expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, May 20, 2012

Ayam atau Telur dahulu?

Assalamualaikum...

Perdebatan yang bagi aku tak pernah habis.

Yang mana satu dahulu?
Ayam atau telur? Yang mana tercipta dahulu?

"Mestilah ayam. Sebab ayam yang menghasilkan telur."
"Tapi ayam berasal dari telur kan?"

Inilah premis yang selalu kita dengar.

Apa kata aku cadangkan idea ini.

Macam kita semua tahu, sejarah penciptaan manusia dimulai dengan ALLAH S.W.T mencipta manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S. Kemudian terciptanya Hawa dari rusuk kiri Nabi Adam. Setelah diturunkan ke Bumi akibat melanggar perintah ALLAH agar tidak memakan buah khuldi, mereka melahirkan anak mereka yang bernama Qabil dan Habil.

*Apa yang aku ingat macam ni ceritanya...*

Nampak tak kat situ? Maka apa yang aku nak sampaikan, kena ada pelahir dulu barulah makhluk itu berkembang. Jadi ikut logiknya, ayamlah yang terlebih dahulu tercipta.

Kenapa bukan telur? Sebab telur perlukan haba panas untuk ia berkembang menjadi makhluk yang sempurna, yakni ayam. Kalau terciptanya telur dahulu, mana datang sumber haba itu? Matahari? Kalau tengah hari memang panas. Tapi siang hari je lah. Sedangkan telur perlukan haba yang konsisten barulah isi telur tu mampu menjadi anak ayam. Ye dak?

Siapa setuju???

---------------------(bunyi cengkerik)-----------------------

Kbai.

3 comments:

Unknown said...

saya faham,tapi..(ragu2 balik)

Jefri said...

kan masa penciptaan Adam, Allah ajarkan perkara yang malaikat tak dapat jawab, macam bila Allah tanya apa tu, Adam jawab, burung, daun, awan, laut dan sebagainya. sedangkan malaikat tak tau thats why dorang akur manusia dicipta sebagai khalifah Allah kecuali satu-iblis.

teori aku, semua tu dah tercipta sendiri, siap pakej semua tu. ada ayam, burung, tanah, pokok, awan... proses macam mana? di luar pemikiran kita sebab ini adalah contoh paradoks.

paradoks punya jawapan selamat adalah, wallahualam, dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

dari teori sains, aku berpendapat, semua bermula dengan bakteria yang adapt dengan persekitaran dan seterusnya menghasilkan pelbagai spesies baru. semestinya ini adalah evolusi yang memakan banyak masa.

sekian. melaporkan,

Muhammad Izuan said...

saya suka makan telur.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics