expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, October 4, 2010

Seksanya mendapatkan sekeping lesen

Assalamualaikum...

Start Ahad semalam aku terminate Facebook aku. Kali ke berape entah. Kononlah nak stadi untuk final exam.



Kena banned demi exam. Heheh~


Dulu pun pernah macam ni. Tak dan 2 3 hari. bukak balik. Ceh.

Tapi memang kena slow sikit bukak facebook. Sila lihat gambar di bawah:



Nightmare aku: jadual exam sem ni~

Dah la semua subjek hardcore. Mampos. So setadi jawabnye.

Tapi sempat lagi update. Hehe... Jp gi stadi la.

Ade gak yang merindui aku. Tertanya-tanya kenapa aku deactivate facebook. Itulah jawapannya. Nak stadi. Haha

Ok. Cukup merapu. Main topic.

Bila semua orang baya-baya aku ni sudah tau drive kereta. Aku pun jeles. Rasa nak bunuh je orang yang eksyen dengan aku. Maka sebelum SPM bermula aku dah plan nak belajar bawak kereta sekaligus mendapatkan lesen. Malangnya, perkara yang menggerunkan untuk setiap remaja 17 tahun akhirnya sampai jua kepada aku sekaligus ranap punah ranah plan aku. Babeng tol.


PLKN: igauan ngeri (untuk yang tak mau la)

Terus kena bahan dengan budak batch. Badigol tol. Haha... nak tak nak kenalah pergi jugak. Kalau tak kena masuk penjara. Dulu la. Sekarang ni kena buat khidmat masyarakat je hukumannya. Aku lagi rela buat khidmat masyarakat daripada pergi PLKN. Haha~ Tapi tak rugi pun. Best jugak.

*cari PLKN kat google bersepah gambar Diana Danielle. Luv u lah!

Dah habes 2 bulan setengah kat kem tu, dok melongo tak buat apa kat rumah. Ade la bermalam di Seremban sebab rindu kat kawan aku sorang ni. Haha~ Then dapat tawaran pergi Matrikulasi Pahang kat Gambang tu. Oh, lupa. Kem aku kat Penor. Dekat-dekat jugak dengan bandar Kuantan. So belajarlah bagai nak rak untuk setahun tu. Habis tempoh pengajian kat matrix, aku terus mulakan niat suci aku: ambik test kereta dan motor.

Bermula dengan pendaftaran yang kakak aku dah setelkan sementara aku kat rumah aku kat felda aku yang tercinta. Then, aku pergi lah ke Kuala lumpur sorang-sorang. Ok. Cuak. takut kena pukau ke, ragut ke, but then biasa je. Alhamdulillah. Lepas tu 1st day, ceramah lesen kereta. Omaigod~ bosan. Sumpah bosan. Macam dengar lecture fizik masa kat matrix. Apa lagi. ZZZZZ~ Dengan cuaca panas, berhabuk, completelah kalau aku nak demam aritu. Esoknya ceramah lagi. Motor pulak. Yang ni tak bosan. Ceramah dia best. Hehe~ Tapi tempat tu memanglah tak selesa. Dah lah surau tak de. Oh, aku lupa. Semuanya India dengan Cina. Tak de Malay yang kerja situ melainkan instructor. Dah lah sampai petang. Dush~

Siri ceramah tu termasuk dalam satu minggu paling memenatkan pernah aku alami. Kenapa? Lepas tu aku kena ambil computer test yang mana aku kena ambik 2 kali lepas fail untuk kali pertama. Tu hari Jumaat. Isnin pulak aku ada interview untuk course pendidikan yang aku mohon. So balik rumah hari Sabtu semata-mata nak ambik baju long sleeve aku dengan segala macam fail akademik aku, then esoknya balik KL semula. Tak sempat nak bermanja-manja dengan emak tersayang. Hehe~ Tenaga jantanku diperah sebanyak-banyaknya untuk itu. Nasib baik aku tak demam.

Ada rule baru dari JPJ katanya. Dah ambik test tu, kena tunggu sebulan baru boleh buat amali. ARGH!!!!! Sengal punya rule!!! Aku dah boleh dapat lesen dah kalau tak payah ikut rule tu. Balik Pahang semula dan dok melongo lagi. Cukup sebulan, UKM memanggil-manggil mintak aku belajar semula. Tangguh lagi. Hadoi~

Pendekkan cerita, habis tempoh setahun bergelar budak 1st year kat UKM, aku sambung balik.
Belajar segala-galanya. Paling menyeksakan ialah belajar bawak kereta. Orang baru 1st time pegang stereng kereta. Gelabah la. Haha~ Tak kesah. Tapi memang siksa. Belajar tengah panas. Sumpah rasa sangat azab pada masa tu. Ku gagahkan jugak. Lencunlah baju aku dengan peluh. Demm!

Hari penentuan. Aku test motor dengan kereta sekaligus. Motor aku pass. Masa aku tengah ditest tu, cun-cun aku siap, ada minah b*****t JPJ free hair dengan gaya tomboi marah aku. Katanya aku gerak sebelum dia kasi arahan. Badigol. Aku dah nampak dah lelaki sebelah tu kasi arahan. Aku pun tanpa berlengah terus berlakon ala-ala innocent. Haha~ dalam hati rasa nak seksa kau hidup2. Nasib baik pass.

Test kereta pulak. Demm lagi sekali. Fail kat bukit. Fail lah segala-galanya. Laju je mencarut. Bukan kat abang2 JPJ. Tapi kat diri sendiri. Huhu~ Bawak kat jalan lagilah. Moral dah down. Juga fail. Tensen. Aku kena lagi belajar tengah panas terik. Benci!!!

Retest minggu depan. Dah set dalam kepala. Mesti lulus. Esoknya nak balik pahang jugak. Dun care animore!! Segala ilmu aku muntahkan balik masa test kereta. Alhamdulillah aku pass kat bukit dan seterusnya. Juga di atas jalan juga aku lulus. Sebab kakak JPJ cun bertudung yang test aku. Sekali lagi berlakon ala2 innocent demi sekeping lesen.

Maka dengan ini aku mengishtiharkan....

AKU SUDAH LAYAK BAWAK KERETA DAN MOTOR ATAS JALAN SECARA HALAL!!



I got you!

Alhamdulillah. Puas hati. Ini memang journey aku yang paling memenatkan buat masa ni. lepas ni berangan nak kereta sebijik. Senang nak bergerak. Haha~

~lapar. duit tak de~

1 comment:

Unknown said...

congrats uols..i pon berdebar masa test kete..alhamdulillah..skali jah..lulos!!huhu

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics