expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, July 25, 2010

Tiada sesalan

Assalamualaikum...

Sudah masuk minggu ketiga semester 1 sesi 2010/2011 di UKM. Semua tahu aku sudah berpindah kolej kediaman. Alhamdulillah, selesa aku berada disini.


Kolej Dato Onn, kolej kediaman baru aku

Dapat pulak bilik solo... tenang sikit hidup aku. Berbanding dulu. Ergh... tutup kisah lama. Biarkan.

Dari dulu aku tau KDO ni memang femes dengan announcement yang terlalu kerap. Kekadang annoying pun ada bagi sesetengah pihak. Pencemaran bunyi katanya. Sampai tertubuhnya 1 page di Facebook berkaitan pengumuman yang teramat kerap ini.


Klik kalau nak besar. Abaikan kumpulan korea itu. Haha...


Hambek ko. Gitu tahap annoyingnya walaupun just for fun katanya... haha...

Aku, secara jujurnya memang ada sikit rasa menyampah bila hari-hari ada pengumuman sampaikan yang tak penting pun nak buat pengumuman jugak. Tapi aku tiada sebab untuk membenci kolej ini hanya kerana aku annoying dengan bunyi pengumuman itu. Kerana kebaikan yang aku dapat mengatasi satu keburukan ini iaitu:

  1. Aku hanya jalan kaki ke kuliah. Tak perlu tergopoh gapah naik bas. (juga leh excercise pagi-pagi. Hehe...)
  2. Bilik aku sekarang ni luas. Fasiliti juga amat baik. Contohnya, loker baju yang luas dan besar, katil yang selesa, dan juga meja stadi yang kukuh. Tak macam bilik dulu. Sila negatifkan contoh-contoh itu jika mahu tahu keadaan bilik aku dulu.
  3. Yuran yang lebih murah berbanding dahulu. Sesuai untuk aku yang kurang mampu.
  4. Kosmate aku ramai disini. Berbanding dahulu, aku hanya lone ranger.
  5. Dekat juga dengan perpustakaan. Jalan kaki sahaja.
  6. Paling penting, makanan di kafe sentiasa ada sampai ke malam. Dan juga murah. Kafe juga ditutup agak lewat jadi kalau lapar tengah malam, tak perlu risau. Kalau kafe KDO tutup, kafe KTHO (kolej jiran) ada juga. Banyak pilihan.
Dan banyak lagi kebaikan yang aku peroleh tapi tak berapa nak ingat semuanya. Hehe...

Jadi, memang tidak patut aku nak bising-bising dan merungut sebab satu keburukan sedangkan aku dapat lebih banyak kebaikan. Lagipun, tiada yang sempurna di dunia ni tapi kalau banyak sangat ketidaksempurnaan tu menyemakkan otak! Haha...

Final word, aku suka di sini. Tiada sesalan. Harap-harap aku kekal di sini sampai aku habis graduasi. Amin~

~stadi2!!!~

2 comments:

Rozuan Ismail said...

amin..moga2 ko kekal kt ktho..papepon teringin sgt nk lawat bilik ko..ajak2lah ye nanti..jgn wat lupe plak..

IQBAL ZARIN said...

pintu sentiasa terbuka. meh la dtg. ehehe

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics