expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, July 20, 2010

Aktuari juga bisa buat orang gila

Assalamualaikum...

Macam biasa, awal-awal sem ni banyak je masalah yang menimpa aku. Currently, aku ada masalah dengan jam kredit aku. Aku kena ambik kursus Penyelidikan Operasi sem ni tapi jam kredit aku tak cukup 1. (akibat pointer yang sangat sangat low. Padan muka) Pening aku. Jadi aku pergi jumpa mentor aku pagi tadi untuk merujuk masalah aku ini. tapi lain pulak yang aku dapat. Sesi kaunseling pulak yang aku dapat. Katanya, dengan pointer aku sebegitu, jangan ambik. Nanti aku sangkut, susah. Kena extend pulak nanti.

Okay. Enuff with my dilemma. Yang nak diceritakan ialah kisah salah seorang student mentor aku yang juga pernah ambil kos aktuari suatu ketika dahulu. Dia ceritakan kepada aku bagaimana dia ni boleh jadi gila akibat perbuatannya "mencari diri yang telah hilang". Ngehhh?????

Aku tak tau apa yang terjadi. Sama ada pointer dia begitu teruk atau ada masalah lain yang berlaku pada dia. Tapi dalam proses mencari diri yang hilang tu, dia bereksperimentasi dengan hukum-hukum ALLAH. Dia cuba untuk mengingkari segala perintahNya yang wajib untuk menemui sebab dan akibat dia meninggalkan hukum ALLAH. Dia tinggal sembahyang, tinggal puasa, tak baca Quran, dan sebagainya. Tak tau la sama ada makan babi dan minum arak juga termasuk. Aku harapkan tidaklah. Perkara itu berlanjutan selama satu semester. Tak datang kuliah langsung.Pergi mencari diri yang hilang sampai dirinya juga hilang, tak muncul-muncul dalam kuliah.

Akhirnya, dia menjumpai jua dirinya yang hilang tu. Dirinya yang gila. Itulah dirinya yang hilang itu. End up menjadi orang yang tak waras.

Tak sangka kos aku ni juga boleh buat orang jadi gila...

Aku macam baru bangun tidur lepas dikaunseling secara free itu. Ditambah lagi dengan cerita itu. Huhuhu...

Serius aku nak naikkan pointer sem ni. Banyak efek kalau aku terusan sebegini. Kena buktikan kat diorang semua yang aku boleh buat sem ni. I need a change and i can do it!!!

~kos medic dan engineer buat orang gila aku tak heran langsung~

2 comments:

mInYe said...

aku rase kan, ape2 yg berkaitan ngan maths bley wat org jd giler.. ahahah

Rozuan Ismail said...

x de kos yg senang..even sastera..klu dh malas belajar,ambk kos pape pon same je kot..mmg result down la kan..jgn bg alasan k!!

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics