expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, March 1, 2011

Anjing yang hanjing

Assalamualaikum...

Kembali untuk mencoret sedikit kisah hidup di blog yang biasa-biasa ni. Sedikit tips. Kalau nak dikenali sebagai blogger, rajin-rajinlah join any segmen ye. Boleh kumpul kawan. Err, jika anda taraf blogger sampah, bukan je aku tak galakkan join, malah KAU LEBIH BAIK JANGAN BERBLOGGING! Ahaha...

Dah merepek. Back to the topic.


Semalam (28 Februari 2011) ada test midsem subjek investment. Baru je nak start, baru aku sedar. Pencil case aku tiada. Ehh??? Mana kau menghilang? Maka aku menjawab test dengan pen ihsan kosmate aku. Nama dirahsiakan. :P

Habis midsem, aku cuba recall balik apa yang berlaku. Oh, aku tertinggal pencil case tu dekat library. Baru ku ingat. Tapi tak pergi pulak library. Terlupa. Terus balik bilik dan online. Hampeh tol. Haha...

Dah tengah hari, baru aku teringat. Padahal aku dah plan untuk tidur sementara menunggu kelas pukul 4 nanti. Recharge energy. Apa korang ingat handset je kena charge?? Maka dengan gigihnya aku keluar dari bilik untuk menuju ke library.

Ni la library UKM~

Nak ke sana, aku berjalan kaki. Dekat je. Aku ikut jalan yang biasa aku gunakan. Turun lif, then melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Pusanika, dan sampailah ke library.

Masa aku lalu kat FSSK, berdekatan dengan kedai fotostat, aku terdengar bunyi aneh. 

AU! AU!

Ku toleh dan tersergam 2 ekor anjing. Tanpa fikir panjang aku cabut lari. 2 ekor anjing tak guna tu juga mengejar aku. Aku berlari sambil menjerit-jerit bagaikan seorang pondan yang diragut daranya. Eh? Pondan ada dara??

Aku tak mungkin cabut lari kalau anjing jenis ini yang yang aku jumpa:
 
Aloh tomeiiii~

Tapi yang mengejar aku semalam ialah ini:

Celake!!! Aku tak suke!!!

Hitam, gigi taring yang menyeramkan, Argh!!! Aku fedup dengan anjing jenis ni!!

Memang patut aku lari pun semalam. Sebab aku memikirkan perkara ini:
  1. Anjing itu najis mughallazah. Mana aku nak cari tanah suci untuk samak lepas tu? 
  2. Kalau aku kena gigit, nanti kena bawak pergi hospital untuk cuci luka. Dan dapat MC. Weii... aku nak pergi kuliah la! tak nak MC! (Bajet ah kau Iqbal...)
  3. Gigitan anjing berbahaya. Silap-silap aku boleh dapat sawan babi... eh... sawan anjing sebab air liur dia tu berkuman. Berbahaya. 
So aku rasa kalau ada yang nak kata dengan aku "anjing je pun. pengecut." (atau semumpamanya), aku nak orang itu kena gigit dengan anjing lepas ni. Dia berani sangat kan? Hahaha~

Oleh sebab aku berlari macam tak cukup tanah (barangkali pecah rekod Usain Bolt) kaki dan peha aku sengal-sengal macam baru lepas merentas desa. Huwaa~ Benci!

Damn you dogs!!!

Itulah cabaran sebagai pelajar UKM. Mahasiswa lain pun berperang jugak dengan binatang liar seperti monyet, babi dan sebagainya. UKM ni macam kawasan ZOO dah jadinya. CHOII~

Yang bertanggungjawab sila GET RID OFF segala yang liar-liar ni letak dalam zoo. Tak pun aku sarankan semua mahasiswa WAJIB ada parang sorang satu. Kalau ada anjing menyerang, cincang je on the spot. Kalau boleh penggal kepala dia sekali. Baru padan muka. (any animal lovers, please hate me. Haha~)

~sampai sekarang aku keletihan sebab hal semalam~

3 comments:

Fatimah Ali said...

di uia pon banyak anjing jugak. dah macam zoo anjing. sigh.

Unknown said...

amboi!!sampai sekarang letih sebab benda semalam..ntah2 wat prjoek mega di malam hari..hoho..

p/s i like pondan ada dara..

IQBAL ZARIN said...

s.u.h.a: ohh... bahayenye...

rozuan: hiperbola sikit keletihan tu. hahahaha

p/s wah2... suke ye kau. hahaha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics