expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, January 17, 2012

Shopping Buku Di MPH Mid Valley

Assalamualaikum...

Memandangkan baucer buku itu akan luput pada bulan Mac 2012, maka aku berseorangan telah pergi ke Mid Valley untuk shopping buku. Secara tepat dan nyatanya, aku borong novel je tadi. Haha...

Ye lah. Pergi seorang diri. Aku kan foreveralone.jpg


Seronok jugak berseorangan. Tak terikat dengan masa orang lain. Tapi kalau pergi dengan kawan lagi best. Nak ajak Pak Cek Biola tapi dia nak saving duit katanya. So berseoranganlah aku. :P

Setelah menahan mata, tersengguk-sengguk dalam KTM, sampai jua aku di Mid Valley. Lama dah tak sampai. Terus aku ke MPH. Duit tak ada banyak so tak mau merepek nak makan KFC pulak. Lagipun tujuannya memang nak beli novel je pun.

Puas aku mencari novel yang aku nak. Dalam entri lepas aku ada cakap yang aku teringin nak beli novel "Pecah" karya Khairulnizam Bakeri.


Malangnya tak de kat rak yang melonggokkan novel-novel Fixi. Tanyalah akak kat kaunter pertanyaan. Sebab kat database, ada lagi 3 buah. Dah cari, lepas tu akak tu datang dan kata kat aku yang buku tu dah disimpan dalam stor. Sebab nanti MPH pindah ke level bawah. Kat mana aku tak tau la. So tak dapat beli.

Tak pe lah. Aku beli novel lain. Inilah hasil borongan aku...


Tidak ku tahu ada diskaun 15% untuk setiap buku. Bila kira, berlebih la pulak. So aku pilih novel Alaf 21 secara rawak di kaunter tu untuk mencukupkan RM100.

Kasih Yang Suci. Tenung kulit novel tu.

"Adaptasi Drama Nora Elena"

Fuuu.....~

Baca je lah. Mesti novel lagi awesome dari drama. Harap-haraplah.

Oh lupa nak cakap. Baucer buku ni hanya sah digunakan untuk beli buku dan alatulis sahaja. Tadi aku tanya akak kaunter pertanyaan tu, majalah, board games dan selain daripada buku dan alatulis tak boleh guna baucer itu.

Itu kat MPH la. Kat kedai buku lain aku tak tahu. :P

~Stadi untuk last paper~

10 comments:

azuha rahimi said...

ewwwwwwwwwww...lyn novell

one way~ said...

pergh..smpai 5 skali angkut novel fixi.....~

one way~ said...

pergh33..

shandye. said...

currently tgh baca 'kelabu'. buku fixi terakhir yg rilis utk tahun 2011. kira lengkap la koleksi buku fixi aku. klu nk baca review buku fixi yg lain2 leh singgah blog aku. hahaha...

tak sabar nk tgg bulan 4 nnt cuz fixi nk rilis 6 judul sekaligus...

#pitam

nub said...

aku beli speaker. popular kat balakong. cukup-cukup 200.

AsH ShiKaNo said...

aku pom gune baucer bli novel...errr...hehe

Un Phat Lee said...

bapak banyak buku.ak tak suka baca buku.dem

Big E said...

Er bos, dorg mintak ic ke time nak gune voucher tu? Nak pau adik aku pny ni.

Big E said...

Er bos, dorang check ic tak masa gune voucher? Nak pau adik pny ni.

IQBAL ZARIN said...

azuha: booooo

one way: da lama x memborong novel. haha

shandye: really? tertunggu2 jugak ni.

nub: ade yg x bagi guna baucer utk bli brg2 komputer... huhu

ash shikano: x pe la kan. asalkan buku. hehe

un: hipokritnya kamu.... bukan ke dulu kau pun hantu novel? haha

big E: yup. memang mintak IC pun.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics