expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, December 25, 2010

Kerana Wanita

Assalamualaikum...

(Alamak... anak sedara aku kacau pulak. Pause kejap)

Demmit. Rosak laptop aku bukan nak ganti. Lantak kau menangis kat luar bilik aku tak dapat menjahanamkan laptop aku. Ahahaha...

*********************************

Sekarang ni aku kat rumah kakak aku kat Puchong. Aku balik semata-mata nak ambik extension aku yang tertinggal kat umah kakak aku. Lupa nak bawak.

Macam biasa, masa nak balik tu, macam-macam perkara yang berlaku. Start dengan aku naik komuter. Macam semua tau la kan, komuter tu ada koc perempuan. So secara logiknya, lelaki ada 2 koc dan perempuan ada 1 koc. Tu logiknya. Realitinya, perempuan dapat 3 koc ok??? Fine. tak kisah.

Sampai part yang aku rasa nak jerit...

FUCK OFF LA KAU!!!

Masa kat MidValley ke KL Sentral. Petang-petang. Biasalah kalau kau jadi sardin dalam train tu. Masa tu dah penuh gila. Aku dah dapat duduk sejak dari Bandar Tasik Selatan. Sampai kat Mid, WAW! Penuh gile. Kapasiti dah terlebih. Then, terdengar orang menjerit. Ingat kaki die tersepit kat gap train dengan platform.  

*Bagus jugak kalau tersepit. biar kau mampus

Rupa-rupanya sebab orang bertolak-tolak sampai dia tertolak sekali. Ooo... Padanlah kau marah. 

Eh, kejap. Yang menjerit tu perempuan. Pahal pulak kau masuk sini? Kata aku dalam hati. Nak buat kecoh pulak. Nasib baik kau bukan Melayu. Sebab kalau kau melayu memang lagi teruk aku maki kau. 

Dalam hati, rasanya pompuan tu baghal bin bodoh cucu noob anak perempuan keldai. Tolonglah. Kaum kau marah kalau kami naik koc kau. Siap halau kami lagi. Kenapa kau naik koc yang bukan untuk kau? Lepas tu kau nak maki orang lain dalam tu? Dah ada kemudahan, kau nak naik pulak koc lelaki (mana ada istilah koc lelaki) Nanti kau kena raba, kau salahkan laki jugak. Padahal kau tu bangang nak jugak masuk koc laki. 

Sampai kat KL Sentral. Aku turun berjalan nak tunggu bas. Nak ke rumah kakak aku kena naik Rapid KL nombor U60. Tunggu punya tunggu. Lama OK? Nama je RAPID. Ok. Dah sampai. Lagi sekali aku rasa...

FUCK OFF LA KAU!!!

Kenapa?

Sakit hati bila tengok apa yang terpapar kat LED bas tu:

U60 - BAS WANITA

Aduhh... aku da la letih tunggu. Nak cepat pulak tu. Sebab perut macam dah kasi sign rasa sakit. 

Bas pun dah ada pengasingan gender. Semuanya hanya untuk 1 tujuan. Mengelakkan jenayah seks. Bagus la tu. Tapi bagi aku sendiri amat menyusahkan. Lepas ni tak tau la kalau-kalau semua syarikat bas pun nak buat macam tu. 

Tolonglah. Tak semua lelaki ni gatal nak meraba perempuan lah. Nak buat diskriminasi gender buat apa? Kalau nak buat pun, make sure tak de orang yang susah. Kalau dulu perempuan yang rasa didiskriminasi, sekarang perempuan dah boleh buat apa yang lelaki buat. So dah sama taraf la. Sekarang macam nak up kan lagi perempuan pulak. ARGH!!!!

Lagi sekali aku ulang la. Tak semua lelaki yang naik bas atau train KTM tu jenis gatal nak raba bontot mongel kau wahai perempuan. Kau kena ingat. Sekarang lelaki pun kena raba. Kalau bukan wanita pun yang raba, golongan songsang dah bersepah dah kat Malaysia ni. Kalau tak, takkan ada video SAYA GAY SAYA OKAY kat Youtube. So korang patut rasa selamat. 

Dah la. Jangan buat onar. Kemudahan dah disediakan, gunalah sebaik mungkin. 

*Ni hanya untuk lepas geram sahaja. Dan aku tak menerima komen berunsur membela wanita. Dah namanya lepas geram. So jangan memandai nak ajar aku.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics