expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, August 10, 2010

Konvo

Assalamualaikum~

Minggu ni minggu yang menggembirakan bagi mahasiswa UKM yang dah habis tempoh pengajiannya semester lepas. Sebab diorang sudah habis belajar, logik akalnya mestilah ade konvokesyen kan. Musim menyarung jubah yang mungkin akan dipakai sekali seumur hidup, juga musim yang menandakan tamatlah sudah sesi pembelajaran mereka yang bermula sejak umur 7 tahun. Haha~ Aku masih belum tamat lagi. Tapi seronok jugak tengok mereka dalam jubah.

By the way, aku berpendapat UKM punya konvo ni memang unik. Sebab pelbagai warna dapat aku tengok dari jubah diorang. Jubahnya berlainan warna mengikut fakulti. Misalnya, kalau aku grad nanti, aku bakal menyarung jubah ungu, khas untuk graduan dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Berbanding dengan universiti lain yang jubahnya warna semua sama dan hanya dapat dibezakan melalui pelbagai cara, contohnya jalur di lengan jubah menandakan tahap pencapaian mereka, UKM ni memang lain dari yang lain.

Sabtu lepas, aku berpeluang melawat rakan yang aku kenal dari grup Gabungan Pelajar SBP MRSM (GPSM) iaitu En. Ahmad Fadhil. Oh, silap. DOKTOR Ahmad Fadhil. Haha... Ni kali pertama jumpa beliau. Ye lah. Nama ja satu universiti. Tapi kampus dia kat Cheras tu. Aku ni dok Bangi. Main campus. Haha.. Tu la pasal tak pernah jumpa. Tapi konvo tahun ni menemukan kami. Maka, pada petang Sabtu yang mendung dan hujan selebat-lebatnya, aku, dengan Yasmin dah Hafrina (juga dari GPSM) datang untuk bertemu beliau. Oh, Hafrina juga konvo tahun ini. Struggle bawa jubah ungunya untuk bergambar dengan Fadhil. Sekali pandang macam orang silap sidang pun ada. Haha..


Adalah juga snap sikit gambar untuk kenang-kenangan. Maklumlah doktor, Memang sibuk memanjang. Cuti pun tak lama. Tak sempat nak makan sama-sama. Haha...


Jamulah gambar ni:
Aku, Dr. Fadhil, Hafrina, dan Yasmin

Yasmin dalam jubah FST, aku pulak dalam jubah medic. Hehe...


Aku dan Fadhil. Entah bila lagi aku dapat jumpa kau~

3 gambar cukuplah. Nak tengok lebih2 lawatlah facebook aku ye. Hehe...

Secara tak langsung dapat jugak beri semangat untuk aku berusha lebih untuk grad dengan keputusan yang lebih cemerlang nanti.

Tahniah Fadhil. Kau berjaya grad dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tercapai jua cita-cita kau menjadi doktor. Nanti aku sakit, rawatan free ye. Hehe...

Adakah aku juga akan berjaya grad nanti?



Doakan aku ya? Amin~

~esok konvo Hafrina pula~

2 comments:

Yasmin Yahaya said...

ko kirim slm grad kat kak hap utk aku.. ahaha..excited eh mase konvo..sakan bergambar

IQBAL ZARIN said...

hahaha... ko pon same je excited... okelah. sok aku kirim salam ea. haha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics