekolah. Faham-fahamlah masakan dining hall. Tak sama macam mak masak kat rumah. Sabar je lah.

Aku mengharunginya selama tahun. Sedar tak sedar la jugak. Dah tua rupanya aku. :P

Dan tahun 2011, aku akhirnya dapat berpuasa di rumah. Oh syurganya..... :D

Well, setiap perkara kat dunia ni ada pros and cons. Jadi puasa di rumah juga ada pros and cons nya. Apa dia?

PROS
  1. Dapat makan masakan mak.
  2. Tak payah fikir duit yang makin kering.
  3. Tak perlu rasa letih terkejar-kejar kuliah semasa bulan puasa.
  4. Boleh tengok Jejak Rasul (siyes miss gile dokumentari ni)
CONS
  1. Tak dapat tarawih (sebab kena teman mak kat rumah... :P)
  2. Tak dapat pergi bazar ramadhan (Tak ada kat Felda aku. Kalau nak pergi jugak, kena ke Felda sebelah. Malas...)
  3. Tak dapat buka puasa dengan member.
Ahh... aku listkan aje. Apa aku kisah. Yang penting puasa kali ni sangat-sangat seronok. :D

Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar.

Okey. Sapa meluat, GET OUT!!! Bahahahahaha~

Menyampah bila masuk blog orang lepas tu...

Assalamualaikum...

Orang kata blogwalking itu penting. Aku pun buat la.

Orang kata tinggalkan jejak. Means kat shoutbox ke, komen ke, apa-apa je. Aku pun buat la.

Kalau ada entri menarik, aku terus nak komen.

Tapi entri yang best pun terus aku rasa sampah bila aku nak komen.

Sila lihat gambar di bawah:


Asal aku nak komen, tetiba nak suruh aku isi borang macamni. =_=!

Kejadah apakah ini? Blog yang sangat tak mesra pengunjung. This apps is shit!!! (Apps ke ni? Entah.)

Serupalah jugak macam orang nak datang beraya kat rumah kita tapi dia kena isi buku pelawat. Huh? Leceh kan?

Sebab tu kalau best manapun entri, kalau guna menatang alah di atas ni, aku cari butang merah tanda X kat atas kiri ni.

So people, menda ini sangat annoying bagi manusia yang sependapat dengan aku. Jangan gunakan ia jika korang nak mereka tinggalkan jejak di blog korang. Okey?

~tengah hepi tapi tetap nak emo~

Monday, June 6, 2011

Seth Tan

Assalamualaikum...

Pengejar trafik akan buat entri pasal Gambit dengan video lucah lite2 beliau dan sikap kurang ajarnya. Aku tak berminat nak buat entri pasal itu sebab ramai sangat buat. Jadi jom beralih pada topik lain.

Seth Tan. Macam SETAN pun ada bunyinya. Cubalah pilih nama elok sikit.

Oh, apa peduli kalau pemilik nama itu kachak kan. SETAN pun boleh jadi BIDADARA... haha...

Nora Elena
Tu dia Seth Tan. Aaron Aziz pemain peranan itu. Patutlah orang dok kecoh je. Besar betul fenomena dia. Sampai perempuan-perempuan gewdicks pun berangan nakkan lelaki seromantik Seth Tan. (Actually korang gilakan Aaron Aziz je)

Maka dialog ini akan terpacul dari mulut mereka yang gewdicks ini:
  1. Ala you ni. Tak Seth la macam ni...
  2. Bie, cuba awak teladani sifat romantik macam Seth...
  3. Awak, kalaulah awak ni sebaik Seth...
  4. Mak, cek nak kawen dengan laki macam Seth. Tak dak laki macam tu, cek rela jadi andartu...
So gewdicks. =_=!

Ni pendapat aku.

Pertamanya, watak Seth itu sangat tidak logik kalau nak diterjemahkan ke alam realiti. Sebab rasanya lelaki zaman sekarang nak romantik-romantik ni dia tak guna dah cara oldschool macam Seth ni buat. Ada ke zaman sekarang orang nak cakap macam ni?:

Seth Tan: Awak. Ada pelangi kat luar ni.
Nora Elena: Tipulah awak ni. Saja je nak mainkan saya.
Seth Tan: Iye. Orang cakap tak nak percaya, 
Nora Elena: Mana?
Seth Tan: Nilah pelangi saya... (merujuk pada wajah Nora Elena)
Nora Elena: (blushing)

Hell no! Geli geleman aku. Haha...

Keduanya,

....
....
....
....

Aku tak tau. tetiba hilang idea. Haha...

Aku baru sekali tengok Nora Elena ni. Bagi aku, ia tak sehebat Adamaya. Walaupun dulu mereka yang gewdicks ini juga tergila-gilakan Adam itu, tapi aku tak lah geli geleman. Sebab skrip yang mereka tuturkan tu menyerupai cara percakapan kita. Tak puitis macam Nora Elena. Sori. Aku sangat geli dengan ayat-ayat drama kalau ia dipertuturkan di alam realiti.

Yes. Adamaya still the best. Nora Elena tak boleh lawan. Haha...

Sunday, June 5, 2011

Result exam

Assalamualaikum...

[Habis paper last semasa final exam]

B: Amacam soalan tadi?
A: Habislahh... aku blank gila jawab paper tadi. Menung setengah jam...
B: Erm... ye lah tu...

(Padahal B nampak A riang gembira menjawab soalan tadi)

[Keputusan akan dikeluarkan 3 hari lagi]

B: Result lagi 3 hari nak keluar ni. Risau pulak aku. Kau tak risau?
A: Gila kau tak risau. Habislah aku... Mesti drop result aku kali ni...
B: Erm... ye lah tu...

(Padahal A ni dean list 3 semester berturut-turut)

[Result dah keluar. A dean list lagi. B dapat surat amaran universiti]

A: Tak sangka weh... aku ingat jatuh lagi result aku ni. Alhamdulillah...
B: JATUH LAGI KATA KAU????!!!!!!

Sekiranya ada diantara korang yang sedang menunggu result, mesti faham apa aku cuba sampaikan ni.

*Luahan hati seorang pelajar yang tak pandai*

Thursday, June 2, 2011

Niat korang taip entri tu apa sebenarnya?

Assalamualaikum...

Berkaitan dengan entri semalam, aku taip entri tu memang sebab geram dan sakit hati. Kalau tengok label (aku panggil jenama) aku labelkan entri tu dalam kategori BENGANG. Yes. Bengang teramat-amat bengang. Sebab ada lagi budak bodoh macam dia ni. Cinta dia je yang dia fikir sedangkan umur 14 tu muda betul untuk bercinta. Apatah lagi beromen. Dan bodohnya bila mengaku yang dia tak de dara. Serius bengang dan sakit hati melihat kelakuan budak-budak tak matang macam ni.

Dan aku tak ada niat lain. Serius.

Aku cerita pasal isu tak ada dara ni dengan niat seorang blogger masa kini bila ada isu hangat yang terjadi di dunia internet ni.

Aku tanya sesiapa yang ada membaca entri aku ni. Bila korang pun sama-sama share kisah tak ada dara ni, apa yang bersarang di otak korang? Apa niat korang? Jawab dalam hati je. Ni soalan objektif. Aku sediakan pilihan jawapan.

A) Aku buat entri tu sebab aku pun sakit hati macam kau.
B) Aku buat entri tu sebab nak kasi kesedaran kat readers blog aku.
C) Aku buat entri tu sebab tu teknik nak up kan trafik blog aku la.

Mungkin korang akan jawab A atau B. Tapi boleh jadi niat korang sebenarnya ialah C. Kalau korang rasa C tu adalah niat sebenar korang, aku cadangkan baik korang delete entri tu.

And for me, blogger yang share apa sahaja isu-isu penting (contoh: tak ada dara, telur palsu, etc) semata-mata memikirkan trafik, ranking blog dan rating adalah BLOGGER PALING KEJI. KEJI.

Kenapa? Korang ni pandai bermuka-muka. Pum pang entri baik punya. Taruk segala hadis. Taruk segala petikan ayat Al-Quran. Kononnya nak bagi kesedaran. Esok lusa, buat entri "aku tak de dara keyword popular di blog aku".

Ada bau-bau mempergunakan agama semata-mata nak up kan trafik blog kau. Kan?

Sebab itu, kalau aku sendiri, tak kiralah hangat mana pun isu itu, kalau tetiba aku terasa niat aku lebih terarah kepada trafik blog semata-mata, aku tak akan buat entri blog. Aku akan buat kisah lain je.

Biar aku tanya lagi.
  1. Berapa ramai yang betul-betul simpati atas pemergian blogger Telordibasuh.com masa korang buat entri pasal arwah?
  2. Berapa ramai yang betul-betul concern pasal isu telur palsu masa korang buat entri tu?
  3. Berapa ramai yang betul-betul marah pasal iklan raya TV3 yang kontroversi tahun lepas bila korang buat entri tu?
Ada je isu hangat, terus nak buat entri sebab fikir segala bagai rating, kejar follower, duit nuffnang, heartbeat, dan sebagainya.

Sebab tu korang jadi bahan caci maki SARKASIS, Jadi bahan kutukan LENSAROSAK. Memang betul pun cakap diorang. Tipikal MELEIS. Sapa tah ajar korang berblogging semata-mata kerana itu.

Terpulanglah kalau korang nak marah aku ke. Aku hanya meluahkan perasaan je. Kalau nak ambil negatif apa yang aku taip ni, terserah. Kalau kau nak buat entri kutuk aku pun, terserah. (Bajet RETISSS sangat aku ni kan? Hahaha...)

~Pagi-pagi dah emo~

Wednesday, June 1, 2011

Masa aku Form 2

Assalamualaikum...

Korang tau tak? Masa aku 14 tahun yakni Form 2...
  1. Aku tak pernah pasang awek (Kau sekolah lelaki je semuanya)
  2. Aku tak pernah sentuh perempuan bukan muhrim
  3. Aku tak pernah ada Facebook
  4. My Precious Blog pun tak wujud lagi
  5. Aku tak tahu kondom tu apa
  6. Aku tak pernah hisap rokok
  7. Aku tak reti berfesyen Emo, Gothic, Punk, bla bla bla~ 
  8. Aku tak tahu melancap tu apa dan cara-cara melancap pun aku tak tahu
  9. Aku tak tahu apa tu threesome, foursome, fetish, bla bla bla~
Naif kan aku?

Korang tahu tak? Budak Form 2 sekarang...
  1. Dah pandai kapel-kapel
  2. Dah pandai pegang-pegang tangan dengan bukan muhrim
  3. Dah pandai main Facebook
  4. Dah ada blog sendiri (Tapi buat macam diari. Benda dalam kelambu pun heboh)
  5. Bukan setakat mengenal kondom. Malahan lubricant pun ada sekali. 
  6. Shisha pun dia hisap. Rokok apatah lagi.
  7. Bukan fesyen je. Menganut lagi fahaman emo segala bagai tu, 
  8. Melancap je tak puas. Kasi rodok dalam vagina gegurlz baru puas.
  9. Bukan setakat tahu apa tu threesome, foursome, fetish. Applikasi pun dibuatnya sekali tanda betul-betul faham maksud istilah tu.
Paling teruk, umur baru 14 tahun. DARA PUN DAH PECAH. Member aku 14 tahun lelaki selisih dengan dia pun bapak dia semacam da.


AKU TAK ADA DARA, AKU ADA MARUAH DIRI, AKU OKAY.

Abah kau. Tanya Pakcik Google apa maksud 'maruah diri'.

Sekian.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics