expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, March 26, 2011

Durian

Assalamualaikum...






Aku assume sekarang ni musim durian. Sebab kat news feed facebook aku ni ramai sangat yang nak balik rumah sebab nak melantak durian sampai panas badan. Hahaha~

Setahu aku, sebagai seorang anak Malaysia, dan anak jati Pahang pulak tu, durian adalah satu kemestian. Maksudnya, kenalah suka makan durian. Ye dok?

TAPI AKU TAK SUKA DURIAN!!!!!!!!!!!!!

Jangan marah ye peminat durian... Dah aku tak suka nak buat lagu mana....

Aku tak tau dari bahagian mana aku mewarisi kebencian terhadap durian ni. Adakah dari bahagian arwah abah aku atau mak aku. Tapi famili aku semuanya suka durian. Aku je yang tak suka. Bila musim, selalu abah aku pungut durian belakang rumah. Selalu ada lah dapat dalam 5-6 biji. Dan berfiesta durianlah seluruh famili aku. Aku dok depan tv tengok hindustan sambil menutup hidung sebab baunya sangat meloyakan tekak aku. (konon-kononnya fiesta tu berlangsung hari sabtu petang..)

Orang yang makan durian ni aku layan macam orang hisap rokok. Aku tak suka bau mulut orang hisap rokok. Dan aku tak suka juga orang mulut bau durian. Muntah. Tangan pun dah tengik bau durian. Kakak aku yang tau aku tak suka durian lagi mau tonyoh tangan yang pekat bau durian tu kat muke aku. Damn...

ko bajet omputeh abess.... omputeh pun suka durian...

Diamlah!

Aku juga tak boleh nak makan makanan yang ada unsur durian. Lempuk, bubur jagung atau kacang tambah isi durian, dan sebagainya akan aku tolak tepi.

Bukannya tak boleh makan langsung. Aku cuba nak jadi hantu durian. Haha~ tapi perkara macam ni bukannya boleh dipaksa-paksa kan. Terpaksa aku terima hakikat yang aku tak suka durian.

Tapi, sedar tak sedar durian memang masuk dalam mulut aku melalui ini:


 
 
Patin masak tempoyak. Pergh.... See? I'm still anak jati Pahang. Hehe~ Tak boleh tahan woo.... Mau 5 pinggan nasi aku melantak. Haha~

Korang ada yang tak suka durian? Mesti sikit je yang tak suka. Rare betullah manusia yang tak suka durian ni kan? Hehe~

5 comments:

hakeem kira said...

tempoyak bai

IQBAL ZARIN said...

perghh~

+d.O.Y.A.h+ said...

aku suka durian. tp bila makan nanti bibir aku bengkak ==''

alerjikkkk

IQBAL ZARIN said...

1st time aku dgr alergik durian. haha

sanah said...

weheyyyyyyyyy tempoyak!!!!!!!! *meleleh air liurrrrr* $___$

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics