expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, June 15, 2011

Memori Kanak-Kanak: Ejek-mengejek

Assalamualaikum...

Hari ni Rabu. Wednesday. Err... Apa? WORDLESS WEDNESDAY? Hek mu!! Aku nak stori panjang-panjang. WORDY WEDNESDAY je boleh. Haha...

Sekian lama tak buat entri berkaitan Memori Kanak-Kanak. Kalau ada sesiapa yang nak baca entri terdahulu berkenaan memori kanak-kanak, sila ke link ini:

1) Link 1
2) Link 2
3) Link 3

Ini latest entri.

Masa kecik-kecik dulu, kita tak mengerti lagi yang kita memang takkan boleh puaskan hati semua orang. Adatlah mesti ada yang tak suka dan benci kita. Masa budak-budak dulu, bila kita tak disukai, kena ejeklah. Biasanya fizikal seseorang akan jadi modal mengejek. Biar aku sendiri jadi contoh. Aku tak reti main bola sepak, dan aku suka berkawan dengan perempuan. Maka lekatlah 6 tahun aku bersekolah rendah dengan panggilan PONDAN. Uols, mak jantan pulak noks! Motif panggil mak sotong? Mak down!

(T_T)

Oh. Kalau kau kaki bangku maka memang sesuailah kau dapat gelaran pondan tu. Itu kes di kampung aku.

Ini paling bodoh aku rasa. Ejek mengejek ni sampai melibatkan nama mak bapak. Haish. Sampai mak bapak sekali terlibat. Nak advance, datuk, nenek, sampai moyang. Kalau nama pelik, memang lagi sedap mengejek. Kurang ajar kan?

Kalau Basri, ejeknya BASIKAL, NASI BASI, BAS SERI BERA (nama bas ni wujud okay)

Kalau Maimun, ejeknya MON MON MENTIMUN

Kalau Mahali, ejeknya, MAHALNYA JAJAN NI!!!

Kurang ajar betul. Kalau difikirkan semula, memang biadap. Aku pun terlibat jugak. Haha...

Dah besar ni, aku tak tau pulak ejek mengejek budak-budak zaman sekarang macammana. Hurm... Tak baik. Jangan ejek-ejek. Cuba hidup harmoni sikit. Haih~ budak....

2 comments:

Unknown said...

Ali Capang
Subhan Cili
Irham-ster
hahahaha



memori...


oh ya! saya dari sini ^_^

IQBAL ZARIN said...

hahaha~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics