expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, December 8, 2010

Berlagak

Assalamualaikum...

Tak de sesiapa di dunia ni yang suka dengan orang yang rasa dirinya superior dan hebat. Jenis manusia macam ni hanya tau merendah-rendahkan orang lain dan menyebabkan orang lain sakit hati. Yeah... aku juga tidak suka. Lainlah kalau mereka punya super power. Nak berlagak tu suka hati lah.

Mintak kat jin ni. Nanti dapat kopi free.

Kalau dalam blog ni, orang yang berlagak ni biasanya mereka akan buat satu entri yang mengutuk orang lain. Dan selama aku blogwalking ni, antara yang pernah aku jumpa macam ni. Diorang akan mengutuk habit yang selalu dibuat oleh blogger-blogger baru. Contohnya seperti mengajak orang lain follow blog dia, suka letak gajet bersepah-sepah, blogger baru yang cenderung kopipes entri blog lain, etc. Dan lepas tu mereka biasanya akan meletakkan diri mereka di tahap yang lebih tinggi kononnya dari orang lain dengan buat ayat seperti "Aku tak suka nak paksa-paksa orang follow aku. Macam melacur je", "Bagi aku orang macam ni gelabah sangat. Lek-lek dah la" dan bermacam-macam lagi.

Sesiapa yang terbaca, tipulah kalau tak terasa kan? Tambah-tambah lagi kalau korang memang buat habit-habit yang aku senaraikan tu. Hehe~

Camni lah. Kita kalau tak suka, enough. Manusia ada hak untuk buat apa yang mereka suka. Walaupun perkara itu menyakitkan dan merengsakan mata orang lain, selagi tak menyebabkan kita cirit birit, cerai berai, bunuh-bunuh, just do it. Kalau kita rasa enjoy untuk ajak orang lain follow blog kita, tak kiralah blog kita tu best atau tak pun, buat je lah. Kita memang tak mampu nak puaskan hati orang lain. Dan jangan pernah cuba untuk melakukannya. Kita bukannya menetap di Myanmar.

Dan kalau rasa habit-habit tu memang buat korang rengsa, tak payah nak buat entri mengutuk. Tak kiralah sama ada kita ni otai blogger ataupun blogger baru. Pergi luahkan kat tempat lain. Kalau ada blog private, taip kat situ. Seriously, tak perlulah buat satu entri semata-mata nak kata yang kita ni berada pada satu tahap yang tinggi berbanding orang lain.

Kita buat apa yang kita rasa kita suka. Kenapa orang lain pulak yang nak menyampah padahal kita tak pulak kacau hidup mereka. Kalau tak suka, tutup je blog yang buat habit tu. Senang.

"Iqbal, kau tak rasa kau pun buat perkara yang sama ke macam orang lain yang berlagak tu???"

YOU SHADAP!!!

6 comments:

syafeika edora said...

haha..btl2..

amar said...

ahhhaha
aku lagi suka kalau macam tuh
kelakkar
ye lar, aku baca blog nak release tension, gelak sorang sorang.

lemoc b0NgoK said...

kal0 diowang tak kutuk lam blog di0wang nak kutuk kat mane lg??haha..takkan wat bl0g private semata2 nak kutuk.. :)

meh habaq sket sape y mengutuk uh..?
:P

nabilah_2908 said...

cara si blogger tu salah...boleh je gunakan perkataan yg baik...yg lebih mesra...

tujuan utama adalah tuk menegur newbies tntg kesalahan yg mereka lakukan...tp dia lakukan dgn cara yg salah..

betul la tu..dia meletakkan dirinya di tempat lebih tinggi dr yg lain..dari situ timbulnya "berlagak"

sama2 la kita jadikan apa yg berlaku ni sebagai panduan..n jangan ulangi apa yg si blogger tu dh lakukan... ;)

salam kenal dari Nabilah..(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DIY BLOG TEMPLATE

IQBAL ZARIN said...

syafeika edora: btl3x..

amar: suka cmmana tuh? hehe

lemoc b0NgoK: kutuk mengutuk pastu nak berlagak hebat, tak perlu nak show off 1 dunia. hehe

nabilah_2908: tegur biar beradab kan? berlagak tak kemana pun~

lemoc b0NgoK said...

aku pon rase cam penah jumpe r blog cam uh..kutuk2 bl0g org tak bagus...aku tg0k blog die p0n takde la bagus sgt..blagak je lebih

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics