expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, November 8, 2010

Memori kanak-kanak: cuit duduk dan cuit buaya

Assalamualaikum..

Rabu ni last paper aku. Paper Insurans. Doakan aku berjaya menjawabnya dengan tenang. Lepas update ni nak stadi sikit.

*****************************

Zaman kanak-kanak memang best. Masa umur dah meningkat ni lah baru terasa keindahan zaman kanak-kanak. Saat tak mengenal assignment yang bertimbun-timbun, gred dan pointer yang terumbang ambing, dan pelbagai lagi. In short, budak kecik tak fikir banyak benda. Hehe~

Masa rehat di sekolah sangat berharga. Walaupun namanya rehat, tapi kejadahnya rehat kalau balik kelas termengah-mengah. Masa rehat digunakan oleh kebanyakkan kita semasa kecik untuk bermain. Seronok tak ingat.

 Indahnya zaman itu...

Salah satu permainan yang memberi keseronokan kepada aku waktu dulu ialah main cuit. As stated in my entry title la. Ada cuit duduk dan cuit buaya. Aku akan explain satu-satu. Sabo ye. Hehe~

Cuit duduk

Permainan ni sangat seronok pada masa aku kecik. Pada masa tu, kitorang main ikut batch. Budak sebaya la maksudnya. Permainan ni best bila ramai yang main. 10 orang ke atas lah biasanya. Sebelum main, pengundian dilakukan. misalnya kalau ada 10 orang, salah seorang akan petik sikit ujung daun dan sorokkan di bawah jari. Jari kita ada 10 kan? So let say daun tu ada kat jari fuck hantu. Siapa yang pilih jari bertuah tu, maka dia lah yang jadi. We say 'jadi' untuk org yang kena kejar semua yang terlibat.

Untuk mengelakkan diri daripada 'jadi', maka sebelum dicuit, yang dikejar kena duduk sebelum dicuit. Kalau dicuit sebelum sempat duduk, maka dia lah yang 'jadi'. 

Kena duduk macam budak ni.

Tapi setelah duduk, kalau nak bangun, mereka harus dicuit oleh orang yang belum duduk. Barulah boleh bangun. Andai rules ni dilanggar, hukuman gantung sampai mati dia pulak yang akan 'jadi'. So this games flows like that. Seronok la. 

Kalau misal kata korang nak ke tandas atau nak beli jajan kat kantin, tapi waktu tu korang dalam posisi duduk. So jerit saja "COP! NAK PERGI TANDAS!". Maka korang terlepas dari dikenakan hukuman 'jadi'.

Cuit Buaya

Jom main dengan saya!

Satu lagi versi cuit yang kami main. Tak banyak beza dengan cuit duduk. Pengundian tetap sama. Cuma kali ni yang tak 'jadi' harus mencari tempat yang tinggi sikit dari tanah tempat bermain untuk mengelakkan diri dari di'ngap' orang yang jadi. Dan tak perlu orang lain cuit anda kalau nak turun dari tempat anda berpijak. 

Tapi aku rasa cuit duduk lagi best. Hehehe~

Memori paling best bila biasanya dalam 10 minit waktu rehat nak berakhir, yang tak 'jadi' sepakat untuk membiarkan orang yang 'jadi' ni terus mengejar dan mengejar. Dan apabila dia terus 'jadi' sampai habis rehat, sesi ejek mengejek berlaku. The favourite rhyme tu teased that person is:

"NGIT NGIT BUDAK LENGIT!"

Lengit tu maknanya budak yang keletihan. Ejek-mengejek ni berlaku sampailah kekadang yang 'jadi' tu rasa marah. Memang tu tujuannya. Hehe~ maka sebentar lagi akan ada lah sesi pergaduhan pulak. Biasalah budak kecik. Asal sakit hati nak gaduh. Hehe~

Tapi esok main balik. Macam tak ada apa-apa berlaku. Budak kecik tak banyak simpan dendam. Rasanyalah.

Ok. Cukup masa untuk mengimbau memori lama. Nanti aku cerita lagi. Sebelum tu, korang pun pernah main kan games ni?

~homesick~

5 comments:

Ajie Mohd Tahir said...

selalu main prmainn tu tp tak tahu nme l.juz gne mainan 'jadi-jadi' je.haha..zmn kecik2 mmg best.
takdak mslh nk dpikir.hmm

zacky ~786~ said...

terkenang daku seketika.. :)

IQBAL ZARIN said...

ajie: lain tempat lain namanya kan? :D

zacky: dah besar ni memang terkenang selalu apa kita buat waktu kecik2...

Faiz Tapit said...

comel lah gamba tu... hahah

IQBAL ZARIN said...

pandai kan aku pilih? hehe

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics