expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, December 23, 2010

Jodoh di TANGAN Allah??

Assalamualaikum..

Kalau kita suka tengok drama melayu, tak kiralah keluaran siapa pun, kebanyakkannya mesti terselit satu adegan dimana watak utama konon-kononnya akan bersedih atau kacau bilau bila tak dapat "pasangan-pojaan-hati-sampai-lubang-hidung-pun-nampak-cantik" mereka tu.

Walaupun berbulu lebat, kau tetap ku cintai...

Dan nanti akan ada watak penasihat. tak kisah la mak ke, member ke, atuk ke, asalkan boleh menenangkan watak utama yang berduka lara tu kan. (Drama melayu memang senang nak agak jalan ceritanya). Tak kiralah apa ayatnya asalkan watak utama tu konon-kononnya terus dapat semangat.

Tapi aku tertarik dengan sepotong ayat klise ni:

JODOH PERTEMUAN DITANGAN ALLAH...

Biasa je. Betul lah tu.

Tapi aku hairan bila arwah abah aku melenting dengar ayat ni. Salah katanya. Aku pun tanyalah kenapa. Jawapannya:

KAU PERNAH NAMPAK ALLAH ADA TANGAN?

Erk...

Masuk akal jugak abah aku ni. 

Ayat ni dah lama dah digunakan orang-orang sekeliling. Kita rasa macam ayat ni biasa je. Tapi bila abah aku bangkitkan persoalan ni, terfikir jugak.

Bila abah aku cakap macam tu, maka aku suka untuk buat sedikit pengolahan terhadap ayat tersebut. Ayat aku macam ni:

JODOH PERTEMUAN, ALLAH TENTUKAN

Kurang menimbulkan kontroversi. Hehe~

Pembaca blog aku, apa pendapat korang??

~ pendek je entri ni~

1 comment:

(✿◠‿◠) said...

owh...mmg patot ayh ko marah.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics