expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, November 10, 2010

Memori kanak-kanak: RMT dan Susu Coklat

Assalamualaikum~

Baru je habis final paper aku tadi. Tapi semuanya tembak. Aku harap ada yang mengena. Adeh.. Sekarang tempoh masa untuk sakit dada berdebar menunggu keputusan yang amat teruk sem ni. Entah-entah mimpi hari tu jadi kenyataan. Tak mau!!!

MySpace
Serius aku cuak~



*****************************

RMT tu apa? Singkatan bagi Rancangan Makanan Tambahan. Kalau ikut definisi kepala hotak aku, mende ni kasi makanan free kat budak yang layak menerimanya. Nanti masa rehat ada kupon diberikan dan kanak-kanak terpilih (Digimon?) kasi kupon tu kat makcik kantin. Dapatlah makan free.

Kamilah yang dapat RMT~

Makanan yang diorang dapat tu rasanya mewah sikit dari yang terjual. So yang tak dapat ni jeleslah. Termasuk aku. Jeles sampai sekarang.

Susu coklat. Hurm~ Juga budak RMT yang dapat. So as a conclusion lah, aku tak pernah dapat kedua-dua kenikmatan ini. Jeles. Sebab rasanya aku lagi layak.

Bukan apa. Mungkin rezeki diorang so aku taklah marah diorang. Cuma aku sangat tak suka cara pemilihan budak tu. Sebab pemilihan adalah berdasarkan ahli keluarga yang ramai di sekolah. Contohnya kalau ada adik beradik yang satu sekolah, so otomatik layak. Tak kisahlah pendapatan atau gaji mak bapak. Sebenarnya gaji peneroka FELDA semua sama je. Sebab tu pemilihan dibuat macam ni. (Padahal ko tak tau yang anak ramai tu makan kat rumah gile babs mewah dari orang yang adik beradik sikit macam aku. Huh~)

Kalau nak ikut sistem itu, memang takkan pernah aku dapat. Aku dengan kakak aku 2 orang semua gap umur sekata. Jarak 6 tahun. So pepandai la kira ya. Hehe~

Dulu masa kecik memang banyak tak puas hati. Sebab banyak sangat sistem 'pilih kasih' atau istilah dewasanya 'Double Standard' berlaku. Dimana anak cikgu lebih bertuah berbanding anak peneroka. Masa aku darjah berapa tah. Darjah 2 kot. UPSR punya ganjaran 5A masa tu ialah basikal sebijik.Tergantung je depan pejabat sebagai motivasi. Masa tu memang ada anak cikgu. Tapi sampai aku Darjah 6, tak de hadiah. Sebab tak de anak cikgu. Huhu~ Mengapakah~

Sedih hati... Sedih sekali...

Tapi tak mengapa. Masa kecik tak ambik kisah sangat even marah pun. Sabar tu sebahagian daripada iman. Sebab bila naik Tingkatan 1, aku pulak yang dapat segala kemudahan itu. Dalam surat tawaran masuk SDAR tu siap kasi lagi surat mengatakan aku dalam pelajar Projek Khas. Apakah projek tu aku pun tak tahu. Hehe~ Ada jugak merasa dapat baju raya free, uniform sekolah free 2 pasang, makan free, dan juga pergi kem yang bertempat di resort. So berbaloi kot. Hehe~

Err~ selagi termampu nak imbau memori kanak-kanak ni, aku akan buat entri pasalnya. So jangan bosan ye pembaca-pembaca sekalian. Sekarang ni mood homesick. Hehe~

Next entry: Orang jual buku

~Doa dan tawakal untuk result final aku~

17 comments:

Faiz Tapit said...

Aku x dpt gak RMT tp aku bntai jugak mknan tu...
warwarwar

IQBAL ZARIN said...

haha... makcik kantin aku garang kot~

ukiesagie said...

yeaaayyyy..
saya dapat!!!
sedap ooo, ari2 dpat susu coklat..
:)

IQBAL ZARIN said...

jeleslah~

ukiesagie said...

lorh, iqbal..
bende dah lepas kot..
jeles2 pon bukan nye dpat..
agypon, lau nak beli skrg nie pon, boleh jaaa..
:)

IQBAL ZARIN said...

benda free tu lagi sedap dari dibeli. lol

zacky ~786~ said...

hehe.~ RMT..!! teringat gak aku ...
aku dpt masa darjah 5.. pstu darjah tak dapat lak.. tp aku redah jerr mkn... sbb ada budak y dpt xmkn... drpd mmbzir baik msok mulut.. :)

SiR FaiZaL SiR-raBut said...

aku dapat RMT!!!!! ahahahhaa~~~ aku ketua RMT pulak mase dajah 6.. vogue x?? ko tuh dah kaye hanjeng! moyep nak RMT?? lain la mek nieh~

IQBAL ZARIN said...

zacky: da dapat x mau makan pulak kan? x syukur lgsg. haha~

pija: matilah kaya~ sederhana jah~

J.E.F.R.I said...

aku xdpt rmt. tp time rehat nak habes slalu duk dekat2 ngan kwsn rmt sbb ade mknn xhabes, ckgu yg jaga slalu bg kat aku n kwn aku yg setia menunggu. hoho. hina sungguh jika difikirkan kembali...=_=

*eh, ko pegi kem? form3 dusun eko resort ngan form 5 duta village resort kah? sdar tu ape?

IQBAL ZARIN said...

haha~ demi sesuap makanan...

*oit... kkem aku pegi waktu form 2 ngn form 4 je. SDAR tu sekolah aku. lol

Rozuan Ismail said...

teringat RMT..air kotak free..kadang2 dapat dah bau masam..hampeh tol..

IQBAL ZARIN said...

rozuan: sbb tu dah takde. tapi nak buat semula dgr kate. projek susu satu malaysia~

J.E.F.R.I said...

-_-'

i meant that SDAR itu shortened from skul ape ek?

*eh, duk bera, area felda ke?mayam?lakum?

IQBAL ZARIN said...

SDAR tu sekolah dato' abdul razak. hehe

mayam la. camne ek terpacul keluar mayam tu? adekah sebab ydp PKAP tu org mayam? ehehehe

lemoc b0NgoK said...

kat sek0lah orang dulu..makcik kantin yang bawak balik kal0 tak abes..RMT jugak..rezeki makcik temah...
:(

IQBAL ZARIN said...

mesti makcik temah tu yang masak kan? sebab tu dia bawak balik. hehe

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics