expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, July 30, 2010

Kalau sayang, tinggal-tinggalkan

Assalamualaikum...

Tak taulah tajuk aku tu ada kena mengena dengan apa yang aku nak taip ni tapi kalau sudi, sila membacanya sampai habis.

Mulanya macam risau akan bahana yang aku dapat jika aku ceritakan. Dah la dalam blog pulak tu. Tapi aku tak peduli. Nanti makin disimpan makin makan hati. Mau sewel aku. Mujur juga bukan berkaitan dengan isu-isu politik atau kaum. Haha...

Mari mulakan ceritera ini...

Masa aku di tahun pertama pengajian aku di UKM ni, aku join debat bahasa melayu. Sebab dulu tiada peluang untuk terlibat lebih awal. Dan dulu juga aku memang selalu join pertandingan yang melibatkan cakap-cakap ni. Masa sekolah rendah la. Terhenti di sekolah menengah akibat sudah ramai orang yang lebih handal dari aku. Jadi biarkan mereka mengharumkan nama sekolah aku. Support dari belakang. Oleh kerana aku nampak ada peluang di UKM ni, dan orang yang tiada latar belakang sebagai seorang pendebat juga boleh sertai, maka aku fikir, why not aku cuba. Lagipun masa orientasi, aku mewakili kolej untuk pertandingan debat piala naib canselor. Maka aku pun join.

Sepanjang setahun aku melibatkan diri, banyak suka duka yang aku dah lalui. Dan sampai satu tahap, aku terpaksa membuat keputusan untuk keluar dan tidak terlibat langsung dengan dunia debat. Rasa sayang pula tapi akibat beberapa sebab, maka aku putuskan untuk keluar sahaja.

Mengapa aku rasa sayang nak keluar? (ini pinjam format entry Zhyne Seven. pinjam yee~)

  • Rugi untuk menimba pengalaman sebagai pendebat
Aku sedang cuba untuk develope diri aku untuk menjadi pendebat yang boleh mewakili
UKM suatu hari nanti. Berangan nampaknya. Tapi itu yang aku cuba dan aku azam untuk
berubah ketika aku berada di tahun kedua pengajian aku. Nampaknya hajat itu tak akan
tercapai...
  • Suasana 1 keluarga yang mendamaikan
Dalam debat itu, ahlinya seperti 1 keluarga. Sentiasa ambil berat dan melakukan aktiviti
bersama-sama. Ikatan tu bagaikan sangat rapat. Almaklumlah mak jauh kat rumah. Jadi
seronok jugalah bila dapat gather bersama. Bagaikan tak datang latihan pada malam hari,
macam tak lengkap hidup ni.

  • Dapat berkenalan dengan pendebat lain dan melihat pertandingan debat
Kenal-kenal orang ni memang seronok walaupun aku tak de lah peramah sangat. Tapi
dapat kenal dari jauh pun dah memadai. Juga mengenali latar mereka sebagai pendebat,
hebat ke tak, baru boleh develope semangat tu. Dan aku suka tengok debat sejak dari dulu
lagi.

Rasanya itu sahaja sebab aku sayang nak tinggalkan dunia debat. tapi aku harus mengalah dengan beberapa faktor yang menyebabkan aku harus berambus dari debat. Kalau point atas tu sekadar utk play safe, point dibawah ni ialah risiko.

Jadi, apa sebabnya?

  • Halangan dari keluarga
Menyertai debat sama seperti menyertai askar untuk analoginya. Kena rela berkorban cuti
sem kerana setiap cuti sem memang tak boleh cuti lama-lama. Ada sahaja tournament
yang berlangsung. Jadi aku terpaksa bertahan dimarahi mak aku yang asyik tanya kenapa
tak boleh cuti. Plus, kakak-kakak aku pula menentang penglibatan aku dalam debat
kerana banyak unsur-unsur yang tak baik (straight forward: songsang) dalam ahli debat
tu. Dan kakak aku pula memang masak dengan hal ini kerana dia juga graduan universiti.
Jadi memanglah dia tahu.

  • Senioriti yang melampau
Tidaklah semua mengamalkannya. Sebab macam aku taip kat atas tu, kami bagaikan 1
family. Senioriti harus ada sekadar untuk mengingatkan yang muda supaya hormat yang
lebih senior. Namun ada seseorang yang merasakan kami (baca: batch) ni naik lemak
sangat. Manja. Tak tau lah. Bukannya tak kami respek. Entahlah. Mati ayat.

  • Teguran yang melampaui batas
  • Warkah menyakitkan hati yang aku terima masa cuti
Aku golongkan 2 poin ini dalam satu cerita. Alkisahnya, Ketika aku selesai solat maghrib
di rumah dan baru start nak masak, ada sms masuk meminta aku cek inbox mesej di
Facebook. Sebab rumah aku mana ada internet. Jadi aku cek esok je. Esoknya, bukak
Facebook, baca. Mak aih... panjang bona eh. Go through, okay. Ini ialah hanjengan. tak pe.
Baca lagi. Sentap. Sumpah sentap. Apa ni? ribut taufan tsunami tak beri amaran, tiba-tiba
kena macam tu. seriously, WHAT THE FUCK??? (oh... ku tak censored... sengaja) I mean,
nak tegur tu beradab sikit la. Jangan ingat sebab dah senior maka junior ni macam kain
buruk nak lanyak-lanyak macam tu je. Walaupun banyak teguran (baca: hanjengan) yang
ada juga benarnya tapi yang tak patut disebutkan juga terpacul. Mapley pon nak jadikan
isu ke? Orang tu minat karaoke ko nak naikkan jadi pertikaian? Tu la. sebab sudah
bergelar SENIOR, maka kami yang JUNIOR ni macam kena telan semua teguran yang
tak berasas tu. Sebab tak pernah nak respek do's and dont's yang orang lain ada. Dan
paling aku rasa macam nak mengamuk satu felda aku pada hari tu ialah satu perenggan
yang khas untuk aku. Sebab mak aku marah, maka aku tak boleh la nak join aktiviti debat
masa cuti semester lepas. Aku dah explain kat senior masalah aku ni. Mereka faham.
Namun seorang ni, haih... aku tak tau la nak cakap apa dah. Lain kali tanya la sebab aku
tak dapat stay. Bukan buat serangan melulu. Ye la. Nampak aku online saban hari, siap aku
upload picture aku pergi bercuti kat Bukit Tinggi dan I-City, dalam masa mereka pula get
ready utk tournament segala bagai. Ingat aku dok senang lenang tak buat kerja. Aku nak
balik awal pun sebab aku rasa nak buat kerja yang dah dipertanggungjawabkan oleh aku.
Itu pun mak aku tak tau. Apa dia taip? Tak perlu aku nak kopipes kat sini. Rumusannya,
dia nak terangkan kat aku, aku ni penyibuk, gila nak orang raikan aku masa aku
balik,
lepas tu nak buat aku hanya sebagai tempai orang melepaskan
kemarahan.
BITCH YOU!!! Kannn..... sebab kau SENIOR maka kau pandang JUNIOR
macam aku ni tak de maruah kan. Macam cacai. Hilang semangat aku nak tolong diorang
buat kerja lantas aku batalkan niat aku nak balik awal. Lantaklah. Buat apa aku kerja
dengan orang yang hanya fikirkan kepentingan diri dan menafikan hak orang lain.

  • Keghairahan untuk berdebat sudah lenyap
Oleh sebab hanjengan itu jugalah, lenyap sudah passion aku. Oh, dalam hanjengan tu jugak,
katanya kalau ada yang nak quit sebab hanjengan tu, maka terbukti yang sebenarnya kami
semua memang x de passion dalam berdebat. Hello, aku jawab senang je. Sila letak
kesalahan itu pada mulut hanjeng kau. Niat mungkin baik. Nak kasi orang sedar. Namun
ingat ye. Sebab mulut hanjeng kau tu lah yang membunuh minat kebanyakan antara kami
dalam debat.

Ada banyak lagi kot. Tapi itu sahaja yang aku rasa aku ingat.

Merapu dan membebel. Sori kepada sesiapa yang membaca. Sebab aku kena luah dan takat nak taip dalam word memang tak memuaskan hati. Biar aku taip dalam blog. Senang.

Konklusinya, begitulah ceritanya. Actually, aku baru perasan yang sebenarnya masalah aku ni berlegar dengan masalah yang berpunca dari orang yang sangat-sangat aku respek dahulu kerana kehebatannya dalam perdebatan. Namun maaflah. Kerana anda sendiri yang sudah mula munculkan belang anda, saya minta maaf sebab tiada lagi hormat untuk anda. Minta maaf.

~dah baca, diam. Jangan nak serang aku di dunia realiti lepas ni. Aku tak redha~

1 comment:

Rozuan Ismail said...

mcm nak p jecahkan je segala rahsia debat UKM..silakan..aku ingin mendengarnya!!

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics