expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, January 7, 2012

Adaptasi Novel

Assalamualaikum...

Masa sekolah menengah dulu, wabak Novel Alaf 21 merebak luas dikalangan kami. Aku jugak berjangkit. Hasilnya, terkumpul 6 buah novel yang aku beli.

Novel Alaf 21 ni bagi aku terkenal sebab cover buku dia cantik. Omputeh cakap don't judge the book by its cover. Tapi untuk novel keluaran Alaf 21 ni, memang korang kena judge cover dia dengan kualiti novel tu. Memang mantap.

Salah satu kegemaran aku bila membaca novel ialah membayangkan seandainya novel yang aku baca diadaptasikan ke dalam drama atau filem. Dah terbayang jalan cerita yang sebijik macam novel ni dengan variasi pelakon yang mengikut kepala hotak aku sesuai dengan watak dalam novel tu.

OMBAK RINDU tu pun aku dah baca habis dan siap terbayang siapa yang sesuai bawa watak Hariz dan Izzah. Tapi aku lupalah siapa pelakon yang terbayang masa tu. Haha...


Tak ke cantik cover dia?

Sekarang dah tersiar dah pun filem OMBAK RINDU ni. Pelakonnya memang lainlah dengan apa yang aku bayangkan. Haha... Sambutan pun hangat. Dengar kata sekarang dah lebih RM11 juta. Oh, dah pun masuk Astro First.

Tapi aku sikit pun tak berminat nak tengok. Sebab bila dah terlalu overrated macam Nur Kasih dengan Merong Mahawangsa tu, aku jadi malas nak tengok.

Aku tak nak komen apa-apa tentang filem tu sebab aku tak pernah tengok dan tak akan tengok pun.

Lepas ni mungkin akan banyak lagi filem dan drama hasil adaptasi novel. Baguslah. Tak de lah asyik disodok dengan cerita nasi kandar, KOMTAR, nana mamu haprak apa jadah aih aku merepek nih!!!

Cuma bagi aku, ada sesetengah novel yang lebih baik dikekalkan dalam novel je. Mungkin jalan ceritanya baik di novel tetapi tak sebegitu bila difilemkan atau didramakan.

Tak sabar sebenarnya menunggu filem PECAH, adaptasi novel terkenal karya Khairulnizam Bakeri.


Baucer buku dah dapat ni, kena beli novel ni. Ehehe... Orang kata best.

4 comments:

Ateeka Amer said...

Aku ada Pecah. Aku ada hampir semua koleksi Buku Fixi.

Riyak tak? Heuheu

IQBAL ZARIN said...

dah tu x reti reti nak bagi pinjam? haha

Teenager Housemaid said...

err..
saya tatau pun yang buku pecah ini sememangnya wujud..
wahahaha...
*sangat kolot n ketinggalan zaman kan ?*
-_-'

IQBAL ZARIN said...

tu dah ada bukti tu. wujud la tu. haha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics