expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, July 18, 2010

Earn A Respect

Assalamualaikum...

Dari kecik kita diajar untuk hormat dengan sesiapa sahaja. Paling penting, ibu bapa dan keluarga kita yang harus kita hormati. Betul kan???

Bila dah dewasa, kita akan ada satu keinginan untuk meminta agar diri kita dihormati juga. Penat juga asyik nak hormat orang je. Bila pulak kita nak dihormati? Cuma kita kadang-kadang tak tahu bagaimana nak mendapatkan penghormatan daripada orang. Atau ada juga yang saja tak mahu tahu dan mahu orang lain hormat dia jugak tak kira apa pun yang berlaku. Tak patut...

Perlu ke nak explain simple rule ni?:

KALAU NAK ORANG HORMAT KITA, KITA HORMAT DULU ORANG LAIN

Or dalam kebanyakkan versi, diri sendiri juga yang perlu dihormati dulu. Tapi bagi aku, menghormati orang lain adalah sangat-sangat penting. Selain daripada menghormati ALLAH yang wajib untuk kita laksanakan, yang ini juga harus dititik beratkan.

Memang senang je nak hormat orang. Tapi ego yang menghalang kita sebenarnya. Contohnya, kita sudah berjawatan besar dalam sesebuah syarikat. Maka nak atau tak orang bawahan kita mesti hormatkan kita. ego kita sebagai orang berjawatan tinggi telah menyebabkan kita jadi seseorang yang tidak elok perangainya. Macammana orang bawahan nak hormat kita?

Hormat itu tidak akan datang pada kita jika kita tak tahu nak hormat orang. Janganlah selfish sangat. Nanti jadi bahan kejian dan umpatan orang pulak. Memanglah dapat pahala free. Tapi sanggup ke diperburukkan di belakang kita?

Seseorang itu aku lihat telah berjaya mencapai tahap penghormatan jika orang berkata baik tentangnya mahu didepan atau dibelakang. Seronok kan macam tu?

Sebab dah selalu melihat situasi orang besar tak pernah nak belajar hormat orang bawahannya lah sebab aku menaip entri ini. Menyampah dan sakit hati.

1 comment:

PersatuanMahasiswaFSSK said...

Yes iqbal. Its the age of ignorance. But when everyone starts to behave disrespectful, the world will no longer be wonderful. So therefore, remain who you are, if you think respecting others is who your are, then do so. Do not let others change you for how they behave. ;)

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics